Pages

~ my nuff ~

Thursday, March 29, 2012

kata-kata semangat untuk ku

Kesabaran akan lebih menguntungkan
daripada kekuatan yang dimiliki

LATIHAN MENEMBAK

Kuala Kubu Bharu, 29.03.2012, seramai 60 orang rasa nyer... menghadiri latihan menembak. RELA PDTHS. cuaca pada hari ini panas... sampai terpaksa pinjam cermin mata kawan... ku kumpulan pertama kerana ku ada LATIHAN KOIR PDTHS plak...

Peng Pong Pang Pang Pang...
huh sakit telingaku. dah pistol tu berat. melayang rasa badan bila ku petik PANG... tersasar jadunya.. hahaha.... tp ok kot ku dapat mata 19 jer.... first time.....

Next time ku akan cuba buat ok....

ingat tu Azie..kehidupan in adalah pelumbaan

Hasrat untuk berjaya

Berfikirlah..


 

Monday, March 26, 2012

Tempat-tempat yang terbaik untuk berdoa

Tempat-tempat yang terbaik untuk berdoa

1. Di rumah sendiri.


2. Di Multazam, Masjidil Haram.
3. Di telaga zam-zam, Masjidil Haram.
4. Di makam Nabi Ibrahim a.s.
5. Dalam Hijr Nabi Ismail a.s.
6. Di Bukit Safa dan Bukit Marwah.
7. Di raudhah Masjid Nabi iaitu Masjid Nabawi.
8. Di tempat-tempat mulia yang lain seperti masjid, surau dan rumah ibadah.
9. Dalam Masjidil Haram di kala melihat Ka'bah atau disisinya.
10. Di tempat-tempat wajib haji seperti di Mina, Muzdalifah, Arafah dan di tiga Jamrah.
 
 
Sekian untuk makluman.. selamat beramal..

10 sebab-sebab doa tidak diperkenankan oleh Allah

10 sebab-sebab doa tidak diperkenankan oleh Allah

  • Kita mengaku mengenali Allah tetapi tidak pernah menunaikan akan hak-hakNya dengan melaksanakan segala surahan-Nya serta meninggalkan segala larangan-Nya.
  • Kita mengakui menyintai Rasulullah tetapi tidak pernah sekali pun mengikuti sunnahnya.
  •  Kita mengakui bahawasyaitan itu adalah musuh yang paling ketat tetapi masih patuh dan mengikuti segala hasutannya.
  • Kita sering membaca kitab suci Al-Quran tetapi tidak pernah mengamalkan segala isi kandungnya.
  • Kita sentiasa berdoa supaya dijauhkan dari seksaan api neraka tetapi dalam masa yang sama kita masih melakukan maksiat dan dosa
  • Kita sering mengumpat dan mendedahkan keaiban saudara seagama kita tetapi tidak pernah melihat kepada keaiban sendiri.
  • Setiap hari kita mendapat nikmat dan rezeki yang Allah beri tetapi tidak pernah sekalipun mahu bersyukur dan berterima kasih kepada-Nya.
  • Kita mengiringi dan mengebumikan jeazah di perkuburan tetapi tidak pernah mahu mengambil iktibar dari kematian itu.
  • Kita tahu dan yakin bahawa kematian itu pasti berlaku tetapi tidak membuat persiapan untuk menuju ke sana.
  • Kita sentiasa berdoa supaya dimasukkan ke dalam syurga dan ditempatkan bersama orang-rorang soleh tetapi tidak pernah berusaha mendapatkannya.

Bulan-bulan yang terbaik untuk berdoa

Bulan-bulan yang terbaik untuk berdoa
 
  • Bulan Rejab.
  • Bulan Sya'aban.
  • Bulan Ramadhan.
  • Bulan Zulhijjah (Bulan Haji).

