Pages

~ my nuff ~

Tuesday, August 28, 2012

Doa senjata orang mukmin Dalam kehidupan di dunia...

Doa senjata orang mukmin

Dalam kehidupan di dunia fana ini, manusia sering bertembung dengan pelbagai masalah sama ada soal peribadi, keluarga atau masyarakat.

Dalam Islam kita dituntut sentiasa berdoa sama ada untuk diri sendiri atau orang lain. Firman Allah dalam Surah Al-Mukmin ayat 60 yang bermaksud, "Berdoalah kepada-Ku, nescaya Aku akan mengabulkan doamu."

Rasulullah juga ada memberi peringatan agar kita berdoa dalam hadisnya: Tidak ada sesuatu yang paling mulia di sisi Allah daripada doa.' (riwayat At-Tirmidzi).

Doa adalah senjata paling mujarab dan berkesan yang dianugerahkan Allah kepada kita.

Melalui Surah al-A'raf ayat 55 Allah berfirman yang bermaksud; "Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan rendah diri dan rasa takut, sungguh Allah tidak suka pada orang yang melampaui batas."

Firman Allah lagi dalam Surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud; "Jika seorang hamba-Ku bertanya kepadamu tentang diri-Ku, maka katakanlah bahawa Aku dekat, menerima doa orang yang berdoa."

Berdoa sangat dituntut dalam Islam kerana kesungguhan berdoa antara elemen utama diterima sesuatu doa dan jangan cepat berputus asa kerana masih belum tercapai apa yang kita doakan itu.

Diceritakan Muhammad bin Al-Mukandar; "Ketika aku masuk ke dalam masjid, aku melihat seorang lelaki sedang berdiri berdekatan mimbar. Lelaki itu berdiri menghadap kiblat dengan wajah mendongak ke langit dan mengangkat kedua-dua tangannya."

Kata Muhammad Al-Mukandar, "Pada mulanya aku tidak tahu apa yang sedang dibuatnya, tetapi setelah mengamati caranya itu, ketahuilah aku bahawa lelaki itu sedang berdoa meminta hujan."

Muhammad menyambung ceritanya, "Tadi ketika aku di luar masjid keadaan cuaca cerah dan panas. Tetapi setelah melihat lelaki yang berdoa tadi, keadaan cuaca tiba-tiba berubah menjadi mendung dan diiringi tiupan angin kencang dan petir. Keadaan cuaca berubah sama sekali. Kemudian hujan dengan lebatnya dan dalam waktu singkat pekarangan masjid digenangi air hujan. Kemudian lelaki tadi berdoa lagi, Tuhanku, bukan begitu yang hamba maksudkan."

Selepas saja lelaki berkenaan berdoa begitu, keadaan hujan yang lebat mulai reda. Jadi aku berasa amat kagum dan ingin sekali belajar dengan lelaki itu. Sewaktu dia keluar dari masjid untuk pulang ke rumahnya, aku mengekorinya.

Aku kemudian memerhatikan ke mana lelaki itu pergi kerana ingin mengetahui di mana rumahnya. Aku lihat lelaki itu masuk ke dalam rumah keluarga Hazm atau keluarga Umar. Setelah mengenal pasti kedudukan rumah lelaki itu, aku pulanglah ke rumah.

Cerita itu kemudian disambung Muhammad Al-Mukandar lagi. Katanya, "Pada keesokannya aku pergi berjumpa lelaki itu di rumahnya dan menerangkan hajat berjumpanya iaitu untuk meminta pertolongannya menyelesaikan masalah peribadi. Tetapi malangnya lelaki itu enggan memenuhi permohonanku kerana apa yang aku minta itu bukan untuk kepentingan masyarakat."

Pengajaran daripada cerita itu, usah pentingkan diri sendiri tetapi kita diperintahkan memikirkan kepentingan orang lain.

Berdoa amat disukai Allah tetapi amat sedih apabila ramai umat Islam apabila selesai melaksanakan solat, mereka tergopoh-gapah meninggalkan sejadah tanpa berdoa.

Ini memberi gambaran betapa hati kita begitu ghairah dengan hal dunia tanpa berasa pentingnya doa.

Ingatlah, Allah Maha Kaya. Maha Pemurah atas sebab itulah Dia meminta kita berdoa kepada-Nya untuk memohon sesuatu.

Usah berputus asa dalam berdoa. Allah Maha Mengetahui apa dan bila doa kita perlu dikabulkan.

Kita perlu meneliti mengapa doa kita kepada Allah masih belum dimakbulkan. Mungkin ada penghalangnya. Pada suatu hari Saad bin Abi Waqas bertanya kepada Rasulullah: "Ya Rasulullah, doakanlah aku kepada Allah, supaya aku dijadikan Allah orang yang makbul berdoa.

