Pages

~ my nuff ~

Tuesday, December 31, 2013

Apakah yang dimaksudkan dengan ayat-ayat syifa'?

Apakah yang dimaksudkan dengan ayat-ayat syifa'?

  • Syifa' bermaksud penyembuhan. 
  • Di dalam al-Quran, terdapat kalimah syifa' di dalam beberapa ayat al-Quran yang boleh digunakan untuk tujuan merawat penyakit.

Berikut adalah 6 ayat-ayat syifa...' yang boleh diamalkan berdasarkan amalan perubatan Islam:

1. Ayat pertama: Surah At-Taubah ayat 14.

2. Ayat kedua: Surah Yunus ayat 57

3. Ayat ketiga: Surah An-Nahl ayat 69

4. Ayat keempat: Surah Al-Isra' ayat 82

5. Ayat kelima: Surah Asy-Syu'ara' ayat 80

6. Ayat keenam: Surah Fussilat ayat 44.

Sunday, December 29, 2013

NO.6 : Pendinding dengan Ayat Kursi


  • Anda boleh mengamalkan ayatul kursi untuk memohon kepada Allah supaya melindungi kediaman dan harta anda. 
  • Kaedah ini diambil dari salah seorang sahabat Nabi yang bernama Abu Ayyub al-Ansari r.a. 


Kaedahnya ialah:
  1. Mulakan dengan membaca surah al-Fatihah.
  2. Hadapkan badan ke pintu utama rumah sambil membaca Ayat Kursi dengan 9 waqaf (tempat berhenti), selepas itu mula keliling dari sebelah kanan rumah.
  3. Lakukan sebanyak mana yang mungkin dalam bilangan pusingan ganjil (1,3,5 atau 7). Bilangan maksimum adalah 7. Cukup sekali sekiranya kawasan rumah adalah sangat luas.
  4. Perlu terus membaca Ayat Kursi semasa berjalan mengelilingi rumah sehingga habis pusingan dengan niat untuk melindungi kediaman.
  5. Jika anda ingin meletakkan pendinding untuk kenderaan dengan Ayat Kursi, baca Ayat Kursi dengan bermula daripada sebelah kanan kenderaan.
  6. Jika anda ingin memagari dusun atau kebun, baca Ayat Kursi dengan niat untuk memagari dengan hanya berdiri di tengah-tengah dusun itu.

note :

*Perlu diingatkan, penggunaan tangkal, azimat,wafak dan seumpama dengannya untuk tujuan pendinding dan pertahanan diri adalah ditegah sama sekali. Kita memohon kepada Allah semata-mata. Amalan dengan menggunakan ayat-ayat Quran adalah wasilah untuk mencapai keinginan dan sudah semestinya kita dianjurkan berbuat demikian. Mudah-mudahan Allah S.W.T menjauhkan kita daripada perkara yang boleh membatalkan iman dan kekufuran.Yang terbaik hanya dari Allah. Selamat beramal :) 

Saturday, December 28, 2013

NO.5 : Ayat Penggerak


  • Ayat penggerak adalah zikir yang boleh diamalkan untuk memberi petunjuk dan petanda kepada seseorang yang sedang membuat keputusan penting dalam hidup, contohnya dalam perjalanan, urus niaga perniagaan, mencari jodoh, menaiki kapal terbang dan sebagainya.
  • Biasanya kita mengetahuinya sebagai alamat atau firasat sendiri tentang sesuatu perkara. 
  • Mungkin anda pernah mendengar orang kata 'Macam tak sedap hati la', kan?


Ayat yang dimaksudkan adalah:

بِسْمِ اللهِ الَّذِىْ لاَيَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْ ءٌ فِى الْاَرْضِ وَلَا فِى السَّمَا ءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ  

Maksudnya: "Dengan nama Allah, yang tidak memberi mudarat dengan nama-Nya sesuatu di bumi dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".

Cara-cara untuk beramal dengan ayat penggerak ini:

  1. Sebelum memulakan perjalanan samada perjalanan dekat atau jauh, baca ayat ini terlebih dahulu sebanyak 7 kali.
  2. Jika anda membaca tersekat-sekat atau tidak lancar walaupun anda telah menghafalnya dan memahaminya, atau terdapat gangguan ketika membacanya seperti deringan telefon bimbit, anda berehat terlebih dahulu. Selepas reda, ulang semula bacaan ayat tersebut sebanyak 7 kali. Jika kali ini bacaan anda lancar, maka anda boleh meneruskan perjalanan atau membuat perkara lain. 
  3.  Insya-Allah.

