Pages

~ my nuff ~

Monday, September 30, 2013

Kata "SAIDINA ALI BIN ABI TALIB"

 

Friday, September 27, 2013

Kenapa penting untuk kita bersihkan kemaluan kita dengan betul?

Cara mencuci kemaluan dengan betul kerana ia melibatkan ibadah kita.
Jangan ambil mudah cara menyucikan kemaluan dari najis atau kotoran.

Sememangnya, kita mencuci dengan bersih tapi bersih bukan bermakna cara kita tu betul. Penting untuk ...kita pastikan diri kita bersih terutamanya di bahagian sulit. Selain untuk menjaga kesihatan ia juga penting untuk memastikan amal ibadat kita seharian di terima.

Kenapa penting untuk kita bersihkan kemaluan kita dengan betul?

Ramai orang merasakan diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah, bersedekah dan lain lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.

Saidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat seorang lelaki tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruhnya orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.
Saidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba tiba berkata-kata, Katanya” Apakah salah ku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan” Diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.
Jadi macam mana kita nak bersihkan diri dengan cara yang betul?

Lelaki dan wanita berbeza caranya. Bukan basuh sekadar dengan air dan asalkan bersih je. Ada caranya….

kaum lelaki:


Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing betul betul sudah habis keluar. Lepas itu urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sebersihnya.
kaum wanita:

Apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Betul atau tidak cara kita selama ini ?
Kalau yang tak betul tu jom sama sama betulkan supaya diri kita bersih dengan cara yang betul.

Dijanjikan neraka utk mereka yg tidak menyucikan diri dengan sempurna baik hadas kecil/hadas besar.

sELAMAT bERAMAL..
dARIMA aZIE..

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain

Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

1. MATA  (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin :
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. Batuk
a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG..
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG

i) Kerongkong kering : Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong : Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

i) Bibir pucat :
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah :Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH (Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.)

i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser) : Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk : Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA ( Berkaitan dengan buah pinggang.)

i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL :

Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM :

Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR :

Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR :

Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.
Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana , ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas : Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk) :Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH

a. LOYA/MUNTAH .. Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

b. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING

a) KERAP KENCING ; Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b) AIR KENCING BERKAPUR : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH .:Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT :
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

note : JOM KITA SEMAK KEMBALI PE YANG TELAH TERJADI PADA BADAN ANDA.. JIKA IA.. SEGERALAH BERJUMPA DOKTOR UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN...

Wednesday, September 18, 2013

Tema Hari Guru


2013 Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang

1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara



sumber Jabatan Pendidikan Malaysia..
(note : Selamat Hari Guru.. Maaf sudah lama ia menjadi draf.. lupa nak publish.. Guruku engkaulah yang menjadi lili.. untuk ku berjaya.. Jasamu hanya Allah sahaja dapat membalasnya)

Penerima Anugerah Tokoh Guru :

2012
Puan Lim Ai Lee @ Lim Irene
Tuan Haji Mohd Azman Bin Abdul Rashid
Datuk Mary Yap Kain Ching
Dato’ Haji Ahmad Adzmey Bin Haji Abu Talib
Datuk Haji Hassan Bin Harun (Sekolah Swasta)
Dato’ Haji Omar Bin Mohd Hashim (Kepimpinan Pendidikan)

2011
Dato' Prof. Ab. Rahim Selamat
Dato' Siva Subramaniam
Cik Hamedah Wok Awang
Datuk Hajah Rita T Jaafar @ Rita Bagong

2010
Haji Awang Mohamad
En. Encharang Agas
Dato' Chuang Keng Kung
Hajuh Ainun Jamilah Mohamad Ali

2009
Dato' Cg. Abdul Rahim Tahir
En. Phua Seng Tiong
Encik Shahul Hamid Mydin Shah

2008
En. Abu Bakar Bin Shawkat Ali
En. Krishnasamy a/l Kapaya
Y. Bhg. Dato’ Dr. Hj. Zulkarnain Bin Hj. Abd. Rahman

2007
En. Gerald Lee Liong Ai
Dato Haji Abdul Majid Bin Omar
Dato Haji Muhamad Bin Mustaffa
Tan Sri Datuk Dr Wan Mohd Zahid Bin Mohd Nordin