Maka Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Wahai Saad, makanlah daripada barang halal tentu engkau akan menjadi orang makbul doanya. Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya seseorang yang pernah memasukkan sesuap makanan yang haram ke dalam perutnya, maka tidak akan dikabulkan doanya selama 40 hari.

Siapa saja yang dagingnya tumbuh daripada makanan haram, maka nerakalah yang berhak untuk orang itu." Hadis riwayat At-Tabrani.

SALAM LEBARAN

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin.
Walaupun followers tak ramai, 4 orang je je. :'(
Yang ramai baca pun silent readers.
Terima kasih
Thank you....

 

Friday, August 10, 2012

~ jOm tANgGaiI stress ~











Wednesday, August 1, 2012

Inside pregnancy: weeks 21-27 (1:48)

Video meninjau kehamilan:
(sari kata Bahasa)
Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini.

Anda semua mesti lawati this web site
Sumber : babycenter

I'm now 5 month or 21st week pregy

31 Julai genap saya 21 minggu/ 5 month

Perasaan : teruja mmelihat bayi ku dalam kandungan... active. sampai doc sukar untuk mengukur      
                 panjang kaki tangan yer.... .

                 : Sukar untuk ku mengambarkan perasaan ku ketika itu.... Memang Bergitu Happy

Beratnya 425 gram...

Semoga anak ku membesar dengan sihat dalam kandungan ku. dan bersalin dengan selamat.
UMMI rindu kamu....



Di bawah ni adalah penerangan bekenaan
PERKEMBANGAN FETUS - HAMIL 21 MINGGU
Sumber : babycenter

 Berat bayi sekarang sekitar tiga-suku paun / 360 gram. Selama ini dia diukur dari mercu kepala hingga ke punggung tetapi mula dari masa ini dia akan diukur dari mercu kepala ke tumit. Dan dari mercu kepala ke tumit panjangnya ialah 10.5 inci / 27 sentimeter. Bulu kening dan kelopak mata telah tumbuh sepenuhnya dan kuku jari tangan sudah menutupi hujung jari.

Bayi anda sekarang boleh mendengar perbualan-perbualan anda. Jika anda bercakap, membaca atau menyanyi kepada bayi anda, dia pasti boleh mendengarnya. Beberapa kajian mendapati bahawa bayi baru lahir akan menghisap dengan lebih kuat apabila anda membacakan buku yang dia pernah dengar semasa dalam kandungan. Jika anda mahu mencuba, ambillah buku dan bacalah dengan kuat. Cuma pastikan yang anda tidak akan keberatan membacanya berulang-kali apabila bayi telah lahir. Ia mungkin akan menjadi cerita sebelum tidur yang paling disukai bayi anda untuk masa yang lama selepas dia dilahirkan.

Hari-hari kebelakangan ini, anda mungkin merasa lebih selesa. Ini sebenarnya, mungkin masa yang paling menyeronokkan dalam tempoh kehamilan anda. Anda belum begitu besar lagi, dan sakit-sakit yang dikaitkan dengan kehamilan seperti mual, kencing kerap dan keletihan sudah hampir hilang sama sekali. Relakslah dan nikmatinya selagi anda boleh. Trimester ketiga akan tiba tak lama lagi dan ia akan membawa sedikit ketidakselesaan kerana anda mengandung bayi yang sudah hampir cukup bulan.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.



Friday, July 27, 2012

INFO : - Hutan Batu Lena

Hutan Batu Lena, juga disebut Stone Forest Lena, adalah sebuah formasi batuan 60 km ke hulu dari Yakutsk, di Rusia. Struktur batu yang menakjubkan menyerupai menara atau pohon kering dengan tinggi lebih dari 150 meter dan membentang di sepanjang sungai sekitar 80km.


Hutan Batu Lena telah wujud sejak abad ke-17. Tetapi menuju ke sana bukan perjalanan yang mudah. Perjalanan bermula dari Moskow, yang memakan masa perjalanan selama 4 hari ke daerah Siberia, Yakutsk. Pertama, anda harus mengambil penerbangan ke Yakutsk . Harga rata-rata untuk penerbangan tersebut sekitar $ 800. Dari Yakutsk anda harus naik perahu mengambil masa  setengah hari perjalanan ke hulu. Akhirnya setelah empat hari perjalanan, Anda baru akan sampai di hutan batu ini.