Friday, December 27, 2013

INFO - PETUA AWET MUDA CARA ISLAM


Assalamualaikum..
Selamat petang semua...
Salam sejahtera...
Salam kebahagiaan...

Hai.. di sini azie ingin berkongsi kepada kawan-kawan dan pembaca semua tentang Petua Awet Muda Cara ISLAM..

Semoga dgn Sharing ini... kita semua akan nampak lebih cantik dan anggun kerna ALLAH swt.. amin

Terdapat 9 Pertua.. so selamat membaca dan mengamalkannya... 
Insya Allah.. semua dgn izin NYA... 
  • Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.
  • Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.
  • Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
  • Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
  • Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.
  • Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
  • Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.
  • Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil -pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.
  • Petua 9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
SELAMAT MENCUBA..
SHARING IS CARING..

NO.4 : Ayat-ayat al-Quran untuk pendinding diri

sambungan.....


  • Selain mengamalkan ayat dari surah-surah al-Quran, terdapat juga doa khusus yang anda boleh amalkan untuk membina benteng pertahanan diri. 
  • Ia dinamakan Doa Berkubu. Doanya adalah seperti begini:


١َعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ تَحَصَّنْتُ بِحِصْنِ لاَإلَهَ إِلَّا اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ الله  

Terjemahannya: "Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu لاَإلَهَ إِلَّا اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ الله  Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah Pesuruh Allah".


Cara mengamalkannya:
  1. Baca sebanyak 7 kali.
  2. Setiap kali selepas membacanya, tiupkan ke depan dari kiri ke kanan seperti garis lurus di hadapan.
  3. Seterusnya diikuti bacaan kali kedua di sebelah kanan, kemudian belakang, kiri, sebelah atas dan bawah.
  4. Selepas bacaan terakhir iaitu kali ketujuh, hendaklah menarik nafas perlahan-lahan. Tahan nafas dan kemudian lepaskan perlahan-lahan untuk tujuan perlindungan dalaman.

Thursday, December 26, 2013

NO.3 : Ayat-ayat al-Quran untuk pendinding diri

Ayat Kursi

Ayat Kursi adalah ayat ke-255 dari Surah al-Baqarah yang boleh diamalkan untuk pertahanan diri dan juga melindungi kediaman dan harta benda.

Berikut adalah cara untuk mengamalkan Ayat Kursi:

  1. Baca Ayat Kursi sekali dengan 9 wakaf (tempat berhenti).
  2. Setelah selesai membaca, tiupkan dan hembuskan sambil mengelilingi badan mengikut arah lawan jam dengan niat untuk melindungi diri.
  3. Untuk perlindungan kediaman dan harta benda, kaedahnya akan dijelaskan dalam no.4  nanti.

Wednesday, December 25, 2013

NO.2 : Ayat-ayat al-Quran untuk pendinding diri

al-Mu'awwizat


  • Al-Mu'awwizat merujuk kepada 3 surah dalam al-Quran iaitu Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas.
  •  Rasulullah S.A.W mengamalkan surah-surah sebelum baginda tidur. 
  • Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Sayidatina Aisyah R.A yang bermaksud:"Adalah Nabi S.A.W apabila masuk ke tempat tidur pada setiap malam, maka dirapatkan kedua tapak tangannya (seperti berdoa), kemudian menghembuskan pada kedua tapak tangan itu selepas membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas. Kemudian disapu keseluruhan badan dengan kedua tapak tangannya, dimulai dari kepala dan wajahnya serta keseluruhan badan (yang mampu disapu).Baginda berbuat demikian sebanyak tiga kali" - Hadis riwayat Bukhari no. hadis 5017.