2006
Pn. Azizah Bt. Haji Md Taib
Y. Bhg. Prof Dr. Hj. Hussein Bin Haji Ahmad
Y. Bhg. Datuk Wira Haji Borhan Bin Md Yaman

2005
YM Engku Tik Azizah Bt Engku Malek
Haji Abdul Mana Bin Mohamed Noh
Haji Ramli Bin Haji Ahmad
Teo Huat @ Teo Teck Huat
Haji Ghazali Haji Yusuf

2004
Tn. Hj. Md. Ismail Zam Zam
Cik Alice Wee Siew Eng
En. Krishnasamy Tambusamy
Pn. Hjh. Wan Safinah Hj. Saleh
En. Ali Suhaili

2003
Pn. Sri Aisha Hj. Shamsuddin
Tn. Hj. Sulaiman Mohd. Nawi
Tn. Hj. Hussain Hj. Paris
En. M.P. Rangganathan
En. Ho Thean Sung

2002
Tn. Hj. Abd. Karim Abdullah
Tn. Hj. Khamis Noyo
Tn. Hj. Abd Hamid Hj. Noor Mohamed
Cik Hjh. Nasriah Hj. Maghribi
En. Nagaratnam Pennurengan

2001
Tn. Hj. Mohamed Saat Bongkek
En. Abang Hamdan Jas
Pn. Hjh. Siti Aishah Hj. Ab. Rahman
Tn. Hj. Sulaiman Samad
En. Robert David

2000
Pn. Nik Faizah Mustapha
Tn. Hj. Tawi Yaakub
En. Cheong Yong Kwong
Tn. Hj. Abdul Ghani Wahab

1999
Pn. Molly Chong Nee Molly Gee
En. Mohd. Mokhtar Talib
Pn. Hjh. Rahmah Bt. Hj. Hussain
Tn. Hj. Hambali Abdul Razak
Tn. Hj. Kassim Muhammad