Hutan Batu Lena mempunyai bukti-bukti yang luar biasa dari sejarah awal terbentuknya populasi kehidupan di bumi kerana sejumlah fosil organisme purba ditemukan di sini, menjadi bukti yang diawetkan dengan cara unik oleh alam, dari tahap yang sangat penting dalam "booming" sejarah dunia organik

Di daerah Hutan Batu Lena, fosil fauna mammoth raksasa telah ditemui : mammoth (Mammulhus primigenius Blum) 
bison (Bison priscus BoJ) 
badak putih(Coelodonta antiguibatis Blum) 
kuda Lena (Eggus lenensis Russ)
serta Reindeer (Rangifer tarandus L2011BTM

Berikut Beberapa Foto Dari Hutan Batu Lena






Tuesday, July 24, 2012

~PANDUAN MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH~

~PANDUAN MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH~
Oleh Ustadz Abu Rasyid



1. Diriwayatkan dari Ibnu Umar t.ia berkata :Rasulullah telah mewajibkan zakat fithrah dari bulan Ramadhan satu sha' dari kurma, atau satu sha' dari sya'iir. atas seorang hamba, seorang merdeka, laki-laki, wanita, anak kecil dan orang dewasa dari kaum muslilmin. (H.R : Al-Bukhary dan Muslim)

2. Diriwayatkan dari Umar bin Nafi' dari ayahnya dari Ibnu Umar ia berkata: 
Rasulullah telah mewajibkan zakat fithrah satu sha' dari kurma atau satu sha' dari sya'iir atas seorang hamba, merdeka, laki-laki, wanita, anak kecil dan orang dewasa dari kaum muslimin dan beliau memerintahkan agar di tunaikan dikeluarkan sebelum manusia keluar untuk shalat 'ied.
(H. R : Al-Bukhary, Abu Daud dan Nasa'i)

3. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra. ia berkata :
Rasulullah saw telah memfardhukan zakat fithrah untuk membersihkan orang yang puasa dari perbuatan sia-sia dan dari perkataan keji dan untuk memberi makan orang miskin. Barang siapa yang mengeluarkannya sebelum shalat, maka ia berarti zakat yang di terima dan barang siapa yang mengeluarkannya sesudah shalat 'ied, maka itu berarti shadaqah seperti shadaqah biasa (bukan zakat fithrah).
(H.R : Abu Daud, Ibnu Majah dan Daaruquthni)

4. Diriwayatkan dari Hisyam bin urwah dari ayahnya dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. bersabda :
Tangan di atas (memberi dan menolong) lebih baik daripada tangan di bawah (meminta-minta), mulailah orang yang menjadi tanggunganmu ( keluarga dll ) dan sebaik-baik shadaqah adalah yang di keluarkan dari kelebihan kekayaan (yang di perlukan oleh keluarga) (H.R : Al-Bukhary dan Ahmad)

5. Diriwayatkan dari Ibnu Umar ra. ia berkata :Rasulullah sw. memerintahkan untuk mengeluarkan zakat fithrah unutk anak kecil, orang dewasa, orang merdeka dan hamba sahaya dari orang yang kamu sediakan makanan mereka (tanggunganmu).
(H.R : Daaruquthni, hadits hasan)

6. Artinya : Diriwayatkan dari Nafi' t. berkata :Adalah Ibnu Umar menyerahkan (zakat fithrah) kepada mereka yang menerimanya (panitia penerima zakat fithrah / amil) dan mereka ( para sahabat )menyerahkan zakat fithrah sehari atau dua hari sebelum 'iedil fitri. (H.R.Al-Bukhary)

7. Diriwayatkan dari Nafi' :

Bahwa sesungguhnya Abdullah bin Umar menyuruh orang mengeluarkan zakat fithrah kepada petugas yang kepadanya zakat fithrah dikumpulkan(amil) dua hari atau tiga hari sebelum hari raya fitri. (H.R : Malik)

KESIMPULAN



1. Wajib bagi tiap kaum muslimin untuk mengeluarkan zakat fithrah untuk dirinya , keluarganya dan orang lain yang menjadi tanggungannya baik orang dewasa,anak kecil, laki-laki maupun wanita. (dalil : 1,2 dan 5)
2. Yang wajib mengeluarkan zakat fithrah adalah yang mempunyai kelebihan dari keperluan untuk dirinya dan keluarganya. (dalil : 4)

3. Sasaran zakat fithrah adalah dibagikan kepada kaum miskin dari kalangan kaum muslimin. (dalil : 3)

4. Zakat fithrah dikeluarkan dari makanan pokok (di negeri kita adalah beras) sebanyak lebih kurang 3,1 liter untuk seorang. (dalil : 1 dan 2)

5. Cara menyerahkan zakat fithrah adalah sebagai berikut :
a. Bila diserahkan langsung kepada yang berhak (fakir miskin muslim) waktu penyerahannya adalah sebelum shalat 'ied yakni malam hari raya atau setelah shalat Shubuh sebelum shalat 'iedul fitri.
(dalil : 2 dan 3)

b. Bila diserahkan kepada amil zakat fithrah (orang yang bertugas mengumpulkan zakat fithrah), boleh diserahkan tiga,dua atau satu hari sebelum hari raya 'iedul fitri. (dalil : 6 dan 7)
Hadits-hadits tersebut di atas memberi pelajaran kepada kita bahwa :
6. Zakat fithrah disyari'atkan untuk membersihkan pelaksanaan puasa Ramadhan dari perbuatan sia-sia dan perkataan keji di waktu puasa. (dalil : 3)

Maraji' (Daftar Pustaka):


1. Al-Qur'anul Kariem
2. Tafsir Aththabariy.
3. Tafsir Ibnu Katsier.
4. Irwaa-Ul Ghaliel, Nashiruddin Al-Albani.
5. Fiqh Sunnah, Sayyid Sabiq.
6. Tamaamul Minnah, Nashiruddin Al-Albani.

