Pages

~ my nuff ~

Wednesday, July 31, 2013

CJ7 Star Xu Jiao Is Actually A Girl

CJ7 Star Xu Jiao Is Actually A Girl

Known as Xu Jiao who is most notable for her comedic and cross-dressing performance as a poor boy in the film CJ7, now becoming a small beautiful girl and I am sure viewers have no idea that Xu Jiao is actually a girl!

Jiao is a newcomer actress from China. Despite being a girl, she played a boy in the film. She bagged Hong Kong Film Award for Best New Performer in 2009 for the said movie. She also portrayed the young Mulan in the movie Mulan (2009).

What can you say about this surprising info?
 
More photo here.

Pesan isteri ‘Auf Ibnu Mihlam Asy-Syaibani:

 Pesan isteri ‘Auf Ibnu Mihlam Asy-Syaibani:

“Puteriku, kini engkau meninggalkan tempat kelahiranmu menuju rumah baru dan orang baru yang belum pernah engkau ketahui keadaan dan wataknya. Maka, perhatikan baik-baik sepuluh perkara daripadaku supaya ia menjadi panduan hidupmu”

1] “Jadilah engkau sebagai pendamping hidupnya yang selalu menerima apa adanya"
2] “Bergaullah engkau bersama suamimu d...engan cara mendengar dan mentaatinya”
3] “Tunjukkanlah dirimu di hadapan matanya sebagai seseorang yang paling menarik baginya dan tampilkan dirimu di hadapan hidungnya sebagai seseorang yang paling harum”
4] “Jagalah makan dan tidurnya kerana sesungguhnya kelaparan seseorang akan menyebabkannya mudah beremosi dan kurang tidur pula menyebabkan seseorang itu mudah melepaskan kemarahan”
5] “Janganlah engkau membuka rahsia suamimu kepada orang lain dan jangan engkau melanggar perintahnya”
6] “Janganlah engkau berasa susah ketika dia dalam keadaan senang dan janganlah engkau berasa senang ketika dia dalam keadaan susah"
7] "Jadilah engkau orang paling mengagungkan suamimu, agar dia menjadi orang yang paling memuliakanmu”
8] "Cintailah kebersihan tempat tinggal, keamanan harta suamimu dan berikan perhatian kepada suamimu serta keluarganya"
9] "Jadilah engkau sebagai pengabdi yang baik bagi suamimu, supaya dia menjadi pengabdi yang baik juga bagimu"
10] "Jangan engkau sesekali membebankan suamimu di luar batas kemampuannya. Jadilah isteri yang qana'ah dan berlapang hati terhadap suamimu"

- Tuan Shahrul Mizan

jadilah suami yang penyabar

Ketika isteri mengandung...

ISTERI : (mukanya masam dengan suaminya)

SUAMI : (perasan perubahan isterinya, jika dulu kalau balik kerja je mesti isteri sambut dengan senyuman dan sedikit manja)

Malam sebelum tidur..

ISTERI : Abang.. Saya minta maafff.. (peluk suaminya yang baring di katil)

... SUAMI : Sayang minta maaf kenapa..? (buat2 x tahu)

ISTERI : Saya bermasam muka je dengan abang sejak mengandung, rasa berdosa kt abang saya pun tak tahu kenapa bang.. Rasa x sedap badan, macam2 rasa...

SUAMI : (senyum dan usap rambut isteri, kemudian cium dahinya) Sayang, abang faham. Pembawakan baby ni..(usap perut isteri) Minggu lepas abang pergi kuliah agama kt masjid, kebetulan isi ceramahnya ada sebut tentang ni. Isteri tak berdosa kalau hormon dan emosi berubah ketika mengandung hingga bermasam muka dengan suami. Sebelum ni sayang tak pernah bermasam muka, tak pernah kurang melayan abang. Untuk pengetahuan sayang, abang setiap hari dah pun maafkan sayang supaya sayang sentiasa selamat, bahagia dan Allah lindungi.

ISTERI : (peluk erat2 suaminya)

*******

PENGAJARAN : Jadilah suami yang penyabar, bukan terus melenting jika isteri berubah emosi. Sudah jadi suami jangan berhenti belajar ilmu agama, penuhi majlis2 ilmu di masjid atau di mana sahaja kerana ilmu yang sampai pada kita boleh jadi panduan kehidupan. Sentiasalah memaafkan isteri, kerana Syurga isteri pada redha suami.

info - Kenapa Gemuk Or Kurus menjadikan kita Migrain

Kenapa ia menjadi maslah pada kita...
jom kita mengira IJT ..
 
 
PETUA MENGIRA INDEKS JISIM TUBUH

Berat badan yang berlebihan adalah disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk yang diwarisi @diperolehi sendiri.Rawatan serta pengurusan jangka panjang diperlukan untuk mencapai & mengekalkan penurunan berat badan.Setiap orang perlu beri perhatian yang serius terhadap berat badan mereka.Pengekalan berat badan yang sesuai dengan ketinggian anda merupakan cara yang pe
...nting untuk mengekalkan badan yang sihat dan menarik.Oleh itu,di sini saya ada memaparkan cara untuk mengira keseimbangan berat badan.

Cara mengira keseimbangan berat dengan tinggi Indeks Jisim Tubuh (BMI): Berat tubuh badan(KG) bahagi Ketinggian(M) kali Ketinggian(M)
 
BMI : KG / M X M
 
CONTOH : BERAT AZIE : 52KG
                     TINGGI : 161
 
                      1.61 x1.61 = 2.5921
                      52/ 2.5921 = 20.06
 
BMI azie NORMAL.. Alhamdulillah... azie x boleh kurang berat azie nanti x sihat, walaupun mmg slalu x sihat..
                     
Contoh :
 
 Jika berat badan anda 55 kg dan ketinggian anda 1.56 m Mula-mula, kalikan 1.56 dengan 1.56 bersamaan 2.4336 Kemudian bahagikan 55 dengan 2.4336 untuk mendapatkan BMI anda,yang mana jawapannya ialah 22.6 Sekiranya BMI anda :

* Kurang daripada 20, berat badan anda adalah berkurangan

* 20 hingga 24.9, anda terdiri dari berat badan yang normal

* 25 hingga 29.9, berat badan anda mulai berlebihan

* 30 dan keatas,anda adalah obesiti

selamat mencuba... tatatatat


 

PETRONAS Raya 2013 Webfilm: Jahit



SUKA TGK IKLAN movie ini... mmg menyentuh hati..