1998
Dato’ Hj. Abd. Rahim Hj. Abd. Majid
Dato’ Dr. Hj. Yahya Ibrahim
Tn. Hj. Mohd. Tahir Hj. Ahmad
Tn. Hj. Mohamed Ali

1997
Dato’ Hj. Jumat Dato’ Hj. Mohd Nor
Dato’ N.S. Selvamany
Tn. Hj. Harun Hj. Hassan
Tn. Aminuddin Muhammad

1996
En. Anthony Lim Peng Hwa
Pn. Hjh. Embun Muhamad Ali
Pn. Irene Syawe Chin Chi
En. Abdul Razak Ismail

1995
Tn. Hj. Jaaman @ Sharman Abu
En. Anthony Reynolds Peter
Tn. Hj. Wan Din Wan Mat
En. Amirbek Amir Husain

1994
Tn. Hj. Wan Samsudin Mohd Yusof
En. Nordin Hj. Mahmood
En. Jikal Gabie
En. Khor Beng Hoe

1993
Dato’ Abdul Aziz Ismail
Tn. Hj. Ibrahim Yaakob
Tn. Hj. Mohd. Saidin
Dato’ Hj. Mohd Taib Omar

1992
Dato’ Hj Ibrahim Sulaiman
Pn. Siti Bidayah Hj. Din
En. Lau Hut Yee

1991
Datuk Hj. Parman Hassan Raji
Dato’ Hj. Abbad Hj. Muhammad
Pn. Dawn Parry

1990
Dato’ Hj. Idris Hj. Tain
Tn. Hj. Abdullah Sani Abu Bakar
En. Michael Graham Parry

1989
En. Mohamed Ali Mohamed
En. Goon Koo Leong
YM Raja Lope Ahmad Raja Mohd Ali

1988
En. Sulaiman Hj. Ebi
Cik Visalacey Mutu
En. Harith Muhammad Liki

1987
Dato’ paduka Syeikh Abdul Mohd. Noor
En. Chang Min Phang Paul
Tn. Hj. Hashim Abdul Rahman

1986
Dato’ Hj. Abdul Aziz Tapa
Pn. Rasammah Naomi Bhupalan-Rajendran
Dato’ Ariffin Md. Nam

1985
En. A. Ali Manjang
En. Ahmad Kotot
Tn. Hj. Idris Hj. Abdul Salam
Tn. Hj. Yasin Saleh

1984
Tn. Hj. Abdul Razak Abdul Hamid
En. Shahrom Husain
Tn. Hj. Muhammad Bujang
Pn. Hjh. Hendon Hj. Din

1983
Datuk Polycrap Sim Sheng Mong
Tn. Hj. Mohd Zain Ayub
En. Ang Kean Kah

1982
Dato’ Hj. Zainal Abidin Ali
Tn. Hj. Abdul Rashid Ahmad
Tn. Hj. Mohd Zain Rashid

1981
Tn. Hj. Mohd. Yusof Badin
Pn. Hjh. Maimunah Abdul Rahman
Tn. Hj. Othman Hj. Ali

1980
Tn. Hj. Omar Othman
Tn. Hj. Mohd Diah Abdul Rahman
Dato’ James Frederick Augustine

1979
Kapt. Dato’ Hj. Mohd Nor Mohammad
Tn. Hj. Muhammad Yusof Ahmad
En. Mohd. Aslie Lutah

1978
En. Ann Moreira
En. Bapoo Mohd. Hashim
Dato’ Hj. Abdul Alif Hj. Md Arshad
En. Guram Singh
En. Mohd Nor Abdul Hamid
En. Waung Yoo Nien

1977
Tn. Hj. Abu Bakar Al Bakir
En. Qua Chiew Kooi
Tn. Hj. Ahmad Abdul Rahman
En. Abu Kassim Yusof
En. Abdul Rahman Md. Akib
En. K. Kannan
Pn. Lily Eberwein

1976
Tn. Hj. Kassim Harun
Tn. Hj. Mohammad Hj. Abdullah
Tn. Hj. Ali Mohd Yunus
En. V. K. Thaillaikannu
En. Tan Chee Meng

1975
Pn. Hjh. Zainun Munshi Sulaiman
En. Mohd. Nor Ahmad
En. Ting Pin Sung
En. A.V. Perumal
En. Tan Chong Bee



sumber Jabatan Pendidikan Malaysia..

Sebab2 Kiamat menurut Agama Islam

Untuk Orang Islam !

JANGAN MALAS ! BACA NI !

Masih ingat lagi dunia kecoh dengan andaian kiamat 2012 ?...

Tahun lepas kan??

JANGAN percaya/Usah peduli apa orang kata!!!!!

Kerana kita tahu -----> Sebab2 Kiamat menurut Agama Islam

- Kemunculan Imam Mahdi

- Kemunculan Dajjal

- Turunnya Nabi Isa (AS)

- Kemunculan Yakjuj Dan Makjuj

- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur

- Pintu pengampunan akan ditutup

- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya

- Kabus selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shj mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya

- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan,

- Pemusnahan Kabah,

- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap,

- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang2 & org2 kafir yang tersisa akan mati, semua gunung & bangunan akan runtuh

- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan Allah & bertemu di dataran Mahsyar menuju saat penghakiman mereka.. Dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di Syurga baginya pada hari penghakiman kelak.
 
Untuk Orang Islam !

JANGAN MALAS ! BACA NI !

Masih ingat lagi dunia kecoh dengan andaian kiamat 2012 ?

Tahun lepas kan??

JANGAN percaya/Usah peduli apa orang kata!!!!!

Kerana kita tahu -----> Sebab2 Kiamat menurut Agama Islam

- Kemunculan Imam Mahdi

- Kemunculan Dajjal

- Turunnya Nabi Isa (AS)

- Kemunculan Yakjuj Dan Makjuj

- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur

- Pintu pengampunan akan ditutup

- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya

- Kabus selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shj mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya

- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan,

- Pemusnahan Kabah,

- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap,

- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang2 & org2 kafir yang tersisa akan mati, semua gunung & bangunan akan runtuh

- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan Allah & bertemu di dataran Mahsyar menuju saat penghakiman mereka.. Dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di Syurga baginya pada hari penghakiman kelak.