Monday, July 23, 2012

SELAMAT MENYAMBUT PUASA RAMADHAN


Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah.
Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.
  
Rakan ku Sekalian...

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita.
Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan?
Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi
'petunjuk' kepada kita?
Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan tahun ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini.

Rakan ku Sekalian...

Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.


Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"


Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita.

Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri
sendiri.
Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."


Thursday, July 19, 2012

REJAB ~ SYA'BAN ~ RAMADHAN

Kelebihan dalam 3 Bulan ini....

~ Puasa di bulan sya'ban ~


Adalah disunatkan berpuasa di bulan Sya‘ban sebagaimana yang diriwayatkan daripada
Aisyah Radhiallahu ‘anha berkata: Maksudnya: "Adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
berpuasa sehingga kami mengatakan baginda tidak berbuka, dan baginda berbuka sehingga kami mengatakan baginda tidak berpuasa.

Saya tidak pernah melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menyempurnakan puasa satu bulan kecuali pada bulan Ramadan dan saya tidak pernah melihat baginda berpuasa lebih banyak daripadanya pada bulan Sya‘ban." (HR Bukhari)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam memperbanyakkan berpuasa pada bulan ini adalah disebabkan oleh beberapa perkara sebagaimana yang diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid berkata:
Maksudnya:
 "Wahai Rasulullah! Aku belum pernah melihat engkau berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan sebagaimana (banyaknya) engkau berpuasa di bulan Sya‘ban" Baginda bersabda:
 "Sedemikian itu kerana bulan Sya‘ban, bulan yang manusia lalai (kerana terletak) di antara bulan Rajab dan bulan Ramadan, dan Ia adalah bulan di mana diangkat padanya amalan-amalan manusia kepada Allah Rabbul ‘Alamin, maka aku suka supaya diangkat amalanku sedang aku di dalam keadaan berpuasa."
 (HR An-Nasa’i)



Thursday, July 5, 2012

- Apakah Jenis Bos Anda???? -

JENIS –JENIS BOSS…



Hidup bekerja makan gaji memang tak dapat lari dengan perangai boss. Selagi kita bekerja dengan orang lain selagi tu la kita ada boss. Kalau jadi CEO pun ada boss jugak, pemegang saham la bossnya.

Lain la kalau kita ada bisnes sendiri, kitalah yang jadi bossnya. Macam-macam jenis boss ada. Ada yang ok tak kurang jugak yang tak ok. Selalunya yang tak ok tu jer yang kita nampak. Yang ok tu kita buat-buat tak nampak. Biasalah manusia.

Boss jenis "yes boss"
Boss jenis macam ni letih kita dibuatnya. Mana taknya, apa yang boss dia suruh, apa yang boss besar kata, CONFIRM dia akan kata "yes boss" walaupun benda tu tak betul. Yang buat kerjanya kita. DIa senang la, cakap "yes boss' lepas tu yang kena pulun buat kerja kitalah. Yang buat lagi boring, arahan yang dia "yes boss" kan tu semuanya merapu, mengarut, membazir dan takde makna.

Boss jenis tak percaya anak buah
Confirm letih. Mana taknya gila tak percaya tahap gaban punya. Benda-benda kecik pun nak disemaknya satu-satu. Kadang-kadang tu ada yang jenis duduk sebelah kita tengok kita buat kerja macam mana. Perghh stress....

Boss jenis manjang nak cepat 
Memanglah kerja tu kadang-kadang nak cepat siap. Tapi lemas kalau kerja dengan boss jenis ni. Baru je bagi kerja, tak sampai 2 minit tanya kita dah siap belum? Lepas tu dia dok tanya-tanya sampai la kita siap kerja tu. Kot ya pun bagi la masa sikit. Kalau kerja yang perlu analysis etc. tak akan la seminit dua dah siap. 

Boss yang kita tak faham apa yang dia nak
Haaa... bos yang jenis ni memang banyak. Bila time bagi kerja kat kita seolah-olah dia bagi freedom la kononnya You buatlah macamana you rasa elok. Waa macam ok jer bunyinya. Tapi bila kita tunjuk output kat dia, haa macam-macam la katanya. Bukan macam ni yang I nak. Ah sudah! cakap je la awal-awal yang macamana yang dia nak.