Waktu yang terbaik untuk berdoa

Waktu yang terbaik untuk berdoa

1. Waktu sahur.
2. Waktu selepas azan.
3. Waktu 1/3 malam.
4. Waktu hujan lebat.
5. Waktu melihat Kaabah.
6. Waktu tawaf dan sa'ei.
7. Waktu setiap kali lepas sembahyang.
8. Waktu setiap kali lepas membaca al-Quran.
9. Waktu hampir untuk berbuka puasa.
10. Waktu berpuasa wajib atau puasa sunat.
11. Waktu di antara dua khutbah Jumaat.
12. Waktu di antara iqomah dan sembahyang.
13. Waktu berkumpul dalam majlis ilmu atau majlis zikir.
14. Waktu dalam kesedihan, kesusahan dan penderitaan.
15. Waktu semasa meminum air zam-zam

Panduan supaya doa diterima oleh Allah

Panduan supaya doa diterima oleh Allah
  • Memahami dan mengerti akan maksud serta makna doa yang diminta. Kita bolehmenggunakan apa-apa juga bahasa sewaktu berdoa asalkan kita memahami dan mengertiakan maksud yang diminta itu. Namun sebaik-baik bahasa yang harus digunakan adalah Bahasa Arab kerana ia adalah Bahasa Al-Quran yang diturunkan oleh Malaikat melalui wahyu yang datang terus dari Allah s.w.t. Selain itu semua doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah juga adalah dalam Bahasa Arab.
  • Berdoa dengan penuh keikhlasan hati serta merendahkan diri semata-mata hanya kerana Allah.
  • Berdoa dan meminta kepada Allah dengan sebenar-benar permintaan dan dilakukan dengan bersungguh-sungguh.
  • Tidak berdoa dan meminta kepada sesuatu perkara yang mustahil, sesuatu perkara yang buruk atau pada perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa.
  • Berdoa dengan penuh khusyuk dan keyakinan diri bahawa doa yang di pohonnya itu akan diperkenankan oleh Allah.
  • Berdoa, bertaqwa dan bertawakal kepada Allah iaitu dengan memelihara dan menjaga setiap suruhan dan larangan-Nya.
  • Tidak pernah berputus asa didalam doanya sekalipun permintaannya itu lambat dimakbulkan oleh Allah malah sentiasa beristiqomah, sabar dan menyerah diri kepada Allah

Friday, March 23, 2012

Breaking Dawn Part 2 Movie Countdowns


The Twilight Saga Breaking Dawn Part 2 movie
 is set to be released
November 16, 2012


Breaking Dawn Part 2

Movie Countdowns


Saga Movie - Twilight

Azie memag suka sangat-sangat cerita ini......
berulang-ulang kali azie tengok movie... Now tengah tunggu Part 2..
Breaking Dawn..
bila agaknya movie ini ingin ditayangkan...
kawan-kawan tahu tak???????

Di bawah adalah Wallpapers yang menarik untuk
 anda post at Desktop
Computer, laptop...






Wednesday, March 21, 2012

OST VANILLA COKLAT - penerang hati

penerang hati

Mencinta Mu terangkan jiwaku
Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku
Tak akan mampu ku jauh dari Mu
Satu nafas ku harap Kau ada
Hanya pada Mu Tuhan ku rayu
Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku
Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi
Jangan pernah kau menjauh

(6ixth sense feat saujana )

Vanilla Coklat

Synopsis:

Vanila Coklat mengisahkan tentang Zara, 19 tahun dan Aamir, 20 tahun yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi. Zara dan Aamir saling membenci antara satu sama lain dan masing-masing sudah mempunyai kekasih. Aamir sering mengusik Zara kerana Zara merupakan pelajar cemerlang dan pelajar contoh di kolej manakala Zara membenci Aamir kerana baginya, Aamir seorang kaki perempuan.

*****************************************************************************
Cerita ini memang best. dan ending pun mengusik kalbu...

Keindahan di Langit


Ringkasan tentang buki ini....