Emmm tgk iklan ini.. ingat arwah mama..
Rindu sgt sgt ....

Mama adalah mama yang terbaik buat nor..
Now nor dah kawen mama
Nor dah ada anak
Cucu mama... sangat comey dan bijak..

Nenek.. adawiyah sayang nenek..

love you mama...

"Aku terima nikahnya ___ dengan mas kahwinya RM1 HUTANG"

"Aku terima nikahnya ___ dengan mas kahwinya RM1 HUTANG"

Sah tak ?
Jawapannya , ya sah .
Alhamdulillah .

****

Selepas 10 tahun berkahwin ,

... "Abang , mas kahwin saya RM1 je , kenapa dah 10 tahun kahwin abang masih tak lunaskan ?"
"Alah RM1 pun berkira , malas la saya nak membayarnya , dah macam-macam saya beli belanja dapur kan ?"

Isteri sedih , tak redha dengan sikap suami yang tak bayar mas kahwin.
Bukan kerana nilai RM1 tetapi kerana lolosan tanggungjawab si suami .

Ditakdirkan 5 minit kemudian si suami meninggal dunia.
Dia mati dengan dosa seakan berzina ,
Kenapa ??

Kerana tak bayar mas kahwin untuk si isteri yang wajib dan berhak menerimanya .
Nampak 'simple' tetapi memudaratkan diri sendiri .

Nauzubillah ,
Lunaskan hutang mas kahwin kamu ,
Moga Allah redha .
:')
 
sumber : Dakwahcinta(facebook)

Renungan Buatmu Wahai Isteri...


Renungan Buatmu Wahai Isteri...

Duhai isteri.. Suamimu hanyalah manusia biasa..

Dia mungkin tidak mampu menyediakan mahligai indah buatmu, tiada kereta mewah sebagai hadiah, tiada intan permata sebagai tanda cinta dan tiada harta atau tanah sebagai cagaran masa depan..

 Apa yang ada di depan mata, itulah dia..

Tidak lebih dan tidak kurang..

Jangan kerana keterbatasan dirinya membuatkan kasihmu hilang..
Jangan kerana kekurangan dirinya membuatkan rasa hormatmu melayang..

Telah ALLaH tetapkan sebelum kamu lahir, dialah jodohmu dan dialah IMAMmu..

Kamu lihat dia seperti keras hati..

Tapi ketahuilah, dia juga menangis tanpa kamu sedari..

Kekuatan dan kecekalan dirinya ada pada kasihmu..

Ikatlah kuat-kuat..

Jika suamimu redha ke atasmu, maka Syurgalah buatmu..

Duhai Isteri yang SOLEHAH...

InsyaALLaH..

# Ku sangat Bersyukur kerna di beri kasih sayang oleh si Somy...
   Syukur Alhamdulillah...

 

INGATLAH..

Terima Pasangan anda seadanya...

Ingatlah..
Pasangan yang anda kahwini atau cintai itu adalah pilihan anda sendiri...
Jangan terlalu mahukan kesempurnaan...
Kerana kesempurnaan akan lahir daripada pasangan yang saling lengkap melengkapi
a...ntara satu sama lain...

Jika terdetik rasa kurang senang..
Fikirkanlah kebaikan yang telah mereka lakukakan..
Elakkan dari memikirkan kekurangan dan keburukan....

Ingatlah... Tujuan perkahwinan bukanlah untuk menguasai ataupun dikuasai...
Tetapi tujuan perkahwinan itu adalah untuk saling lengkap melengkapi....

Percayalah...
Lengkap melengkapi akan membuahkan kebahagiaan.....
Menguasai dan dikuasai akan mengakibatkan kehancuran dalam hubungan....

 Peringatan : Jangan sesekali cuba untuk mengubah pasangan mengikut kemahuan anda..
 Terimalah pasangan kita seadanya..
 
 

CANTIKNYA LELAKI DAN CANTIKNYA WANITA

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

 1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.


Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.
Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…

Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.


 Sabda Rasulullah SAW:

“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”

Surah Al-Ahzab : Ayat 71
“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

 


TIPS MENDIDIK ANAK... - selamat Mencuba :)

~TIPS IBU BAPA GENIUS~

1. Jangan pukul anak dari lutut ke atas.

2. Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali... menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3. Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah SAW

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”


4. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.
(Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5. Berikan anak anda pelukan setiap hari
(Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).

6. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).

7. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga
(Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap
(Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri

Thursday, July 25, 2013

ost Setia Hujung Nyawa-Sastera Kupu-Kupu-Mimie Haris with lyrics



Dengarlah wahai hati..
hadirlah disisiku..
jgn pernah kau menghilang dariku lagi...

TUHAN BERIKAN AKU CINTA




Terimalah cinta ku...
ku ikhlas mencintaimu..
ke kesepian ...
ku dahagakan kasih sayangmu.. cintamu belaianmu...

wahai cinta... hadirlah dalam kisah hidupku...

Kasih Kekasih Lyrics - in team



buat insan tersayang...

OST CINTA JANGAN PERGI TV9 SETENGAH MATI MERINDU JUDIKA



Wahai cinta..
Jangan Kau pergi daripadaku...
ku masih memerlukan dirimu...

Sebuah kisah.... --► Apa pendapat anda mengenai cerita ini?

Sebuah kisah....

Kerana terlalu penat, aku tertidur selepas Maghrib. Sedar tak sedar dah pukul 3 pagi. Terus aku ke bilik air, membersihkan diri untuk bersolat menyembah Ilahi.

Selesai menunaikan solat fardhu dan sunat, mataku melirik kepada timbunan kain yang menggunung. ''Ya Allah.. Banyaknya baju..'' bisik hatiku. Dengan niat membantu isteriku yang kurang sihat akibat demam selsemanya, aku menolong melipat baju-baju berkenaan biarpun lipatanku tidak sekemas mana.