Boss jenis tak konsisten
Boss jenis ni memang letih kita. Memang tahan sabar je la. Suruh buat macam ni, jumpa dia sekali dia ubah lak tang lain. Jumpa dia lepas tu lain pulak yang disuruhnya. Aaaa kacau Boss macam ni elok dikurangkan aje berjumpa dengan dia. Baru aman hidup kita. Setiap kali jumpa, setiap kali dia ubah arahan dia.
Boss jenis yang elok dia dapat nama, yang tak elok?
Boss jenis ni pun ramai. Jenis nak selamatkan diri dia jer. Bila ada salah, kena tegur dengan orang atas, dia channel kat kita. Haa tu la you patutnya buat macam ni, bukan macam tu. Padahal semua yang kita buat semua dia dah approve. Ini jenis bos yang nak lari daripada tanggungjawab. Mati hidup balik dia tak kan pikul tanggungjawab dia. Yang elok atau dapat pujian memang dia yang kaut semua. Bab-bab negatif ni semua dia tala kat kita. Silap-silap depan boss besar dia tala kita. Bestt kan ....

Boss yang kerja tak buat tapi mengampu kuat
Boss yang macam ni kalau ikut kata dia, kerja biar strategik. Strategik tengkorak dia... Kalau dah kita jer yang asyik pulun. Dia lepas tangan terus, sibuk duk pulun kayu golf dengan orang2 besar. Orang macam ni memang cepat naik pangkat sebab dia pandai ampu boss besar. Yang dok pulun kerja tak mengampu hmmm.... duduk la kerusi yang sama sampai ke tua.

Boss yang tak nak dengar pendapat orang lain.
Mentang-mentanglah dia boss. Bila dalam meeting tu serupa takde meeting la. Orang start bagi pendapat, dia cantas. Penghabisnya meeting tu semua pendapat dia la yang betul. Orang lain ni pakat cukup syarat jer datang meeting. Dia nak suruh orang dengar dia bercakap, tu jer matlamat dia. 
Jadi boss korang jenis yang macamana. Share di facebook dengan kawan-kawan satu ofis. Biar terbahak-bahak satu ofis. Opss jangan bagitau boss aaa.....

Monday, July 2, 2012

Bakal ibu usah abai asid folik

SEIMBANG...
makanan seimbang lengkap mengandungi semua gizi dalam piramid makanan.


“IBU mengandung kena makan dua kali ganda kerana untuk dua orang, satu untuk ibu dan satu untuk bayi dalam kandungan.”

Seringkali kita mendengar ayat ini diucapkan terutama bagi wanita yang baru pertama kali mengandung. Kadangkala ia mungkin diluahkan sekadar untuk bergurau, namun daripada segi konsep matematiknya, seakan-akan ada logiknya.
Bagaimana pula daripada segi diet serta pemakanan sebenar untuk ibu hamil?


Ramai wanita terutama yang baru pertama kali hamil mengajukan pelbagai soalan mengenai makanan boleh dimakan dan makanan yang perlu dielakkan. Ini kerana mereka berasakan perlu makan dalam jumlah yang banyak terutama ketika lapar sedangkan pada trimester pertama, makan adalah untuk menambah tenaga dan ibu hamil cuma memerlukan 300 kalori setiap hari manakala selebihnya akan pergi kepada organ ibu sendiri.



Namun, bagi ibu yang mengalami alahan yang teruk sehingga tidak mampu makan dalam jumlah yang sepatutnya, mereka perlu mengatur pemakanan supaya bayi mendapat zat mencukupi manakala ibu tetap bertenaga sepanjang tiga bulan pertama.
 

Alahan ketika mengandung sering dikaitkan dengan muntah-muntah, pening, perut sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku terutama ketika bangun tidur, namun bagi wanita yang bernasib baik mereka langsung tiada alahan.

Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya alahan wanita hamil disebabkan perubahan fizikal dan hormon pada badan.

Kebanyakan wanita yang mengalami alahan akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti kerana alahan yang terlalu teruk.

Secara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Namun, bagi alahan terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan muntah kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi manakala kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan pula, ibu akan mengalami kekurangan air dalam badan dan mengalami pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika mengalami tanda ini, anda memerlukan rawatan segera. Biasanya doktor akan menambah cecair dalam badan dan makanan tambahan melalui drip.

Bagi mengurangkan penghidratan, ibu hamil dinasihatkan minum air putih atau jus buah yang banyak bagi menggantikan kehilangan bendalir. Makan jenis makanan yang mudah dicerna seperti nasi, jagung, kentang dan ubi serta mengelak makanan mengandungi kadar lemak tinggi atau berminyak seperti makanan bersantan atau bergoreng. Bagi yang alah kepada bau-bauan, elakkan aneka aroma yang boleh menyebabkan rasa mual dan muntah. Makan sedikit, tetapi secara kerap misalnya dengan mengambil biskut, roti, kurma, kismis dan buah-buahan bagi mengelak perut dimasuki angin dan boleh menyebabkan muntah dengan teruk.