Berikut adalah cara untuk beramal dengan al-Mu'awwizat:


  1. Duduk dan unjurkan kaki dan dada ke arah kiblat sambil mengangkat tangan seperti berdoa. 
  2. Baca surah al-Fatihah.
  3. Baca surah al-Ikhlas 3 kali, surah al-Falaq 3 kali dan surah an-Nas 3 kali mengikut tertib ( dimulakan dengan surah al-Ikhlas dan diakhiri dengan surah an-Nas).
  4. Tarik nafas dan kemudian hembus pada kedua-dua tapak tangan sehingga habis nafas.
  5. Tarik sedikit nafas dan tahan sambil kedua-dua belah tapak tangan menyapu keseluruhan anggota badan kecuali anggota sulit.
  6. Amalkan sekurang-kurangnya sekali sebelum tidur dan sekali selepas solat subuh setiap hari




amin..

Tuesday, December 24, 2013

Semakan kem penempatan PLKN tahun 2014 siri 11 cara online dan sms

  • Dijangka bermula bulan Disember 2013 sistem semakan penempatan kem bagi kumpulan satu (1) secara online akan dibuka
  • Untuk mengetahui tarikh semakan penempatan kumpulan 1, pelatih boleh mengikuti di dalam ruangan kemaskini yang disediakan
  1. Tarikh semakan penempatan pelatih PLKN kumpulan 1 siri 11/ 2014 : 4 Disember 2013 (Rabu)
  2. Semakan penempatan pelatih secara online :

    klik pautan (link)

    http://apps1.khidmatnegara.gov.my
    atau
    http://apps1.khidmatnegara.gov.my/penempatan

  • Selain semakan secara dalam talian (online) status penempatan pelatih boleh disemak menggunakan sistem pesanan ringkas SMS dengan penghantaran format mesej dan menghubungi talian seperti berikut
  1. Semakan penempatan pelatih secara sms
    Taip: PLKN kem <No KP anda> hantar ke 15888
  2. Semakan penempatan pelatih secara hubungi talian
    03-40274747
  • Pelatih yang telah berjaya mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kumpulan 1 siri 11/ 2014 akan menjalani program itu selama tiga bulan bermula awal Januari 2014
  • Dalam pada itu, untuk mendapatkan sebarang maklumat terkini mengenai PLKN adalah dengan sewajarnya melayari laman web rasmi jabatan khimat negara, kementerian pertahanan Malaysia di capaian url  http://www.khidmatnegara.gov.my


Note : azie PLKN tahun 2004..
          Kem Pasir Putih, Tok Bali, Kelantan.
          Sesiapa kenal azie... ingat azie.. (x popular pun)
          comment.. or tinggalkan email anda..


Kadar kenaikan dividen dan bonus ASB tahun 2013


KADAR DIVIDEN DAN BONUS ASB 2013 TIADA KENAIKAN
  • Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013, tiada kenaikan bagi agihan pendapatan dividen ASB malah menurun sebanyak 0.05 sen dan pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen sebanyak 7.70 sen seunit
  • Selain itu, menurut laporan media pada Khamis, sejumlah 8.26 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 127.2 bilion unit ASB, juga akan menerima bonus sebanyak 1.00 sen seunit
  • Walaupun pengagihan dividen kali ini rendah sedikit berbanding tahun lepas, kadar itu kekal kompetitif di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global
  • Dalam pada itu, pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus berkenaan akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit, yang mana pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan masing-masing di Ibu Pejabat, pejabat atau ejen ASNB di seluruh negara mulai 2 Januari 2014
  • Turut dimaklumkan, urus niaga ASB ditangguhkan pada 22 Disember 2013 hingga 1 Januari 2014 bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus
Berikut adalah jadual senarai agihan pendapatan dividen dan bonus ASB untuk tahun terdahulu dan terkini




 


Borang permohonan BR1M 3.0: Pendaftaran Pemohon baru bantuan rakyat 1malaysia 2014

Borang permohonan BR1M 3.0: Pendaftaran Pemohon baru bantuan rakyat 1malaysia 2014

  1. Seperti yang diketahui umum, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah salah satu insentif kerajaan yang terkandung dalam teras kelima bajet 2014 iaitu “Mensejahtera Kehidupan Rakyat”
  2. Bantuan Rakyat 1Malaysia pada tahun ini juga  lebih dikenali sebagai BR1M 3.0 yang merujuk kepada sudah tiga kali kerajaan memberi insentif ini kepada rakyat yang berkelayakan
Permohonan dan Pendaftaran BR1M 3.0
 