Satu jam berlalu. Jam 4.00 pagi, isteriku bangun. Tergamam dia dengan tindakanku.. Dia berkata.. ''Abang.. !! Alahai.. Susah-susah je. Kenapa Abang lipat baju time-time begini.. Tak ngantuk ke?'' Aku memandangnya sambil tersenyum. Aku tuturkan kata-kata lembut agar dia tidak rasa bersalah 'menyusahkanku'.. ''Abang kan dah tidur tadi. Sekarang, rasa tak ngantuk lah pulak. Daripada Abang peram mata yang tanak tutup ni, baik Abang tolong tarah timbunan bukit baju ni ha. Ringan kerja sayang, pahala untuk Abang..''. Dia tersenyum mendengar jawapanku.

Selesai di toilet, dia menegurku lagi '' Abang lipatlah sekadar termampu. Yang lebih tu, biar Sayang settlekan esok pagi je ye. Gud nite Abang. Sayang tidur dulu ''. ''Ok dear. Nite nite''

Keesokkan paginya, selesai berjemaah bersama.. Dia sekali lagi terkejut dengan hasil kerjaku. ''Abang .. ! Ni je ke hasil kerja Abang dari pukul 4 pagi tadi ? Hehe.. Punyalah lama berjaga, ciput je Abang mampu lipat''. Tergelak kecil dia melihat 'kemampuan' aku melipat baju. Tetapi, aku tidak menjawab 'perlian baik' darinya itu.

Beberapa minit selepas itu, dia datang kembali kepadaku. Sambil tersenyum tersipu-sipu, dia memegang tanganku dan berkata '' Abang, maafkan Sayang ye. Rupanya, Abang siap susun semua baju yang Abang lipat tadi dalam almari. Sikit je Abang tinggal untuk Sayang uruskan. Malunya Sayang bila ejek kemampuian Abang tadi. Nanti Sayang buatkan breakfast special punya untuk Abang k. Telur masak separuh, roti bakar sapu madu dan milo susu panas ''.

 

Sumber : faceboook

Ayat Kursi - Kelebihan Membacanya

Ayat ini diturunkan setelah Hijrah.Semasa penurunannya, ianya diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliannya. Syaitan dan Iblis juga gempar kerana adanya satu perintang dlm perjuangan mereka.
Rasulullah s.a.w. dengan se...gera memerintahkan Zaid Tsabit menulis dan menyebarkannya.
  1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu,setiap pagi dan petang,setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir,Insyaallah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan,kejahatan manusia,binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga,anak-anak,harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.
  2. Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah”, sesiapa yang mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dadanya dgn berbagai hikmah,dimurahkan rezekinya,dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
  3. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan,sesiapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,Insyaallah Allah akan memncerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
  4. Rasullullah s.a.w bersabda bermaksud:
    ”Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Kursi,Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya”.
  5. Sabda Baginda lagi:
    ”Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat,Allah memeliharanya drp kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar”.
  6. Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai Allah dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
  7.  Mereka yang beramal dengan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan dan hasutan syaitan.
  8. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah,akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
  9. Mengamalkan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.
  10. Ayat Kursi yang dibaca dengan khusyuk,Insyaallah,akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
  11. Jika anda berpindah kerumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu,eloklah anda membaca ayat Kuris 100 kali,insyaallah,mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar dari gangguan lahir dan batin.
  12. Barang siapa yang membaca ayat Kursi apabila berbaring ditempat tidurnya,Allah akan mewakilkan 2 malaikat memeliharanya hingga subuh.
  13. Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang fardhu,ia akan berada dlm lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
  14. Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut,dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,Allah akan memelihara akan dia keatas rumahnya,rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
  15. Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu,Allah akan menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar,pahala nabi2 juga Allah akan melimpahkan padanya rahmat.
  16. Barang siapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya,maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya,mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
  17. Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir sembahyang , Allah azza wajalla akan mengemdalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
  18. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika kesempitam,nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

INFO : Nasihat Kubur

Nasihat Kubur

Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah aku dengan
TAHAJUD.

Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber
SILATURAHMI.

Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca
AL-QUR'AN.

Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal
SEDEKAH,

Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan
SOLAT.

Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA.

Aku adalah Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah
"LAILAHAILALLAH"

Baca dan Kirim ✉ ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 org..Ketika anda ingin menyebarkan ini, lagi2 syaitan pun mencegahnya.

 Syaitan berbisik;
"SUdahlaaaaaah tak payah di SEBARKAN, tak penting pown, BUANG MASA saja, tak mungkin akan di baca "...

Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya puluhan kali ganda
InsyaAllah...


Wednesday, July 24, 2013

S'gor umum bonus sebulan gaji untuk k'tangan awam

2:31PM Jul 24 2013

 
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji untuk kakitangan awam di Selangor.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, keputusan itu dipersetuju oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini.

"Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk pemberian bonus kepada 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan yang akan diberikan selewat-lewatnya pada hujung bulan ini," katanya.

Abdul Khalid berkata, sekiranya kerajaan pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini.

"Saya berharap bonus ini dapat meringankan tanggungan warga kerja kerajaan negeri bagi menghadapi persiapan Hari Raya.

"Kita berharap kakitangan awam berbelanja dengan berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus ini untuk simpanan untuk kegunaan pada masa depan," tegas menteri besar.

PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/236614


"JIKA AKU ADALAH TULANG RUSUKMU"

"JIKA AKU ADALAH TULANG RUSUKMU"

Aku berharap...
Jika nanti Allah mempertemukan kita.
Kau akan selalu membimbingku,,
Agar aku menjadi Isteri Solehah.
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di surga. Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat.

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anak2ku..
Jadilah ayah yang bisa mendidik anak kita,

...
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat.
Yaitu anak yang soleh dan solehah.. Yang bisa menjunjung tinggi Agama Allah..
Andai engkau ditakdirkan untukku..
Kuharap kau bisa menjadi imam buatku dan anak2ku.
Kau bisa menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita.
Kau bisa mencintai aku apa adanya. Dan bisa menyikapi kekuranganku
dengan penuh kebijaksanaan.

Dan andai aku salah,,
Tegurlah aku dengan kata2mu yang
penuh dengan kelembutan dan
kebijaksanaan.
Andai aku marah,,
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu..
Agar marahku bisa berubah menjadi
kelembutan..

Andai aku lupa..
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih
sayang..
Agar nanti kau tetap menjadi suri
tauladan bagiku dan anak2 kita..
Kerana....
Aku hanya mengharapkan Imam yang
baik dalam rumah tanggaku.
Yang bisa selalu membawa aku ke jalan
yang diredhai_Nya.
Jalan yang menuju surga_Nya bersama dirimu.
 