PENDAHULAN

Pernahkah kamu memikirkan tentang keluasan cakerawala yang kita mendiami ini? Mungkin kamu jarang memikirkan persoalan ini sehingga sekarang. Walaupun kamu pernah memikirkannya, masih sukar untuk membayangkan saiz cakerawala ini. Biar kami terangkan keluasan cakerawala ini melalui contoh berikut. Berapakah keluasan yang dapat kamu bayangkan? Jarak di antara satu bandar dengan bandar yang lain sudah cukup luas bagi kamu. Mungkin, kamu telah mengembara dari timur hingga ke barat negara kamu, dan kamu merasa kagum dengan keluasannya. Sebahagian kamu mungkin pernah ke negara-negara yang jauh. Tetapi, satu fakta penting! Walaupun kamu telah mengembara mengelilingi dunia, ia masih terlalu kecil untuk membantu kamu membayangkan saiz gergasi cakerawala ini. Ini kerana saiz Bumi jika dibandingkan dengan seluruh alam cakerawala ini adalah seperti sebintik debu.

Ini mungkin mengejutkan kamu, tetapi itulah kebenarannya; planet Bumi hanya sebintik debu dibandingkan dengan alam ini.

Adik-adik sekalian! Sekarang fikirkan tentang Bumi kita, satu titik debu di dalam alam yang amat luas ini. Setiap pagi kamu bangun dari tidur di dalam rumah di dalam bola bulat ini. Jalan-jalan yang kamu gunakan untuk ke sekolah juga dibuat di atasnya.

 Sekarang fikirkan perkara ini sebentar! Jika kamu letakkan sebuah kereta mainan di atas sebiji bola di atas tangan kamu, bolehkah ia kekal berada di situ? Sudah tentu tidak. Sedangkan kamu menghabiskan sepanjang hari kamu di atas planet bulat ini, bermain dan bergembira dengan rakan-rakan kamu tanpa terjatuh keluar!
Kereta-kereta kecil yang diletakkan di atas sebiji bola jatuh ke lantai. Pernahkah kamu terfikir bagaimana kita dapat berdiri di atas Bumi?

Sekarang, fikirkan tentang matahari. Bagaimana kamu memanaskan diri kamu, dan dari mana cahaya datang jika tanpa bola api kuning ini? Bolehkah kamu pergi berenang dan mandi? Bolehkah kamu pergi berkelah bersama dengan keluarga atau rakan sekelas kamu? Sudah tentu tidak! Kamu tidak dapat melakukan semua perkara ini, kerana tanpa matahari, tidak akan ada hidupan di Bumi ini. Bukan sekadar tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok, burung-burung, serangga dan haiwan peliharaan yang kamu sayangi, tetapi juga ibu, ayah, kawan-kawan, adik-beradik dan malah diri kamu tidak akan wujud.

Dua contoh tentang Bumi dan matahari menunjukkan kepentingan objek-objek langit dan peranannya kepada hidup kita. Kami akan mengemukakan banyak contoh-contoh menarik di dalam buku ini. Sungguh menarik dapat mempelajari tentang cakerawala ini melalui contoh-contoh ini. Kamu juga perlu berkongsi apa yang kamu pelajari ini bersama dengan ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan kamu. Mereka juga tentu gembira mempelajari topik-topik yang menarik ini.

Apabila kamu membaca buku ini, kamu akan lihat bahawa Allah, Pencipta kita, telah menjadikan alam ini dan semua makhluk di dalamnya. Kamu juga akan melihat bahawa Allah menjadikan matahari, bulan dan Bumi dan segala yang berada di alam ini, semoga dengan itu kita dapat hidup dengan lebih gembira dan selesa, dan untuk menguji kita.
Sekarang mari kita mulakan perjalanan hebat kita ke alam semesta.


Buku " KEINDAHAN DI LANGIT" Oleh Harun Yahya
buku ini memang best. boleh di jadikan rujukan untuk belajar dan sebagainya.
download here Pdf dosyası (.zip) - 268 download
untuk membaca dan menambah ilmu pengetahuan

5 Ubat Hati




BAGINDA MANUSIA PERIBADI TERPUJI

BAGINDA MANUSIA PERIBADI TERPUJI
 
 
12 Rabiulawal menjadi saksi
Dunia dihiasi manusia Ulul Azmi
Siti Aminah hadir disisi
Membelai Baginda dibuai mimpi

Baginda pemuda amanah lagi rendah diri
Pintar, fikir benar dan berani
Menjadi pedoman umat zaman kini
Mahligai kasih dibina bersama
Teman sejati Siti Khadijah manusia Istimewa
Dilimpah rezeki dengan berniaga
Cinta berputik kekal selamanya

Gua Hira' wadah wahyu diterima
Gigil dan takut tidak terkata
Jibrail diutuskan dengan rela
Mengajar Nabi ilmu membaca
Iqra' ..... Bacalah...