 
  • Jadi pada tahun ini, rakyat Malaysia yang berkelayakan terus menikmati nilai bantuan BR1M mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Menariknya untuk BR1M 3.0 turut diperluaskan dan dinaikkan nilainya
  • Berikut adalah informasi mengenai syarat kelayakan BR1M 3.0 sepertimana yang ditetapkan



Definasi Isi Rumah
Adalah seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya
  • Berkahwin
  • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Bujang (Janda,Duda)yang mempunyai tanggungan dan warga emas  (sebatang kara)
Selain itu, caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal



  • Menurut maklumat awal, penerima sebelum ini tidak perlu lagi mendaftar untuk kali ketiga. Mereka telah layak secara automatic
  • Selain itu, Penerima BR1M sebelum ini perlu mendaftar semula (kemaskini maklumat) jikalau bertukar alamat atau kematian ketua isi rumah untuk membolehkan mereka menerima bantuan
Borang boleh di dapati secara percuma menerusi
  • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
  • Online di laman sesawang www.hasil.gov.my
Pemohon baru yang memenuhi  kriteria yang seperti telah dinyatakan boleh mendaftar mengisi borang bersertakan antaranya
  • Salinan kad pengenalan (MyKad) | Kad Polis | Kad Tentera (Jika memohon secara manual)
Untuk tahun sebelumnya pendaftaran BR1M turut boleh dibuat secara dalam talian (online)
Sebagai makluman, setakat ini pendaftaran mahupun borang permohonan belum dibuka mahupun dikeluarkan, orang ramai diminta bersabar


Sila ikuti ruangan dibawah bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai BR1M 2014

TarikhPenerangan dan Pemberitahuan
13 NovemberPermohonan BR1M 3.0 dijangka akan dibuka pada bulan Disember 2013
18 Disember
Permohonan secara manual dan dalam talian (online) BR1M 3.0 tahun 2014 akan dibuka mulai 23 Disember ini (Isnin) sehingga 31 Januari 2014
Seperti maklumat yang diberitahu sebelum ini, penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank jika terdapat perubahan
Untuk pemohon baru pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh berkenaan
Bagi mendapatkan borang permohonan, boleh rujuk informasi di atas
Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari 2014
Sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai 23 Disember ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang


Informasi seterusnya seperti muat turun (download) borang permohonan dan pautan (link) bagi pendaftaran BR1M 3.0 secara online akan disertakan dalam ruangan ini


23 Disember
Untuk permohonan baru ataupun membuat kemaskini maklumat daripada BR1M 2.0 yang terdahulu boleh di buat secara dalam talian (online) ataupun secara manual dengan mengisi borang
Permohonan BR1M 2014 secara online ataupun untuk memuat turun (download) borang adalah dengan meng-klik butang merah dibawah
Sistem Permohonan online BR1M 2014 (eBR1M) Download Borang BR1M 2014
Bagi mendapatkan panduan permohonan baru ataupun kemaskini maklumat sila klik butang biru dan merah di bawah
Panduan permohonan untuk pemohon baru menggunakan sistem dan talian (online) Panduan kemaskini maklumat permohonan secara online Nota lain
Kepada yang membuat permohonan baru ataupun kemaskini maklumat secara manual dengan menggunakan borang, sila dihantar borang berkenaan ke mana- mana cawangan LHDNM berhampiran
Pemohon dinasihatkan melayari sistem online permohonan atau kemaskini maklumat BR1M 3.0 tahun 2014 bukan di waktu puncak, kerana laman berkenaan mungkin sukar diakses disebabkan capaian yang dibuat keatas laman itu pada satu-satu masa adalah terlalu tinggi



 

SUMBER : CLICK HERE

NO.1 : Ayat-ayat al-Quran untuk pendinding diri

Surah al-Fatihah

Kaedah pembacaan:



  1. Untuk hari pertama, baca al-Fatihah selepas selesai setiap solat fardhu sekali. Contohnya, jika hari pertama ialah hari Isnin, anda baca Surah al-Fatihah selepas wirid dan doa setiap waktu solat bermula dari Subuh hingga Isyak sebanyak SEKALI sahaja untuk hari itu.
  2. Pada hari kedua, bilangan bacaan Surah al-Fatihah ditambah kepada DUA kali ketika selesai setiap solat fardhu dengan niat yang sama
    (mohon Allah memberikan perlindungan dan pertahanan diri anda dari gangguan jin dan syaitan).
  3. Bilangan bacaan ditambah sehari sekali sehingga hari yang ketujuh
    ( dalam contoh di atas adalah hari Ahad). Ini bermakna pada hari Ahad, bilangan surah al-Fatihah yang anda baca selepas setiap solat fardhu adalah cukup TUJUH kali.
  4. Selepas hari tersebut, anda kekalkan bacaan Surah al-Fatihah sebanyak 7 kali setiap kali selesai anda mengerjakan solat fardhu.
  5. Insya-Allah, dengan komitmen dan konsisten anda mengamalkan bacaan ini, anda akan dilindungi Allah dari sebarang perkara yang mengganggu hidup anda dan keluarga anda.
AMIN.
Insya Allah..

Monday, December 23, 2013

Tanda-tanda Gangguan Jin Ini Ada Pada Anda?

  • Adakah 33 Tanda-tanda Gangguan Jin Ini Ada Pada Anda?
  • Terdapat beberapa petanda yang menunjukkan seseorang itu telah diganggu dan dirasuk oleh makhluk halus. 
  •  Berikut adalah tanda-tanda yang boleh dikenali samada semasa tidur atau masih berjaga:
1. Tanda-Tanda ketika tidur:

- Susah tidur malam kecuali setelah bersusah payah.
- Sentiasa terjaga pada waktu malam dalam keadaan takut.
- Mimpi melihat sesuatu yang menindihnya lalu ia meminta pertolongan tetapi tidak berdaya.
- Bermimpi sesuatu yang menakutkan.
- Bermimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, singa, tikus dan sebagainya.
- Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
- Bunyi gigi begetar/berlaga ketika tidur.
- Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
- Berdiri dan berjalan ketika tidur.
- Bermimpi berada di tempat yang sunyi.
- Bermimpi berada di kawasan kotor, tempat sampah dan kawasan perkuburan.
- Mimpi melihat makhluk halus.
- Mimpi melihat salib atau gereja.
- Bermimpi bertemu paderi atau berada di tempat ibadah mereka.
- Bermimpi melihat budak kecil. Berhati-hati sekiranya bermimpi menyusukan budak kecil dan merasa terlalu sayang kepadanya.
- Bermimpi benda tajam dan miang seperti pisau, paku, miang buluh dan sebagainya (tanda santau).

2. Tanda-tanda ketika berjaga:

- Sering lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
- Hilang ingatan (gila).
- Hilang semangat apabila sampai ke tempat kerja.
- Lesu dan malas.
- Sesak nafas apabila masuk waktu asar hingga ke malam.
- Rasa sakit pada sebahagian anggota badan.
- Sakit di bahagian belakang badan terutamanya tulang belakang.
- Lenguh sendi-sendi.
- Melihat sesuatu yang pelik.
- Ketumbuhan yang sukar diubati (kanser).
- Terasa seolah-olah memijak telur atau batu .
- Mudah panik bila berhadapan dengan masalah.
- Jiwa lemah dan mudah mengalah.
- Selalu mengantuk.
- Sering pening dan sakit.
- Mudah marah dan panas baran.
- Agresif dan bertindak liar.

Saturday, December 7, 2013

Rahsia dimiliki WANITA

** Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
sharing is caring..

PERKARA YANG TERSEMBUNYI....