Tuesday, September 17, 2013

Tahukah kamu bahawa neraka jahanam itu:

Tahukah kamu bahawa neraka jahanam itu
  1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
  2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
  3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
  4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
  5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
  6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
  7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
  8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular...
  9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat
  10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
  11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

** Renung-renungkan.. selamat beramal..
 

Pearl Hand Bouquet to my friend

Assalamualaikum.. Hai duniaku... Selamat hari Malayia yang jatuh pada 16 September 2013 (Isnin). Di kesempatan ini azie ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih Buat kawan kesayangan ku
NUR SAILA.. <3.. Kerna sudi menerima tempahan di saat saat akhirku... hasil nya woooowWOOOOW Cantik Menariik KU tertawan... ceh waaa.. macam iklan plak kan...
 
Hadiah HB ni akan ku berikan pada kawan ku NURFAIZZAH.. Terimalah hadiah ini.. semoga kita kekal berkawan yek... azie doakan anda serta suami (zulfikri) kawan ku juga.. berkekalan sampai bila-bila.. di murahkan rezeki.. kekal bahagia dan senyum selalu.. dan yang paling penting.. Selamat  Penempuh Alam PErkahwina...n.
 
Ini lah kawan serta pemilik tangan minda yang creative... comel kan orang yer.. Maaf yek saila tunggu azie sampai di destinasi (PEtron Selayang) siaplagi bergambar tuuuuu...
 
inilah hasil yer.. azie berharap kak Anor suka akan pemberian azie ni... petang ini azie akan memberi HB di kepada pemilik nya.. azie plak yang terlebih suka...

 
untuk pengetahuan anda.. HB ni telah ku awak ke KEDAH kerna ku blk bercuti dgn parent ke..
Cuti yang tidak di rancang.. hari sabtu tengahhari ku telah di g ke rumah Parent... tup tup duk happy happy makan makan.. lunch hour mama ku masak ..(sup daging) depa bagi tau.. jom balik KEDAH. wow terus ku CALL si somy meminta izin.. hahahaaa Alhamdulillah.. di izinkan...

Kami telah bergerak ke KEDAH jam 5pm setelah mengisi minyak dan mengambil Pearl HB di Petron selayang bersam Family kak milah dan Abg jefry (anak yer Ika) dan my parent .. serta my BABY...

Alhamdulillah kami selamat sampai di KEDAH.. jam 1000pm...

azie in da house melaporkan berita...

DOA BUAT SUAMI

DOA BUAT SUAMI

Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa-dosa ku yang telah ku buat.....
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkan semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan Ya Allah,

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Jika suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku di titian Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untukku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya­ suami ku ini adalah yg terbaik untukku di dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya..
Suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya

Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena Ya Allah...
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku

Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat Mu.. Ya Allah..
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat Mu Ya Allah....
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu..

Aku buta tanpa bimbingan Mu..
Aku kekurangan tanpa hidayah Mu..
Aku hina tanpa Rahmat Mu..
Ya Allah, Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi dan disayangi suami

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu
Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi..
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa di hati suamiku..
 
Amiiin amin...
Ya Allah 

 "I LOVE MY HUSBAND"

 

Wednesday, September 11, 2013

TERMA Internat

www
  • Aplikasi yang boleh menyebarkan maklumat dalam bentuk multimedia, dengan menggunakan dokumen multidimensi yang dipanggil hypertext .
  • ianya berfungsi dengan menggabungkan teks dan grafik salam satu dokumen atau antaramuka pengguna yang sama.
  • Ianya juga mampu menggabungkan AUDIO, VIDEO dan juga ANIMASI dalam satu dokumen yang sama.
  • Di bawah ini adalah contoh penggunaan WWW :
      * Format URL - htpp://nama_domain/laluan
      * Contoh URL - http://www.facebook.com
      * Contoh URL - http://www.jpa.gov.my

Hypertext

  • Hypertext adalah satu bentuk teknologi yang membolehkan teks dihubungkan diantara satu sama lain.
  • Ia membolehkan pembaca menperolehi maklumat yang berkaitan dengan hanya menekan perkataan yang dihubungkaitkan.

Browser

  • Perisian yang digunakan untuk melihat atau melayari sumber-sumber maklumat yang terdapat di dalam dunia internat.
  • Conoh-contoh browser yang selalu digunakan adalah Mozilla, Internat explore dan lain-lain.