Menyeru manusia mengajar kebaikan
Mencegah manusia dari kemungkaran
Baginda dikutuk, dicaci dan dihina
Tidak terlintas untuk berputus asa

Itulah Baginda Nabi kita
Peribadi agung lagi mulia
Jadikanlah Baginda sebagai idola
Terus berjuang selama-lamanya...

telatah kucingku 2


News. inilah kucingku Rango.
Berginilah aksi Rango tengah tidur.
amat mencuit hati......


Aksi pertama

Aksi kedua

Aksi ketiga

Haahaaa.. memang menarik kan gaya RInggo ni tido... 

Sunday, March 18, 2012

Telatah kucingku 1

RUMAH,18 Mac 2012 (Ahad). satu kejadian yang menarik telah berlaku di dalam kotak tempat anak-anak kucing ku beradu. ibu yer gonden dan stela telah menyusukan anak yer..
jom sama-sama kita lihat aksi lucu dan menarik ni...


alaaaa comey yer...
Pelik tapi Benar..

Berginilah aksi mereka. Mereka ada jadual rasanya kerana mereka bergilir-gilir menyusukan anak-anak mereka. dalam satu kotak da 8 ekor. tempaat susu kan ada lapan ....emmmmm

tapi hari ini memang pelik kerana menyusu serentak.
happy family...

Thursday, March 15, 2012

Doa Pembuka Dua Belas Pintu



Ya Allah,
bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan,
pintu-pintu keselamatan,
pintu-pintu kesihatan,
pintu-pintu nikmat,
pintu-pintu keberkatan,
pintu-pintu kekuatan,
 pintu-pintu cinta sejati,
pintu kasih sayang,
pintu-pintu rezeki,
pintu-pintu ilmu,
pintu-pintu keampunan dan
 pintu-pintu syurga.
 Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

(Doa ini sesuai diamalkan)

Pemuda Impian ISLAM

Ya,ALLAH



P/s : Berdoalah.... sesungguhnya Dia amat mendengar...

Tip Untuk Cemerlang dan Persediaan Manghadapi Peperiksaan


Terdapat beberapa tip sebagai persediaan menghadapi peperiksaan yang bakal dihadapi nanti. Tipnya adalah :-
  1. Semak Jadual Peperiksaan
  2. Kunci Peperiksaan
  3. Tentukan Keutamaan
  4. Banyak Mengingat dan membuat Kaitan
  5. Merancang Persediaan Peperiksaan
  6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
  7. Berdoa dan bertawakal
Semoga dengan tip ini. anda(pelajar) akan lebih berkeyakinan dan bersedian ketika menghadapi peperiksaan/ujian yang bakal tiba.


*SEMOGA BERJAYA*

Wednesday, March 14, 2012

Cinta Suami Dan Redha Ilahi




Letakkan cinta Allah di hati. Dan cinta suami nanti di genggaman tangan kita. Sewaktu dia dalam pandangan mata kita, layanilah dia dengan sesempurna mungkin.Tatkala dia berada jauh dari kita, lepaskanlah dia dalam jagaan Allah s.w.t. Barulah hati kita tenang. Tanpa sebarang syak wasangka.

Letakkan cinta Allah di hati dan cinta suami nanti di genggaman tangan kita. Kerana dengan yang demikian, kita akan sedar,  dan sehebat manapun kita, kita tetap seorang isteri bila berada di hadapan suami. Dan keredhaan Allah berada bersama suami kita. Laksanakanlah tanggungjawab dengan baik demi mengharapkan cinta Allah.



Letakkan cinta Allah di dalam hati, Sediakan bahagian hatimu hanya untukNya, yang Maha Pengasih, dan yang Maha Sempurna dan cinta suami hanya di genggaman tapak tangan kita kerana ketahuilah, bahawa cinta dan kasih suami, itu semua datang dari Allah.Itu adalah bukti kasih sayang Allah pada kita.