Paling penting wanita hamil perlu mengambil asid folik yang dibekalkan doktor.
Ini kerana terdapat banyak kajian menunjukkan kepentingan asid folik untuk perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan. Namun, malangnya ramai wanita tidak tahu penambahan pengambilan asid folik perlu dilakukan tiga bulan sebelum mengandung.

Ini kerana asid folik dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil neural tube defect atau NTD. Mengikut kajian, pengambilan asid folik membantu mencegah kecacatan ini sebanyak 50 peratus sehingga 70 peratus daripada berlaku.

Asid folik penting untuk pembinaan sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang manakala satu kempen pernah dijalankan di Amerika Syarikat untuk memberikan kesedaran kepada wanita mengenai kepentingan asid folik bagi bakal ibu dan ibu hamil.

Keperluan asid folik boleh didapati sama ada dengan memakan makanan diperkaya dengan asid folik atau dengan pil asid folik. Jumlah yang disyorkan adalah sekitar 400 mikrogram atau 0.4 miligram setiap hari pada dua hingga tiga bulan sebelum merancang hamil dan ketika hamil. Sumber asid folik juga boleh diperoleh daripada makanan barli, daging lembu, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum dan bijirin.

Pada trimester kedua, kebanyakan wanita hamil semakin berselera makan. Malah ada yang menganggap mereka perlu meningkatkan jumlah pemakanan atas alasan keperluan bayi dalam kandungan. Dengan itu ada yang menambah pengambilan makanan mungkin daripada tiga kali sehari kepada lima kali sehari dalam jumlah yang banyak.

Namun sebenarnya selain meningkatkan jumlah makanan, apa yang lebih penting adalah jenis makanan serta kandungan zat yang terdapat dalam makanan.

Kebiasaannya, wanita hamil memerlukan penambahan 300 kalori sehari daripada biasa terutama semasa trimester terakhir apabila bayi membesar dengan pantas.


Penambahan 300 kalori sehari perlu diperoleh daripada makanan berkhasiat supaya boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.

Ketika hamil, apa saja yang dimakan dan diminum adalah sumber utama nutrien bagi bayi.

Sama ada seseorang wanita itu hamil atau tidak, diet yang sihat merangkumi semua yang terdapat dalam piramid makanan seimbang iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi.


INFO:Bagi ibu hamil, penting untuk mempelbagaikan hidangan makanan bagi memperoleh semua keperluan nutrisi untuk ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan ketika hamil termasuk:
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran untuk lima hidangan sehari termasuk snek, jus dan salad.
  • Makanan berkanji seperti roti, nasi, pasta, ubi kentang serta memperbanyakkan bijirin penuh.
  • Makanan berprotein tinggi seperti daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Namun wanita
  •     digalakkan memperbanyakkan makan ikan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
  • Makanan berkalsium tinggi seperti susu, dadih dan keju.
  • Makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan kekacang sebagai
  •     makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.
    Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah-buahan juga segar dan tidak mengandungi racun serangga (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada racun serangga).

    Ikan mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3 yang tidak akan dibekalkan kepada bayi jika wanita itu langsung tidak mengambil ikan. Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan.


    Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan bersesuaian bagi diet seharian.

    Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan itu dapat dipastikan:

  • Halal kerana akan menjadi darah daging kita dan bayi.
  • Berkhasiat untuk kesihatan bayi.
  • Perhatikan tarikh luput serta pembungkus dan tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada
        kebocoran, tercemar atau kemek). Walaupun nampak remeh, ia sebenarnya penting kerana
        makanan yang tercemar atau sudah luput tarikh boleh menyebabkan keracunan makanan
        sekali gus memudaratkan kesihatan bayi.


    Makanan yang perlu dielakkan ibu hamil termasuk:
  • Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi.
  • Makanan laut yang tidak dimasak dengan sempurna.
  • Bahan makanan stimbot yang tidak dimasak sepenuhnya. Pastikan sup dididihkan setiap kali
        bahan baru ditambah terutama bagi makanan laut bercengkerang, daging dan telur.
  • Hati serta organ dalaman haiwan perlu dielakkan kerana berkemungkinan mengandungi
        bentuk retinol vitamin A dalam jumlah yang tinggi dan ini tidak baik untuk bayi yang sedang
        membesar.

  • SUMBER : MYMETRO

    PEMAKANAN SEMASA HAMIL


    Ibu - ibu yang hamil perlu mengikut PIRAMID PEMAKANAN bagi menjaga Keseimbangan zat untuk ibu dan juga bayi....

    berikut adalah keperluan zat yang diperlukan ketika kehamilan :-


    Malahan doktor juga akan memberi Vitamin seperti::-

     IRON, B12 , ACID FOLIC dan VITAMIN C

    Vitamin yang telah diberikan oleh doktor tersebut perlulah dimakan dan dihabiskan...