Laman Web

  • (Homepage)
  • Dapat dimengertikan dalam beberapa maksud, tetapi disebut sebagai Web Page yang mana browser akan memaparkan maklumat.
  • Contoh yang paling hampir dengan kita adalah web :- SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia)

HTTP

  • HyperText Transfer Protocol
  • Protocol yang digunakann untuk memindahkan / mengerakkan hypertext files melalui Internat.
  • Ia memerlukan program HTTP client di satu pihak dan program HTTP server yang lain. HTTP merupakan protocol yang paling penting digunakan oleh World Wide Web (WWW)

HTML

  • HTML (Hypertext Markup Language)
  • Bahasa yang digunakan untuk membina laman Web.
  • Ianya merupakan format kod sumber dimana tapak Web dibentuk dan maklumat darinya disebarkan.
  • Apabila kita menggunakan HTML, kita boleh mengedit dengan menggunakan mana-mana editor teks.

URL

  • Uniform Resource Locator (Penunjuk Sumber Seragam)
  • URL merupakan alamat atau format arahan yang digunakan untuk mengenalpasti sesuatu tapak Web yang ingin dihubungi.

DNS

  • Domain Name System
  • Sesebuah komputer juga boleh dikenali melalui nama yang mudah diingati berbanding dengan alamat IP.
  • Sistem ini menggunakan hanya abjad yang membahagikan peringkat-peringkat rangkaian sesebuah komputer  menggunakan titik (dot).
  • Antara domain adalah :-
    * .com - Syarikah Komersial
    * .edu - Institusi Pendidikan
    * .net - Perkhidmatan rangkaian seperti Internat NICs (Network Information Centers)
    * .org - Organisasi yang kebanyakannya tidak berasaskankeuntungan
    * .mil - Jaringan Institusi Ketenteraan
    * .gov - Organisasi Kerajaan
Sekian untuk makluman anda semua.. semoga sama sama kita mendapatnya...


Top 10 Antivirus


  1. Bitdefender Antivirus Plus
  2. Kaspersky Anti-Virus
  3. Norton AntiVirus
  4. F-Secure Anti-Virus
  5. G Data AntiVirus
  6. BullGuard Antivirus
  7. AVG Anti-Virus
  8. Avast! Pro Antivirus
  9. Trend Micro Titanium Antivirus +
  10. VIPRE Antivirus
 

Top 10 Browser Internat terbaik..

  1. Google Chrome
  2. Mozilla Firefox
  3. Internet Explorer
  4. Opera
  5. Safari
  6. Maxthon
  7. RockMelt
  8. SeaMonkey
  9. Deepnet Explorer
  10. Avant Browser



Contoh Contoh Browser Internet

1. Firefox
Mozilla Firefox (aslinya bernama Phoenix dan kemudian untuk sesaat dikenal sebagai Mozilla Firebird) adalah penjelajah web antar-platform gratis yang dikembangkan oleh Yayasan Mozilla dan ratusan sukarelawan.
Versi 3.0 dirilis pada 17 Juni 2008.
Situs : http://www.mozilla.com/firefox/

2. Google Chrome
Google Chrome adalah sebuah penjelajah web sumber terbuka yang dikembangkan oleh Google dengan menggunakan mesin rendering WebKit.
Proyek sumber terbukanya sendiri dinamakan Chromium.
Situs : http://www.google.com/chrome

3. Internet Explorer
Internet Explorer, disingkat IE atau MSIE, adalah sebuah browser web proprieter yang gratis dari Microsoft.
Situs : http://www.microsoft.com/windows/products/winfamily/ie/default.mspx

4. Opera
Opera adalah penjelajah web dan paket perangkat lunak Internet antar-platform.
Opera terdiri dari kumpulan perangkat lunak untuk Internet seperti penjelajah web, serta perangkat lunak untuk membaca dan mengirim surat elektronik.
Situs : http://www.opera.com/download/

5. Safari
Safari adalah sebuah penjelajah web buatan Apple Inc. yang awalnya ditujukan khusus bagi sistem operasi Mac OS.
Safari dibundel bersama Mac OS X dan merupakan penjelajah web default di sistem operasi tersebut sejak Mac OS X v10.3.
Situs : http://www.apple.com/safari/download/