Letakkan cinta Allah di dalam hati. Dan cinta suami di genggaman tapak tanganmu. Kerana suami hanya seorang insan biasa, punya kelemahan tersendiri. Bila cinta Allah memenuhi hati kita, kita tidak akan sesekali melayan suami dengan buruk kerana mengharapkan cinta Allah.

Letakkan hanya cinta Allah di dalam hati, dan cinta suami di genggaman. Supaya andai kata dia pergi dulu, dia dapat kita lepaskan dengan mudah. kita redha dengan ketentuannya. Ketahuilah Allah itu sesungguhnya kekal dan akan sentiasa bersama kita.

Sumber: ILuvIslam.com

Ketenagan melalui gambar 1



ketenagan itu penting.


Peta : Daerah Hulu Selangor

PETA - MUKIM DI DAERAH HULU SELANGOR

DAERAH HULU SELANGOR - mempunyai 13 mukim

Tuesday, March 6, 2012

Game yang mengHantui...


pikacu Game... I

Suatu petang tengah asyik ku membuat kerja....
Tiba-tiba Pn.R membuka mainan.... tu dah nak balik kerja
laaa.. ku intai-intai... ku tengok-tengok.... macam besh jer...
ku pun mendekati dan melihat Pn.R bermain..
owwhhhhh ni game... Game ini yang ku cari selama ni.
dlu ku bermain ni unit SO.
mereka download di comp. jadi aku "sambil menyelam minum air"
kerja dah ciap pe lagi main laaa...

Akhir yer ku jumpa di sini


Pada : 05.03.2012

Cara bermain adalah kita perlu mencari rupa dan bentuk yang sama. dan click jer.


bermula yer di sini... ku mengatur stratergi...


 waaaaa semakin pandai ku bermainnnnn...


Alaaaaaaaaa apa yang keluar niee...
"NO MOVE"
pe click je laaa...

waaaaaaa ia bertukar macam "REFRESH" (F5)


main lagi....
sampai juling la mata ku ni mencari...
ingatkan berjaya...
rupa yer TIDAK...

keluar la msg nieee..
:( sad..  tidak apa... akan ku cuba lagi..


Monday, March 5, 2012

HARI YANG MENGEJUTKAN..

HARI YANG MENGEJUTKAN..

Di suatu petang.... ahad.. (04.03.2012)
kereta myvi hitam ku mau reverse kan kereta...
Tiba-tiba terdenga bunyi... MIOOOOOWWWWW... ahhhh TIDAkkk...
kucing favorite kuuuu 'RANGO" nama diberi...
terkena langgar huh!! nasib baik tapi kena kaki jer... memang mengejutkan kami.
RANGO menjerit dan berlari dengan kaki belakang yer di angkat.
 RANGO terkejut.
Berlarilah RANGO ke dalam semak di belakang rumah.
 kami mengerjar tetapi tidak dapatkerana kawasan itu semak samun. 
jadi kami membiarkan RANGO duduk di situ
dan menenangkan diri yerrrrr...

Ku memanggil RANGO sampai dengan suara yang kuat dan nyaring...
tidak muncul juga...
ku panggil lagi untuk memberi makanan...
tapi yang hadir.. kucingku yang lain..
STELA.. HITLER....dan GONDEN..

Sejam kemudian.. kelibat RANGO telah kelihatan...
RANGO tengah makan.. Alhamdulillah.... RANGO datang n makan...
10 minit aku datang dan melihat RANGO terbaring di suatu sudut..

Dengan manja dan lembut ku mengakat dan bawak ke atas rumah kuu..
Ku membelek kaki yang tergilis tayar kereta... owhhh terluka...
sehingga menampakan kulit yer..

Dengan pantas ku meletakkan minyak gamat di luka itu.. mungkin sejuk dan sakit.
RANGO berlari di sudut dan menjilat luka yang telah di sapu dengan minyak gamat..

emmm ... tenggok dalam sehari ni. if tidak okk akan ku hantar ke klinik...



aziesizhuka. Powered by Blogger.