: kerna ku akan sentiasa sayang padamu...

transformasi lah diri anda dalam bulan RAMADHAN...


Jom aMenjadi Hamba ALLAH,,

5 TIP MENUJU GERBANG PERKAHWINAN

5 TIP MENUJU GERBANG PERKAHWINAN
 
 
Perkahwinan merupakan hari yang penting di mana ianya merupakan penyatuan dua insan. Semestinya ianya adalah hari dan antara kenangan yang indah buat pasangan pengantin. Untuk hari yang penting ini anda mungkin akan hadapi tekanan dan seribu satu macam rasa jadi rancanglah perjahwinan anda dengan baik..

Di sini terdapat tips-tips untuk perancangan majlis perkahwi...nan untuk anda:-
 
Kewangan
  1.  Dari sudut kewangan anda perlulah bersiap sedia dengan simpanan yang secukupnya.
  2. Dinasihatkan supaya anda tidak mengikut kehendak hati tetapi lihatlah keperluan anda dan juga kemampuan diri anda untuk majlis perkahwinan anda.
  3. Janganlah kerana anda ingin majlis perkahwinan anda kelihatan mewah maka anda terpaksa menanggung terlalu banyak hutang.
  4. Di masa kini banyak pasangan yang saya kenali melangsungkan perkahwinan dengan keadaan berhutang.
  5.  Ingatlah bahawa kebahagiaan rumah tangga tidaklah terletak pada mewahnya majlis perkahwinan itu.
  6. Nasihat saya tidak mengapalah jika majlis perkahwinan anda dilangsungkan mengikut kemampuan anda.
  7.  Janganlah terlalu banyak berhutang kelak anda juga yang susah.


Kaji Selidik Harga Perkhidmatan
  1. Kaji selidik harga perkhidmatan adalah perlu dilakukan diawal waktu kerana ianya melibatkan kewangan anda.
  2. Berbincang terlebih dahulu dengan tunang anda dan mula selidik harga perkhidmatan di kedai-kedai perkahwinan.
  3. Cara yang lebih pantas adalah dengan melayari internet.
  4.  Jika anda mempunyai kenalan di dalam perniagaan seperti ini anda mungkin dapat mengurangkan kos mejilis perkahwinan anda.

Pemilihan Kad Undangan perkahwinan
  1.  Pemilihan kad perkahwinan juga adalah penting kerana tetamu dan kenalan yang datang mendapat gambaran awal majlis perkahwinan anda melalui undangan anda.
  2. Reka bentuk, warna, pemilihan kertas merupakan elemen yang penting untuk malis perkahwinan anda.
 
Penyediaan Makanan
 
  1. Perbincangan sesama ahli keluarga dan juga penduduk setempat adalah penting jika anda ingin penyediaan makanan majlis perkahwinan anda secara gotong royong atau pakatan.
  2. Jika anda memilih untuk menggunakan khidmat caterer maka anda haruslah berbincang dengannya dan mengambil tahu apakah menu yang disediakan oleh caterer tersebut. 

Pemilihan Cincin perkahwinan
  1.  Pada masa kini kebanyakan wanita-wanita menggemari rekabentuk cincin emas putih disertai dengan batu permata.
  2. Anda boleh mendapat informasi mengenai cincin melalui laman sesawang dan juga majalah-majalah perkahwinan.
 
 sumber : Kawina.com

 
 

Cintailah suami.. dan Sayangilah anak-anak

Assalamualaikum...
salam ramadhan

Jumaat sudah cuti.. cuti NUZUL QURAN.. 26 Julai 2013.. ummi x sabar tunggu hari esk dan hari jumaat.. dapatlah ummi bersama kamu adawiyah.. bermain dari pagi sampai malam..

now ummi di rumah.. rasa rindu plak.. dah lah pagi td kamu bagun awal.. nagis nak ikut ummi nak g kerja.. ummi x boleh tgk kamu nagis... tersentuh hati ummi...

adawiyah.. oh adawiyah..
cucu kesayangan tokwan dan makwan dia...

inilah tanda cinta ku ...
inilah dia NUR RABIATU ADAWIYAH..
kini dirimu bergitu berharga buat ummi dan abah..

Adawiyah sungguh lasak.. xduduk diam.. ada sahaja projek yang ingin di buat..
habis berselerak rumah tokwan dan makwan di buatnya... Pantang jumpa objek di depan mata..
semuanya akan di masukkan dalam mulut...

CD tokwan habis di kemasnya.. sian makwan mengemas...

Ya Allah.. sungguh indah dan bahagian ....
dengan kehadiaran NUR RABIATUL ADAWIYAH...

**********************************************************************

Cintailah suami dengan segala kekurangannya & sayangilah anak-anak dengan segala kenakalannya, kerana sesungguhnya merekalah tanggungjawab & merekalah ladang pahala dunia akhirat....

Cukup Solat & Sabar sebaik-baiknya penolong....


 " Yaa Allah, jadikan aku sebagai wanita terbaik dihatinya bagi suamiku setelah ibunya dan jadikan aku ibu yang terbaik bagi anak-anakku di hati mereka " ....

APABILA KU BERKATA....

Bila aku kata pergi,
sbnrny aku mahu kau dtg & pujuk aku.

 Bila aku kata benci,
sbnrny aku syg kau sepnuh hati aku.

 Bila aku kata aku ok,
sbnrny aku mahu kau disisi & peluk aku.

 Bila aku kata aku mahu tidur,
 sbnrny aku sibuk fikirkan kau.

 Bila aku kata aku sibuk,
sebnrny aku sedng mnggu kau.

 Bila aku kata aku brsma kwn,
sbnrny aku mahu brsma kau.

 Bila aku akan bahagia? Hny bila kau disamping hidup aku.

cinta sampai hujung NYAWA.

LUAHAN HATI SEORANG SUAMI YANG MEMBUATKAN KITA MENGALIRKAN AIRMATA

LUAHAN HATI SEORANG SUAMI YANG MEMBUATKAN KITA MENGALIRKAN AIRMATA :(

by Ustaz Nasir on Thursday, January 5, 2012 at 4:01pm
 
LUAHAN HATI SEORANG SUAMI yang saya terserempak kat Facebook…yang membuatkan saya secara tiba2 mahu menangis..
ISTERI YANG TERBAIK….
SETIAP SUAMI MESTI BACA !!!!!!!!!!!!
**********************************************************************************Assalamualaikum….Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan.harap ustaz tidak bosan mendengarnya..
Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik dan setia.namun ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.

Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai.dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya.,seorang yang tidak pandai bergaya.,tetapi kuat pegangan agamanya..,bertudung labuh,bersopan santun..,baik budi bahasanya.,Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini segala-galanya diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia.

Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain..cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat.Ustaz, selepas berkahwin dengan isteri saya itu jiwa saya menjadi kacau dan keliru.saya amat marah kepada isteri saya.kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.

Ustaz sepanjang kehidupan kami.,saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya.dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya.,namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar.pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya.tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik.,dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah.dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya:“Abang dah makan…? Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”

Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya.apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?…abang tak pernah solat ke? Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya.perasaan geram.,marah., dan rasa terhina bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya., dia menangis terisak-isak.saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.

Ustaz pernah suatu hari.,dia ingin bermanja dengan saya,membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya.pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone..ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya,saya tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya., dengan linangan air mata dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…

Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.

Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.
Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah.dan saya kira itu adalah balasan apabila saya terlibat dengan kemalangan…tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun.hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya..,ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali.berak kencing saya dia tadahkan dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli.

Dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya..bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam berdenyut-denyut sakitnya dialah yang bangun dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit sehingga saya rasa lega dan tertidur..tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi.., risau saya mengerang kesakitan lagi.
Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan., dia sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang.dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya. Bila saya kenangkan kembali.,sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat.kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huhu..

Sekarang baru dia kata saya suami orang.dulu.,dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya..ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan.Ustaz…..saya…kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya.besarnya dosa saya.,amat menyesal rasanya.

Ustaz….ketika saya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan saya beransur pulih.,isteri saya jatuh sakit.badannya menjadi kurus kering.,tiada selera makan..,terbaring..tak bermaya..kata doktor yang merawatnya isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak kerana saya tahu sayalah puncanya.

Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk..mukanya makin pucat…tetapi dia tetap senyum.saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya.dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”.berderai airmata saya hancur hati saya.,pilu bercampur sebak yang amat sangat diikuti dengan perasaan menyesal.

Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan.,saya menjaganya setiap hari.saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir.
”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…” Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya..malah ada yang memuji saya kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.

Ustaz…..isteri saya ada berkata.,dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir.saya meraung..merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya.tapi katanya.,setiap yang hidup pasti akan mati dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya.ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.

Ustaz…tepat jam 3.00 ptg setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya..dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.
Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini…? apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..

Mungkin ini hukuman yang patut saya terima.Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat..,berbuat baik..,takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”

Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati.lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati..kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapkan dari saya….
Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu…saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…sayang abang….selamanya.”

Ustaz..saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang…

Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah….
Terima kasih ustaz….doakan saya…….
**********************************************************************************
Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah ini….memang saya banyak beri ceramah motivasi dan mendengar banyak masalah masyarakat yg dihantar pada saya dan inilah yang paling sedih.yg pernah saya baca… tambahan pula lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar bertambah sebak…..dengarkanlah senikatanya…….tapi tak boleh upload lagu tu dibawah copyright.
.
P/s dr saya: kita cuma akan menghargai sesuatu bila kita dah kehilangannya..hargailah ia sementara masih ada...

Semoga roh isterinya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, sungguh berbahagia penduduk langit menyambut kehadiran isteri solehah sepertinya..Semoga si suami itu mendapat ketenangan sakinah yang ia cari selepas ini..amiin ya Rabbi.. :)
2012-12-14_0411
 
 
aminnn.. menitis air mata azie ketika membaca... semoga ia akan menjadi pengajaran untuk kita semua...
in shaa Allah...
indah sungguh cinta yang Allah berikan pada kita.. tapi kenapa ramai yang tidak menghargainya..
kadang-kadang benda sudah ada di depan mata.. tp x nampak dan masih mencari yang..
 
 

Pesta Makan Kucing Besar-Besaran

Pesta Makan Kucing Besar-Besaran

 
Di sini azie ingin berkongsi satu cerita ttg orang yang mkn kucing.. eeeee geram yer ketika azie membacanya.. geram dan menyedihkan :(
tgk lah gambar di bawah ini.. aduyai... sanggup dorang buat macam ini....
dorang ini x tahu ke bertapa comelyer kucing ni...
 
 
 
Memang Sedih!!! pada setiap tahun bandar La Quebrada akan mengadakan Pesta Masakan Kucing.Dimana pesta ini juga dikenali sebagai La Festival Gastronomico del Gato.Pesta ini akan dilakukan apabila menjelang bulan september.Tujuanutamanya adalah untuk mengingati Santa Efigenia iaitu seorang tokoh yang terkenal warga Afrika yang sangat dihormati di Peru.

Pesta ini juga dikatakan untuk memperingati masa lalu apabila penjelajah awal telah terpaksa makan daging kucing bagi meneruskan hidup.Justeru itu,puluhan ekor kucing dibela bagi tujuan masakan tersebut.Bagi kita rakyat Malaysia pastinya marah dan begang apabila haiwan kesayangan Rasullulu diseksa demikian.Namun bagi masyarakat disana lain pula cara pemikirannya.


operasi memasak kucing
Pelbagai resepi kucing yang disediakan antaranya kucing rebus,kucing panggang diletakkan herba huacatay asli menurut mereka lagi daging kucing tersebut rasa seperti arnab.Penduduk yang mengamalkan pesta berkenaaan mendakwa daging kucing tersebut boleh menyembuhkan penyakit bronkitis dan meningkatkan kesuburan
Pihak PETA pernah mengecam festival ini agar berhenti daripada menganiaya haiwan pada tahun 2008, namun namun tindakannya hanya sia-sia.Pada pendapan admin memang sedih lihat keadaan kucing tersebut kerana diseksa sedekian rupa. :(
Sumber : Gembaqgila..

