Pages

~ my nuff ~

Saturday, October 1, 2016

Selamat tahun baru 2016

Selamat tahun baru.... Dari shizuka...
Lama x online here.. now busy sbb study.. doakan shizuka akan berjaya menamatkan pengajian....

Salam tahun baru Dari shizuka n family. Semoga dipermudahkan segala urusan. Murah rezeki. Dan impian yang sentiasa positive.

Dan Ku pohon kemaafan Dari sahabat sahabat semua.... 

Friday, April 1, 2016

KHAWIN SELANGOR DAPAT RM500!!!

PROGRAM INSENTIF PERKAHWINAN BELIA


Assalamualaikum dan salam aurawhite... Kali ni nak sharing review sikit pasal 
CLICK HERE  ke website Insentif perkahwinan belia.. 

Hanya online application yeh... Permohonan Atas Talian  |click link tu untuk mohon yek|  lepas isi dengan lengkap korang kena print out... so kena sah bermautautin yek.. dan hantar skali dengan dokumen yang diperlukan.... ke alamat ada di bawah ni... 

korang juga boleh semak permohonan click here | masukan ic korang je|

Syarat Memperoleh Insentif.
Syarat-syarat adalah seperti berikut:
  1. Terbuka kepada semua kaum.
  2. Tiada sebarang had pendapatan.
  3. Lahir di Negeri Selangor atau telah bermastautin di Negeri Selangor selama 10 tahun (perlu pengesahan ADUN / Penghulu / Pengerusi JKKK / Pengerusi Taman).
  4. Sijil berhenti sekolah rendah / menengah bagi Pemohon yang bermastautin. (WAJIB)
  5. Pemohon Islam: Sijil Nikah yang berdaftar dengan Jabatan agama Islam Selangor atau mana-mana Jabatan Islam Negeri.
  6. Pemohon Bukan Islam: Sijil Pendaftaran Perkahwinan didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara di semua cawangan Selangor atau Jabatan Pendaftaran Negara di setiap negeri.
  7. Perkahwinan kali pertama sahaja.
  8. Pengantin lelaki atau perempuan tidak melebihi usia 35 tahun semasa tarikh bernikah atau pendaftaran.
  9. Permohonan hanya terbuka kepada perkahwinan / pernikahan / berdaftar pada tahun SEMASA.
  10. Sah laku permohonan dalam tempoh 3 bulan bermula dari tarikh nikah (bagi pasangan Islam) atau tarikh daftar perkahwinan (bagi pasangan bukan Islam).
  11. Dokumen Sokongan perlu dihantar dalam tempoh dua (2) minggu dari Tarikh Pendaftaran Online (Dalam tempoh 3 Bulan dari tarikh nikah / daftar perkahwinan).
  12. PERMOHONAN HANYA SEKALI SAHAJA, SEBARANG RAYUAN TIDAK DILAYAN.

Dokumen Diperlukan.
Setiap permohonan yang memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan perlu mengemukakan dokumen seperti berikut:
  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon. (WAJIB)
  2. Sijil Nikah bagi pemohon beragama Islam ATAU Sijil Pendaftaran Perkahwinan bagi pemohon bukan Islam. (WAJIB)
  3. Salinan muka hadapan buku simpanan akaun Tabung Haji bagi pemohon beragama Islam. (WAJIB)
  4. Salinan Sijil Berhenti Sekolah rendah dan menengah di dalam Negeri Selangor. (WAJIB)


Hubungi Kami

Seksyen Sektoral, Unit Perancang Ekonomi Negeri,
Tingkat 5, Bangunan SSAAS,
40503 Shah Alam, Selangor 
Telefon: +603-55447920 / +603-55447921 / +603-55447167
Faks: +603-55196706
Email: sektoral@selangor.gov.my


Wednesday, March 30, 2016

sikat Manusia Ynag sukar dijangka

Sikap Manusia....

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Barang siapa melepaskan salah satu
kesusahan dunia daripada seorang mukmin, maka Allah akan melepaskan salah
satu kesusahan hari kiamat darinya. Barang siapa memudahkan orang yang
dilanda kesulitan, maka Allah SWT akan memudahkannya di dunia dan

akhirat." (Hadis riwayat Muslim)

Memang susah hendak memuaskan hati semua orang tetapi itu bukan
penghalang bagi kita untuk berusaha dan sentiasa memperbaiki keadaan
menjadi lebih baik. Dalam hidup ini akan ada masa kita mengharapkan
pertolongan orang lain.

Kedewasaan ini, apa yang aku lihat, manusia penuh dengan sifat NEGATIVE!!!!. (sifat dengki, cemburu suka maki orang, suka jatuhkan orang, dan macam macam lagi) Mereka ini x suka tengok mereka lebih dari mereka...

Mereka ini nak nampak pada semua orang di dunia ni bahawa mereka hidup dalam kesempurnaan... tiada cacat cela!!! Mana ada siapa yang Perfect!!!.. Hanya ALLAH swt je.

Segala jenis tidak kira apa - apa jenis bentuk sekalipun mahupun hak - hak masing - masing mesti berkira, Tiada lebih tiada kurang.

 Kata kunci ialah kerjasama dan jangan berkira.... 

Monday, July 27, 2015

Sekian Lama Menyepi... Today Tertimbul kembali

Assalamualaikum... Selamat Tenghari semua penduduk bumi Malaysia..
Bumi Allah swt..

Syukur alhamdulilah... dengan izinnya.. jari jemari ini tertiba dipanggil untuk menaip dalam blog yang mmg lama tidak update... dengan info-info yang dapat dimanfaatkan bersama...

Jadi mungkin ada perubahan yang baru dalam blog ini.. jika anda ada cadangan sila tinggalkan komen... untuk menjadikan blog ini lebih menarik...

selamat hari raya maaf zahir and batin
selamat puasa 6
selamat hari lahir on julai..
salam sejahtera...

Tuesday, July 29, 2014

Puasa : LEts PUASA ENAM

Berikut adalah antara fadhilat puasa enam :

1. Puasa enam merupakan pelengkap & penyempurnaan umpama kita berpuasa selama setahun.

2. Puasa enam Syawal merupakan penyempurna dari kekurangan puasa fardhu, kerana di hari kiamat kelak, amalan fardhu akan disempurnakan dengan amalan sunat.

3. Puasa enam juga merupakan tanda syukur diatas yang diberikan oleh Allah & sungguh tiada nikmat yang lebih agung dari pengampunan dosa-dosa.

4. Puasa enam juga merupakan cara seorang hamba untuk terus dekatkan diri kepada Allah.

5. Puasa enam di bulan Syawal diberikan ganjaran yang sama dengan puasa di bulan Ramadhan, iaitu setiap kebajikan dibalas dengan 10 kali ganda pahala.

6. Puasa enam juga memberi ruang kembali kepada sistem percernaan kita untuk bertugas secara berperingkat selepas kita menunaikan puasa di bulan Ramadhan.

Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”.

Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun.” (Riwayat Muslim)

Cara melakukannya yang terbaik (afdal) secara berturut-turut dan dimulakan pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh dan sah dengan tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari didalam bulan Syawal. Malah sesetengah ulama mengharuskan puasa enam hari dalam bulan Syawal diniatkan berserta puasa qadha Ramadhan.

SUBAHANAALLAH...
Indah sungguh nikmat Tuhan...
Selamat Beramal..

Sumber : PuteraDUyung
aziesizhuka. Powered by Blogger.