6. Maxthon
Maxthon adalah browser yang menggunakan engine milik IE, Trident, dan 100% kompatibel dengan IE, ditambah dengan berbagai fitur yang tidak dimiliki oleh IE.
Situs : http://www.maxthon.com/

7. Flock
Flock adalah sebuah penjelajah web yang berspesialisasi pada penyediaan fitur jaringan sosial dan fitur Web 2.0 lain pada tampilan antarmukanya.
Browser ini dibuat menggunakan codebase Mozilla’s Firefox Pada tanggal 16 Juni 2008, Flock 2 yang menggunakan Mozilla Firefox 3 sebagai basisnya, diluncurkan dengan status open beta.
Situs : http://flock.com/

8. Avant Browser
Avant Browser adalah browser yang cepat, stabil, user-friendly, dan merupakan multiwindow browser.
Memang engine yang dipakai adalah engine IE. Akan tetapi Avant Browser memiliki kelebihan dibandingkan IE.
Situs : http://www.avantbrowser.com/download.html

9. Deepnet Explorer
Deepnet Explorer adalah sebuah penjelajah web, Deepnet Explorer sudah mendukung fitur tab browsing untuk halaman multiple
Situs : http://www.deepnetexplorer.com/

10. PhaseOut
PhaseOut adalah internet browser yang memungkinkan beberapa pencarian dengan mesin pencari utama hanya dengan satu klik.
Situs : http://www.phaseout.net/

Sumber : http://internet-browser-review.toptenreviews.com/

Internat BANKING

  • Internat banking merupakan salah satu kemudahan yang popular ditawarkan masa kini. Pengguna internat hanya perlu melayari laman yang disediakan dan terus boleh berurusan  dengan bank dan melaksanakan setiap transaksi yang sedangkita lakukan sekarang seperti memeriksa makluman akaun, memesan buku cek, pemindahan wang, bayaran bil, penukaran nombor pengenalan diri (PIN) dan lain-lain.
  • Hampir kesemua bank telah menediakan perkhidmatan internat ini bagi memudahkan para pelanggan. Pelanggan bank hanya perlu memasuki laman web dan mengikuti arahan-arahan yang diminta bagi pengesahan bank.
  • MENGAPA ANDA PERLU MEMILIH INTERNAT BANKING???
  1. Layanan perbankan 24 jam
  2. Transaksi masa nyata
  3. Urusniaga dapat dilakukan dalam keadaan selesa
  4. Tidak perlu pergi ke Bank
  5. Tidak perlu beratur dan menunggu Nombor giliran
  6. Tidak ada caj tambahan
  7. Tidak perlu mengeluarkan wang dari akaun anda..
  • Di sini ada Bank-bank yang memiliki Internat Banking adalah seperti berikut :-
  1. http://www.maybank2u.com.my/
  2. http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/index.html
  3. http://www.bankislam.com.my/en/Pages/PersonalBanking.aspx
  4. http://rhb.com.my/
  5. https://www.hsbc.com.my/1/2/
  6. http://www.cimbbank.com.my/index.php?tpt=cimb_bank




anda boleh click bank mana anda inginkan... sebenarnya banyak lagi internat banking yang ada.. inilah contoh yang azie boleh berikan pada masa ini.. nanti azie akan membuat link bagi memudahkan anda untuk akses..

selamat membaca..

Tuesday, September 10, 2013

Tanda -Tanda Awal Kehamilan

Assalamualaikum.. dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca.. terima kasih kerna sudi singgah ke blog azie.. di sini azie ingin berkongsi maklumat berkenaan dengan DUNIA AWAL KEHAMILAN...
Rasa sudah banyak azie share maklumat ini.. sahaja tulis balik.. sebab rasa gembira.. kerna SEPUPUKU .... KAWAN BAIK KU.. telah pun POSITIF.. 2 line..

Azie tumpang kebahagian anda...

Ok... u all .. jika u all memahami bahasa tubuh u all. Anda mungkin akan mudah terasa sesuatu yang tidak kena pada badan anda.. ini kerana kebanyakkan daripada kita sukar memahami dan tidak mengesaki sesuatu pada diri mereka di mana mereka telah mengandung sehinggalah baby anda mula merapatkan dirinya pada diding rahim anda..

azie cakap ini betul.. ada kawan azie cerita yang dia telah mengetahui yang dia mengandung pada umur baby dalam kandungan mula mencecah 3bulan.. Cuba u all bayangkan keadaan janin/baby anda ketika sudah menjangkau 3bulan dalam perut anda.. mesti dah beso kan????