 

 

Dunia ... Akhirat

Istana paling bagus → MASJID
Lagu paling indah → SELAWAT
Senaman paling baik → SHOLAT
Hobi paling berfaedah → DZIKIR
Diet paling berkesan → PUASA
Agama paling indah → ISLAM
Bangunan paling cantik → KA'BAH

Tuesday, July 23, 2013

CIRI-CIRI ISTERI SOLEHAH

CIRI-CIRI ISTERI SOLEHAH

1) Segera menyahut dan hadir jika dipanggil suami. Rasulullah bersabda: "jika seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur,lalu isterinya menolak. Kemudian, suaminya bermalam dalam keadaan marah, maka isterinya itu dilaknat oleh para Malaikatsehingga waktu pagi".

2) Tidak membantah perintah suami selagi tidak bertentangan dengan syariat.

3) Tidak bermasam muka terha...dap suami.

4) sentiasa menuturkan kalimah yang baik-baik.

5) Tidak membebankan suami dengan permintaan di luar kemampuan suami.

6) Keluar rumah hanya dengan izin suami.

7) Berhias hanya untuk suami.

8) Menghargai pengorbanan suami.

9) Tidak membenarkan orang yang tidak diizinkan suami masuk ke dalam rumah.

10) Menerima tunjuk ajar daripada suami.

11) Menghormati mertua serta kaum keluarga suami.

12) Sentiasa berada dalam keadaan kemas dan bersih.

13) Menjadi penenang dan penyeri rumahtangga.

Indahnya Islam..
 


SURAT DARI SEORANG IBU, UNTUK MENANTU LELAKINYA

SURAT DARI SEORANG IBU, UNTUK MENANTU LELAKINYA

Wahai menantuku,

Aku hanyalah seorang ibu yang berbicara atas nama diriku sendiri

Dengan melihat puteriku sebagai isterimu dan engkau sebagai menantuku.

Bila engkau membaca pesan ini

... Semoga engkau melihat pula bayang wajah ibu yang telah mengandung dan melahirkanmu, berdiri bersamaku tepat dihadapanmu.

Wahai menantuku,

Bukankah engkau sudah berjanji akan menjadi imam dunia akhirat untuk puteriku.

Bukankah engkau juga telah bersumpah untuk membawanya hingga ke baka dan memberinya satu tiket ke syurga.

Wahai menantuku,

Bila ada KELEMAHAN dari isterimu dan seribu lagi keburukan yang dilakukannya akibat kelemahan dan juga karana kekurangan darinya,

Bukankah menjadi tugasmu untuk mendidiknya sekarang, begitu yang seharusnya.

Wahai menantuku,

diajarkan kepadamu oleh Nabi bahwa seorang suami tak boleh membiarkan mata isterinya basah walau hanya serupa titisan embun dini hari.

Bukankah engkau sebagai suaminya yang harus melindunginya dengan rasa tenteram dan aman.

Maka berikanlah keteduhan bagi jiwanya.

Wahai menantuku,
Engkau suami yang dipilih Tuhan untuk puteriku,

Bersabarlah terhadap isterimu dan tetaplah bersikap lemah lembut padanya.

Bukankah engkau menikahinya atas nama Tuhanmu

Maka sayangi dan peliharalah isterimu dengan jalan Tuhan.

Wahai menantuku,

Sebagian besar penghuni neraka adalah perempuan dan itu disebabkan mereka durhaka terhadap suaminya,

Maka selamatkanlah istrimu dari dosa yang lebih besar.

Bukankah nantipun engkau akan ditanya tentang tanggung jawab bagaimana kau mengurus mereka dan menjaga jalan surga untuk bisa di lalui oleh yang harus kau bawa serta.

Wahai menantuku,

Engkau di izinkan menghukum isterimu sewajarnya

Namun janganlah mengenai wajahnya dan jangan pula menyentuh tubuhnya hingga meninggalkan jejak luka.

Janganlah mengherdiknya dengan kata-kata kasar dan umpatan yang merendahkan

Seolah engkau turut menistakan dirimu sendiri sebab ia juga adalah pakaianmu.

Note : Jika ibu ku ada mungkin ini yang akan di katakan pada si somy...
wahai ibu.. ku sangat merinduimu...
AL-Fatihah.. semoga ibu berada di kalangan orang yang beriman..
LOVE you MAMA...
 

 

Walaupun Wanita itu nampak Kasar... Tapi dalam Hati Ada Taman wooo


PUASA - Jangan ada DENDAM di hati anda



Hapuskanlah DENDAM di hati.. walaupun sukar..
Nasihat ini untuk azie juga...
Supaya kita akan menjadi lebih baik dari hari ke hari..
In Shaa Allah..
AAAmiiin..

Puasa : Kelebihan Puasa, Sedekah & Solat Malam

Selamat Beramal...
Pada Azie juga...
Salam RAMADHAN dan NUZUL QURAN..

Isteri Solehah

Isteri solehah bukan isteri yg tak pernah buat silap pada suami,
tapi isteri solehah ialah isteri yg apabila buat silap,
 dia terus minta maaf pada suami,
 bukan tunggu hari raya baru minta maaf... :)

Sumber : Suami Isteri Bahagia.. (Facebook)

Bayi Dan Makanan Pejal

Proses memperkenalkan bayi kepada makanan pejal boleh dilakukan selepas bayi berusia enam bulan. Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara perlu diberikan perhatian.

Berikut adalah 10 perkara yang perlu diambil kira oleh semua ibu bapa sebelum memberi bayi makan makanan pejal.

1. Bayi berusia enam hingga lapan bulan perlu diberi makanan pejal di antara dua hingga tiga kali sehari.

 2. Jangan sesekali mendesak anak makan banyak pada satu-satu masa. Beri bayi anda masa untuk belajar makan makanan pejal.

 3. Makanan pejal yang sesuai untuk bayi berusia enam bulan ialah puri. Puri tersebut bolehlah dicairkan dengan mencampurkannya bersama susu ibu.

 4. Buah-buahan dan sayur-sayuran seperti epal, pisang, labu, lobak merah, kentang dan brokoli sesuai untuk dijadikan puri.

 5. Pada peringkat permulaan, elakkan memberi bayi anda makanan yang boleh menyebabkan masalah alergi seperti keju, kekacang, makanan laut dan telur.

 6. Jangan sesekali menambah garam atau gula dalam makanan bayi anda kerana buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses bahan-bahan tersebut.