    Ternusu juga perlu diambil...
    untuk zat tambahan kepada BAYI anda..

    tidak kisahlah jenama apa pun...
     saya mengambil SUSU ANMUM.. MANTENA


    Friday, June 29, 2012

    BANJIR @ HULU SELANGOR

    JUMAAT. 29.06.2012

    MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN MANGSA BANJIR
    DAERAH HULU SELANGOR

    Majlis kedua untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir di Daerah Hulu Selangor:
      
                              TEMPAT
               NAMA KG. YANG TERLIBAT
    1. RUMAH MURAH BATU 30 (Balai Raya)
    2. AUDITORIUM DEWAN ABD HAMID
      - Kg. Sentosa
      - Taman Seri Cahaya
    3. DEWAN BATANG KALI
      - Kg. Sekolah
      - Taman Seri Batang Kali
      - Kg. Bkt Chandang
      - Kg. Menyuruk
      - Kebun Sayur Rasa
    4. DEWAN KG. GENTING MALIK (Balai Raya)
      - Kg. Genting Malik
      - Sg. Masin
      - Kg. Kuantan
    5. PEJABAT PENGHULU HULU YAM
      - Kg. Sg. Kamin
      - Kg. Ulu Kalong
      - Kg. Pasir
      - Kg. Baru Hulu Yam
      - Kg. Gurney
      - Kg. Padang
      - Kg. Sri Liam
      - Kg. Sg. Chik
    * SEMOGA MAJLIS PENYAMPAIAN INI BERJALAN DENGAN LANCAR....

    Tips Kurangkan Sakit Leher

    Adakah anda mengalami gangguan sakit leher yang berterusan? Jika ya, kita perlu ketahui apakah kaedah untuk mengurangkan sakit leher bagi mengelakkan ia berterusan.

    Apabila sakit leher, yang mampu dilakukan hanya memandang ke depan dan jika ingin melihat ke sisi, keseluruhan tubuh terpaksa digerakkan. Ramai mengabaikan sakit di leher kerana beranggapan lama-kelamaan, ia hilang sendiri tanpa perlu dirawat. Bagaimanapun, penting untuk kita memberi perhatian terhadap sakit dialami sebelum keadaan menjadi lebih memudaratkan manakala kos untuk merawatnya pula meningkat. Ketahui tips kurangkan sakit leher.

    • Melakukan senaman leher. Menjaga pergerakan leher penting kerana ia membantu mencegah masalah jangka panjang. Senaman mudah dapat membantu menguatkan otot leher dan memperbaiki rangkaian pergerakan anda.
    • Lakukan terapi haba. Dalam tempoh 48 jam pertama selepas mengalami sakit leher, lakukan urutan ais selama lima lima hingga 10 minit di kawasan terjejas.

      Untuk sakit yang berlangsung 48 jam atau lebih, tuam di kawasan terjejas untuk membantu mengurangkan kesakitan dan melonggarkan otot.
    • Tidur dengan bantal dalam kedudukan lebih tinggi pada waktu malam bagi menyokong leher.
    • Memakai pendakap leher. Ini digunakan hanya di bawah pengawasan ahli fisioterapi dan dalam masa singkat (dua hingga empat hari).Pengambilan parasetamol atau ibuprofen boleh membantu melegakan kesakitan. Jika sakit berterusan, segera dapatkan rawatan doktor. Mereka mungkin boleh merujuk anda kepada ahli fisioterapi jika perlu.Lakukan senaman, termasuk senaman leher, jika anda duduk dalam satu kedudukan untuk jangka masa panjang di depan komputer hingga membebankan otot di bahu dan leher.Selain itu, selalu regangkan lengan, pergelangan tangan dan jari atau bangun dan berjalan-jalan jika keletihan otot bagi mengelak ketegangan dan kecederaan yang mungkin berlaku.Cara duduk yang tidak betul, terutama ketika bekerja di depan komputer, boleh membebankan bahagian atas badan, sekali gus menyebabkan sakit belakang dan bahu. Langkah mengelakkan sakit leher ialah betulkan postur badan ketika duduk.
    Melaraskan postur tubuh anda dapat membantu melegakan sakit belakang iaitu:
    Berdiri
    • Berdiri tegak dengan kepala menghadap ke depan.
    • Pastikan belakang anda lurus.
    • Mengimbangi berat badan anda sama rata pada kedua-dua kaki.
    • Pastikan kaki anda lurus.
    • Duduk.Duduk tegak
    • Pastikan kaki anda rata di atas lantai. Anda mungkin mendapati kusyen kecil berguna untuk menyokong belakang anda.Mengangkat dan mengendalikan barang. Mulakan dengan kaki anda iaitu sebelah kaki sedikit ke depan untuk mengekalkan keseimbangan.
    • Apabila mengangkat, bengkokkan sedikit belakang, lutut dan pinggul anda, tetapi tidak berbongkok atau mencangkung. Kaki anda harus menampung tekanan.
    Penting menjaga kesihatan terutamanya di bahagian leher. Jika mahu tidur, sila pastikan yang kita berada dalam keadaan posisi yang betul. Elakkan dari mengenakan bantal yang terlalu rendah bagi mengelakkan sakit di bahagian leher berulang.