Perkara ini adalah NORMAL.. kerna ada segelintir masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak datang bulan/haid/priot...

Dibawah ini, terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung...
  1. Payudara bengkak (sakit dan tegang)
  2. Perubahan pada warna di sekeliling payudara anda
  3. Sering lelah
  4. Rasa loya dan muntah-muntah
  5. Kerap membuang air kecil
  6. Sakit kepala
  7. Sakit punggung
  8. Perut kram
  9. Mengidam atau menolak makanan tertentu
  10. Sembelit dan kembung
  11. Perubahan mood
  12. Peningkatan suhu tubuh (suhu asas badan tinggi berpanjangan)
  13. Sensitif pada bau-bauan
  14. Pening dan pengsan
  15. Merasa Tidak Bermaya...
  16. Gejala PMS
  17. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari
  18. Positif test kehamilan


 Sudah kah anda membeli test ini.. jika line yer menunjukkan 2line bermakna anda SAH mengandung..

Jika anda telah missed period anda.. silalah TEST.....

Jangan tunggu lama-lama..





Dan Akhir sekali anda akan merasakan ada janin yang berkembang di dalam rahim Anda











TAHNIAH!!!!! :)


[Doa] surah at-Taubah 9: 129

[Doa]


HASBIAALLAH HU LAAAA ILLAA HA ILLA HU'ALAIHI
TAWAKKALTUWA HUWA ROBBUL'ARSHIL'AZIM
 
maksudnya : "Cukuplah Allah bagiku tiada Tuhan melainkan Dia, kepada-Nya aku bertawakal. dan Dialah yang mempunyai 'Arasy yang besar'.

Baca ayat dari surah at-Taubah 9: 129 ini tujuh kali setiap pagi dan petang dan insya Allah akan terangkat segala masalah, terbuka pintu rezeki, mudah segala urusan dan mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat. Ayat ini juga adalah amalan saya setiap hari. Sebar-sebarkan sesama Islam insya Allah apabila orang lain beramal kita juga mendapat ganjarannya. Amin.
 

 

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN

sumber GOOGLE..

Peperiksaan sudah pun bermula pada hari ini.. UPSR.  dan bakal tiba Exam PMR lagi sebulan dan seterusnya SPM serta STPM dan STAM... Kepada yang mempunyai anak-anak yang sedang menduduki peperiksaan, selain daripada usaha yang telah dibuat selalu ini, doa dan solat hajat yang telah diamalkan selama ini, doa menduduki peperiksaan ini juga boleh diamalkan ketika peperiksaan sedang berjalan.


Amalan DOA dimulakan daripada keluar rumah sehinggalah waktu-waktu terakhir peperiksaan dijalankan.

Berikut adalah amalan doa menduduki peperiksaan:

1. Tatkala keluar rumah
Bismillahi tawakkaltu ‘alallah
Amalan ini ada tersaran di dalam hadith:

Dari Anas bin Malik, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا خَرَجَ الرَّجُلُ مِنْ بَيْتِهِ فَقَالَ بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ قَالَ « يُقَالُ حِينَئِذٍ هُدِيتَ وَكُفِيتَ وَوُقِيتَ فَتَتَنَحَّى لَهُ الشَّيَاطِينُ فَيَقُولُ لَهُ شَيْطَانٌ آخَرُ كَيْفَ لَكَ بِرَجُلٍ قَدْ هُدِىَ وَكُفِىَ وَوُقِىَ ».
 