 7. Mulalah perkenalkan makanan jejari selepas anak anda semakin pandai makan iaitu ketika usia sekitar lapan bulan.

 8. Jika anak menolak makanan yang anda berikan padanya. Jangan marah dan terus memaksa anak makan makanan tersebut. Mungkin bayi anda belum bersedia menerima makanan tersebut. Cuba berikan anak menu lain. Paling penting, ibu bapa jangan cepat berputus asa.

 9. Ketika memperkenalkan makanan pejal kepada bayi, beri dia menu yang sama selama empat hingga tujuh hari. Hal ini penting untuk melihat tindak balas tubuh anak terhadap makanan tersebut. Adakah dia mengalami masalah penghadaman atau alah kepada makanan yang anda berikan itu.

 10. Sekiranya anak anda demam atau sakit, anda perlu memberi dia minum banyak air dan berikan dia makanan yang paling digemarinya.

Sumber : PA & MA

Kenaikan gaji Kakitangan awam 2013

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berbesar hati di mana akan bertindak meluluskan kenaikan gaji kakitangan awam 2013 sekitar RM400 dan elaun perumahan dinaikkan kepada (antara RM350-RM450). Dan dijangka kenaikan gaji kakitangan awam + elaun perumahan (ETP) akan diluluskan pada seawal hari Khamis ini atau selewat-lewatnya awal minggu hadapan.

Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji kakitangan awam termasuk kenaikan tahunan (KGT) sehingga lima peratus bermula tahun depan. Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat di Malaysia. ”Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan semula,” katanya.

 Beliau berkata kajian berkenaan juga akan meneliti segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu penjawat awam yang menerima tangga gaji maksimum. Ali berkata pihaknya turut mengambil kira kajian yang dibuat Suruhanjaya Khas Tranformasi Perkhidmatan Awam yang akan membentangkan laporan penuh kepada kerajaan pada akhir tahun ini. “Buat masa ini suruhanjaya berkenaan sedang membuat kajian menyeluruh berhubung sektor awam di negara ini, kita akan ambil isu kenaikan gaji ini jika ia ada termaktub dalam kajian itu, namun jika tidak ada isu (kenaikan gaji) dalam laporan itu, kita akan mulakan kajian mengenainya pada tahun depan,” katanya.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berbesar hati di mana akan bertindak meluluskan kenaikan gaji kakitangan awam 2013 sekitar RM400 dan elaun perumahan dinaikkan kepada (antara RM350-RM450). Dan dijangka kenaikan gaji kakitang...an awam + elaun perumahan (ETP) akan diluluskan pada seawal hari Khamis ini atau selewat-lewatnya awal minggu hadapan.

Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji kakitangan awam termasuk kenaikan tahunan (KGT) sehingga lima peratus bermula tahun depan. Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat di Malaysia. ”Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan semula,” katanya.

Beliau berkata kajian berkenaan juga akan meneliti segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu penjawat awam yang menerima tangga gaji maksimum. Ali berkata pihaknya turut mengambil kira kajian yang dibuat Suruhanjaya Khas Tranformasi Perkhidmatan Awam yang akan membentangkan laporan penuh kepada kerajaan pada akhir tahun ini. “Buat masa ini suruhanjaya berkenaan sedang membuat kajian menyeluruh berhubung sektor awam di negara ini, kita akan ambil isu kenaikan gaji ini jika ia ada termaktub dalam kajian itu, namun jika tidak ada isu (kenaikan gaji) dalam laporan itu, kita akan mulakan kajian mengenainya pada tahun depan,” katanya.
See More
— at Pullman Putrajaya Lakeside. katanya

setitik hitam di hati

 Seorang mukmin jika dia berbuat satu DOSA, maka ternodalah hatinya senoktah TITIK warna hitam. Dan jika dia menyedari akan kesalahan dan dosanya itu, lalu BERISTIGHFAR maka hatinya akan kembali PUTIH bersih. Manakala jika ditambah pula dengan dosa lain, noktah itu bertambah MENUTUPI hatinya. Inilah yang disebutkan ALLAH :



 ‘Sungguh telah TERSUMBAT hati mereka kerana perbuatan mereka sendiri’..~

(HR. Al-Hakim, Tirmidzi, An-Nasai dan Ibnu Majah)

Monday, July 22, 2013

Tulus Mencintaimu akan menjaga hatimu



ISTERI....






Saya sentiasa ada bila awak perlukan saya

Saya sentiasa ada bila awak perlukan saya

awak...
saya minta maaf
saya tak ada niat nak sakitkan hati awak
saya buat tu semua sebab saya nak awak bahagia
bahagia dengan teman baru awak tu
saya rela lepaskan awak
waalaupun sukar bagi saya untuk buat sedemikian

dari awak terseksa bersama saya
apa yang awak perlu tahu
saya sentiasa ada bila awak perlukan saya
saya sudi pinjamkan bahu saya
ini untuk awak bersanda masa awak bersedih
yang awak perlu tahu sekarang
ialah saya nak lihat awak TERSENYUM BAHAGIA
bersama si dia

Soal Hati Dan Perasaan dan ...

Single itu sunyi...

Tapi SINGLE jugalah yang membuatkan awak
sentiasa BERDOA kepada - Nya...

Supaya dipertemukan dengan JODOH yang baik suatu hari nanti kan??

Mesti ramai yang berdoa seperti ini..
Pada suatu hari tibalah si SINGLE ini mendapat JODOH..

HATInya bagaikan sekutum bunga yang sedang kembang mekar...
SENYUMANnya sentiasa terukir..
MATAnya... bersinar-sinar bagaikan lampu yang menerangi jalan raya..

TUP tap TUP tap... si SINGLE sah menjadi ISTERI si suami yang dicintai...

Adakah dia ni akan BAHAGIA...
persoalan demi persoalan bermain dalam hatinya... mindanya saban waktu.... hari... bulan..
dan tahun..

Cinta itu ibarat kupu kupu,
Bergitu jugalah dengan soal cinta,
Jangan biarkan diri MENANTI cinta,
sedangkan CINTA itu akan datang bila TEPAT pada masanya...

 
Cinta itu ibarat kupu kupu,
Semakin di kejar, semakin dia lari..

Kalau di biarkan,
Ia akan datang sendiri. . .


Begitu jualah dengan soal cinta
Jangan biarkan diri menanti cinta
Sedangkan cinta itu akan datang bila tepat pada masanya..
 