    Thursday, June 28, 2012

    Alaaan Alaaa tomei yer anak kucing nieee

    Gambar ini di emailkan dari kawan ku... Faiza ayu..
    terima kasih.... amat comey...

    dah laaaaa azie ni memang peminat kucing...
    suka kucing....................

    Lihatlah aksi dan gelagat tomei si anak kucing nie..
    untuk tatapan mata anda semua ...












    Kalau Perempuan Tanya / Kata....

    1. Kalau perempuan tanya : Lawa ke budak pompuan tu?
    Makna tersembunyi : Siapa yang paling lawa? I ke, budak
    pompuan tu?


    2. Kalau perempuan tanya : You dah makan ke belum?
    Makna tersembunyi : Jom pi makan. Lapar ni!


    3. Kalau perempuan kata : Lawa-lawa la baju kat sini,
    yek.

    Makna tersembunyi : Belikanlah untuk I.

    4. Kalau perempuan kata : Rasa macam nak pening la.
    Makna tersembunyi : Tolong picit kepala.


    5. Kalau perempuan kata : Letihnya hari ni. Mana nak
    masak, basuh kain-baju lagi...

    Makna tersembunyi : Kita
    makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju
    sekali, yek.


    6. Kalau perempuan kata : Kita lebih sesuai berkawan
    saja.

    Makna tersembunyi : I tak nak kat you. Tak
    paham-paham ke?


    7. Kalau perempuan kata : I suka berkawan dengan you.
    You baik,memahami bla bla bla...

    Makna tersembunyi :
    Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la. Rasa
    macam nak jadi awek you je.


    8. Kalau perempuan tanya : You pernah tak teringatkan
    awek you yang dulu?

    Makna tersembunyi : Kalau nak
    gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan
    aku.


    9. Kalau perempuan kata : I sanggup berkorban demi
    kebahagiaan you.

    Makna tersembunyi : Amboi! Aku kena
    berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.


    10.Kalau perempuan kata : I tak kisah kalau memang
    betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you
    berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku
    adil.

    Makna tersembunyi : Sapa kata aku tak kisah? Adil
    ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu
    sebelum nak menikah lagi satu. Ini cuma contoh saja.


    Pesan Nabi saw sebelum tidur

    Amalan sunnah yang baik sebelum tidur (Tafsir Haqqi)

    Rasulullah berpesan kepada

    Aisyah ra: "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan 4 perkara, yaitu:

     1. Sebelum khatam Al Qur'an ,

    2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

    3. Sebelum para muslim meredhai kamu,

    4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah.

    "Bertanya Aisyah: "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan 4 perkara seketika?"

    Rasulullah saw tersenyum dan bersabda : 

    1)    "Sebelum engkau tidur, bacalah :

    Al Ikhlas seolah-olah kamu telah mengkhatamkan Al Qur'an.  

     Bismillaahirrahmaanirrahiim, Qulhuallaahu ahad' Allahusomad' lam yalid walam yuulad' walam      yakul lahuu kufuwan ahad' (3x) 2)   

    Bacalah salawatuntukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat  di hari kiamat kelak.     

    Bismillaahirrahmaanirrahiim, Allaahumma sollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa      Muhammad (3x) 3)   

     Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.     

    Astaghfirullaahal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih (3x) 4)

     Dan, perbanyakkanlah kamu akan bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbirmaka seakan-akan      kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"     

    Bismillaahirrahmaanirrahiim, Subhanallaahi Walhamdulillaahi walaailaaha illallaahu allaahu akbar (3x)     

    Sekian untuk ingatan kita bersama.  

     * Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain....Ilmu yang bermanfaat ialah        salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati

    : email daripada e-cah.. TQ

    Monday, June 25, 2012

    Peristiwa Penting

    1. Malam Nisfu Syaaban
    Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad,pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilahdan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !" Kata saya (Nabi Muhammad) :
    "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."
    Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca : "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.

    2. Penukaran Arah Kiblat
    Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontraversi pada waktu itu. Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis.
    Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT. Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah.
    Sebahagian ulamak sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat. Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya’. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.

    3. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi’)
    Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi. Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madhinah. Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.
    Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang putri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq. Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.
    Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya. Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah. Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq. Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.
    aziesizhuka. Powered by Blogger.