JOM KITA TENGOKKKKK////


  1. Wanita perlu TAAT pada Suami tetapi Lekali WAJIB TAAT pada IBUnya...
  2. Wanita perlu mengandungkan dan melahirkan anak tetapi setiap saat mereka didoakan oleh segala Mahluk... Malaikat dan Jika mati ketika melahirkan, Tarafnya adalah MATU SHAHID...
  3. DiAhkhirat lelaki dipertanggungjawabkan 4 Wanita...

     a) Isterinya
     b) Ibunya
     c) Anak Perempuannya
     d) Saudara Perempuannya...
  4. Seorang Wanita Tanggungjawab ditanggung oleh 4 Lelaki....

     a) Suaminya
     b) Ayahnya...
     c) Anak Lelakinya..
     d) Saudara lelakinya
  5. Wanita boleh memasuki Pinti Syurga dengan 4 Syarat...

     a) Solat
     b) Puasanya
     c) Taat Pada Suaminya...
     d) Menjaga Kehormatannya....
  6. Lelaki perlu Berjihad Fizabilillah tetapi Wanita hanya perlu TAAT pada suaminya untuk mendapat Pahala yang sama...
  7. Lelaki mewarisi Harta Pusaka tetapi harus membelanjakan untuk Anak isterinya tetapi bagi Wanita itu adalah HAK Peribadinya.

NOTE : 
SO ANDA SEMUA JANGAN LAH MERASA SUSAH KERNA MENJADI WANITA..

Thursday, December 5, 2013

inilah pernawar jantung ku...

Pada 05 dec 2012 jam 11.43
malam lahirlah seorang puteri
yang diberi nama
NUR RABIATUL ADAWIYAH BINTI AZIZUDDIN
seberat 3.39kg..
tinggi 51sm..
 di HOSPITAL SELAYANG..
New Born...
with Untie Sitah..
Terima Kasih kerna melawat..
















SERARANG
30 oktober 2013
adawiyah sudah 10 month ++
sekejap sahaja masa berlalu
memang bergitu pantas...

inilah aktiviti adawiyah..
sekarang sudah mula nak belajar berdiri lepaskan tangan
tp kalau bab memanjat mmg lah di heroin yer..
tangga rumah sudah sampai ke atas pun...


gambar ini kerna asyik mau g ke toilet umah tokwan and makwan yer
azie masukkan la dia dalam bakul baju..

hahaaaaahaa 

ar ni aktiviti adawiyah.. lepas kain yang di susun le sepahkan...
dia g mengerjakan pulak beg isi pempes yer...

sian umah makwan bersepah




ini gambar adwiyah isap rokok daun..
hahahah

tokwan yer isap rokok daun.. jadi dia pun nak juga..


adawiyah mkn potato..
yummy
bulat matanya..
TODAY.. ANAK ummi sudah pun setahun..
kamulah intan payung ummi..
kamulah kawan ummi..

5.12.12
Selamat hari lahir anakku..
NUR RABIATUL ADAWIYAH BINTI AZIZUDDIN..
1 TAHUN

Sekejab sahaja masa berlalu.. 
Rasa sekejab sahaja..
DAH BESAR ANAK UMMI..

inilah gambar yang azie ada.. kerna anset bercamera azie tlh rosak kerna adawiyah balik di jalan depan rumah... emmm so tiadalah aksi aksi comey adawiyah dapat ni SNAP oleh lenser ..

ummi sayang sangat sangat kat adawiyah..
jadi anak yang baik solehah.. pandai dan belajar tinggi..
jangan lawan ckp org tua
hormat org yang lebih tua dr kamu..
dan semua lah yg baik baik..

I luv u

Wednesday, December 4, 2013

JADUAL GAJI 2014 - GOV...

JADUAL GAJI 2014
KAKITANGAN AWAM DAN TARIKH PEMBAYARAN


BULAN
TARIKH PEMBAYAN GAJI                           CATATAN
Januari
23 Januari 2014 Khamis  
(Tahun Baru Cina 31 Jan – 1 Feb 2014)



Februari
25 Februari 2014 Selasa




Mac
25 Mac 2014 Selasa




April
24 April 2014 Khamis




Mei
22 Mei 2014 Khamis  
(Pesta Kaamatan 30 – 31 Mei 2014)



Jun
25 Jun 2014 Rabu
(Hari Gawai 1 – 2 Jun 2014)



Julai
22 Julai 2014 Selasa
(Hari Raya Puasa 28 – 29 Julai 2014)



Ogos
25 Ogos 2014 Isnin




September
25 September 2014 Khamis




Oktober
16 Oktober 2014 Khamis
(Deepavali 23 Oktober 2014)



November
25 November 2014 Selasa




Disember
18 Disember 2014, Khamis
(Hari Krismas 25 Disember 2014)


aziesizhuka. Powered by Blogger.