Oh Hati yang terluka...
Hanya ALLAH sahaja kekasih yang sejati..
Yang sentiasa ada menemani tak kira waktu..

Hati bertanya : kenapa ini semua terjadi pada dia...(Si single)
                         Apakah salah Si single...
                         Dulu dicintai sekarang....

TOLONG jangan TINGGALKAN orang
yang kita SAYANG sebab kita SUKAKAN orang lain,
sebab orang yang kita suka itu akan pergi tinggalkan kita
untuk orang yang dia SAYANG


Si SIngle bekata di hatinya:

SENYUMLAH wahai hati
Senyum tanda KEKUATAN hati
biar sakit di hati tapi jangan kita tunjukkan
KELEMAHAN diri..
               sabarlah wahai hati..

MUngkin ada kebahagian kemudian hari..
     JANJI ALLAH iti pasti..
   Pada mereka yang SABAR..

SABAR itu pahit..
    TApi kelak akan ada MANISnya...

Marilah Kita Berzikir....



sELAMAT bERAMAL...

Friday, July 19, 2013

Hati Perempuan


Renungan... di hari JUMAAT

Renungan...

:: Kadang-kadang kita jadi buta.. Kita tak nampak permata di depan mata.. Apa yang kita kejar hanyalah kilauan kaca.. Hanya apabila permata itu ditemui oleh orang lain yang pandai menghargainya, barulah kita sedar kita telah kehilangan sesuatu yang berharga.. Kaca yang kita cari, akhirnya buat jari kita terluka.. Ketika itu, baru kita mengerti bahawa kita sudah terlambat untuk menghargai apa yang ALLaH anugerahkan buat kita dulu..
 

 "Benarlah kata orang... Hanya Jauhari yang mengenal manikam"


Sumber : Facebook

Air Mata

Syukur Alhamdulillah...

Pejam celik pejam celik sudah Seminggu lebih kita berpuasa. Ku berasa bersyukur padaMu kerna ku dapat bertahan... dengan ujianMu.

Ya Allah...

Izinkan air mata ini mengalir menahan Sakit panahan UjianMu..
tapi jgn biarkan bibir ini Mengeluh,tanda hati tiada syukur….

Ya Allah,
Ajar aku erti Sabar… Alhamdulillah atas Ujian2 yang Engkau berikan

Kerna Ku rasa seakan-akan sudah putus harapan.. "give up"
Kerna kurasa ujianMu pada ku sungguh berat untuk ku pikul...

Ya Allah,
Kau berikanlah ketenangan untuk hatiku yang gelisah ini...
kerna ku sanggat TAKUT..
Berikanlah ku ketabahan supaya ku bisa terSENYUM.. ketika menghadapi setiap
ujian yang diberi olehMu...

Ya Rabbi..
Engkaulah kekasih sejatiku..
Ku pohon kau kurniakanlah Kekasih yang bisa membelai diriku ini
sebelumku di jemput menemuiMu.. wahai kekasih abadiku..

Sesungguhnya cintaMu itu abadi kekal...
Wahai Kekasihku...
Sesungguhnya ... ku ingin kau sentiasa berada di sisi ku
DI dunia ini  dan Di akhiran kelak...

Kau kurniakanlah seseorang hamba yang boleh menjaga ku untuk ku
menemuiMu di sana...

Aaamiiin...

DOA UNTUK MENGUBAT CINTA DAN KASIH SAYANG YANG TELAH HILANG.

Kasih sayang, perasaan cinta serta iman seseorang itu adalah sesuatu yang sukar dikekalkan. Jika ia sudah mula pudar dan hilang dari sudut hati sanubari itu maka akan hilang kasih sayang terhadap seseorang insan itu yang suatu masa dahulu, cukup dicintai, cukup dikasehi dengan sepenuh hati.

Kini hanya tinggal kenangan sedih yang sukar diubati. Peliharalah cinta dan kasih itu seperti iman yang sejati, Jangan biarkan ia pergi. Apabila kasih dan cinta itu hilang, sukar untuk dicapai kembali.

Banyak perhubungan yang terputus ditengah jalan. Yang paling teruk jika yang sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak. Kadang-kadang perhubungan suami isteri sahaja dikekalkan demi anak-anak. Perasaan kasih sayang dan cinta sudah lama terpadam. Yang lebih menyedihkan sidia mula mencari orang lain sebagai pengubat hati.

Bagi yang belum berkahwin dan bercouple, cinta yang semakin pudar dapat dihidu. Kalau dahulu si dia selalu telefon anda tetapi sekarang anda sudah jarang-jarang dapat "call". Kalau dahulu selalu terima "SMS" panjang-panjang, kini pendek dan ringkas sahaja.

Bagi yang sudah berkahwin, paling senang nak tahu kasih sayang dan cinta pasangan anda semakin pudar. Ia sudah pandai menyakitkan hati anda. Apa yang anda buat dah tak betul dimata dia. Nampak kelemahan lebih dari kebaikan serta susah nak senyum dan bergurau macam dulu-dulu.

Doa ini boleh diamalkan oleh yang mereka yang belum berkahwin dan yang sudah berkahwin. Jadi berusahalah dan berikhtiar kerana masih belum terlambat sebelum menjadi luka menjadi kudis dan bernanah.






Cara-cara memulihkan:

1. Solat hajat - minta dipermudahkan dan dimakbulkan (Baca doa ini selepas solat hajat) - Mohon pada Allah SWT kembalikan perasaan cinta dan kasih sayangnya terhadap anda

2. Boleh amalkan doa ini selepas setiap kali solat waktu. Baca doa ini dan ditiup pada tangan dan sapu pada wajah serta lurutkan keseluruh badan.

3. Jika yang sudah berkahwin, baca pada air doa ini dan minum. Masukkan juga dalam minuman sidia. Mulakan selawat 3x, Al-Fatihah 7x dan Doa tsb sebanyak 11x. InsyaAllah dengan izin-Nya dapat diselamatkan rumahtangga anda. Pada Mu, Ya Allah aku berserah.....

DOWNLOAD MP3 DOA - KLIK SINI


Maksudnya:(SURAH AL AN'NAM: AYAT 122)

Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayat petunjuk) dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah dia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) dia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang yang beriman), diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang yang kafir itu akan keelokan apa yang mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat.

aziesizhuka. Powered by Blogger.