“Jika seseorang keluar rumah, lalu dia mengucapkan

Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, laa hawla wa laa quwwata illa billah

(Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah, tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan-Nya), maka dikatakan ketika itu: “Engkau akan diberi petunjuk, dicukupkan dan dijaga”. Setan pun akan menyingkir darinya. Setan yang lain akan mengatakan: “Bagaimana mungkin engkau bisa mengganggu seseorang yang telah mendapatkan petunjuk, kecukupan dan penjagaan?!”
 (HR. Abu Daud dan Tirmidzi. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih)

2. Semasa di dalam perjalanan ke tempat peperiksaan:
Ya zal jalaali wal ikraam
3. Ketika masuk ke dalam dewan peperiksaan:
Salaamun qaulan min rabbil raheem
4. Ketika mengambil tempat duduk di dalam dewan peperiksaan:
Iyyaaka na’budu wa iyyaaka nasta’een
5. Ketika membuka kertas peperiksaan:
Ihdinassiraatakmustaqeem
6. Ketika menjawab soalan peperiksaan
Innalaha kaana a’leeman hakeema
7. Jika soalan yang sedang dijawab terasa susah
wakaana zaalika ‘alallahi yaseera
8. Ketika memeriksa semula jawapan selepas habis menjawab
Innallaha bikulli shai’in ‘aleema
9. Ketika menghantar jawapan peperiksaan
wakafa billahi waliyyan wakafa billahi yaseera

 
sumber facebook..

Azie ada selitkan DOA..

a. DOA BERJAYA DALAM PELAJARAN,
KETIKA LUPA NOTA DAN BERJAYA
DALAM CITA-CITA.


b. DOA PENERANG HATI

c. DOA AGAR DICUKUPKAN KEPERLUAN
(SEBELUM MASUK DEWAN)





inilah doa menduduki peperiksaan yang boleh diajar kepada anak-anak kita dan boleh di sampaikan pada anak buah.. saudara mara serta rakan-rakan...yang sedang dan akan menduduki peperiksaan.

Semoga ia menjadi usaha terakhir kita sebelum bertawakkal kepada Allah.
Selamat menduduki peperiksaan kepada adik-adik yang terlibat...


Wallahua’lam bissawaabi

20 Sikap Lelaki Membuatkan Wanita Menyampah

Hai ..
Rasanya banyak kali azie menulis atau share maklumat berkenaan status ini.. sahaja mau bagi peringatan atau langkah langkah berjaga jaga kepada anda semua..
azie juga banyak mengambil maklumat dari facebook untuk di muatkan dalam blog azie.. supaya ada pembaca yang ingin mengetahui maklumat.. (share adalah terbaik daripada keeper) semoga dengan apa yang telah azie share or tulis dalam blog ini dapat membantu semua rakan rakan azie di dalam menjalani kehidupan...

Di sini azie cuba share maklumat berkenaan 20 sifat lelaki yang membuatkan WANITA menyampah..

Selamat membaca.. dan berubah menjadi yang terbaik untuk diri anda..


1. Meninggikan Suara
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. Mengongkong
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka. Haa macam mana tu?

3. Cemburu Buta
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

4. Panas Baran
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

5. Kaki Merokok
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

6. Ego
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

7. Menipu
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

8. Main Kayu Tiga
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

9. Suka ‘Cuci Mata’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

10. Perasan Terlebih
Aduhaiii…lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu…ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…hahaha sedarlah!

11. Mementingkan Diri Sendiri
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih…egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai tau.

12. Kurang Memberikan Perhatian
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

13. Mata Duitan
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

14. Terlalu Komited Dengan Kerjaya
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

15. Pengotor
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. Gelojoh
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. Pentingkan Kawan-kawan Sendiri Saja
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
Sebenarnya banyak kes pergolakan @ konflik rumahtangga yang terjadi disebabkan oleh perkara ini. Jadi para lelaki semua, terutamanya suami, sila ambil perhatian tentang perkara ini ya.

18. Tidak Tahu Menghargai
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. Putar Belit
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. Terlalu Kontrol Macho
Perrghh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. Hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!


sumber:alamakmy.blogspot.com

Wednesday, September 4, 2013

Tips Mudahnya Menjemput Jodoh

Tips Mudahnya Menjemput Jodoh...

Bismillahirrahmaanirrahiim...

1. Jangan fokus pada siapa yang harus dipilih tapi fokus melakukan perubahan diri yang lebih baik agar kita pantas mendapatkan jodoh yang baik....

2. Jangan menginginkan seseorang menjadi seperti yang kita harapkan tapi bagaimana kita menjadikan diri seperti orang yang kita harapkan.

3. Berusaha mempersiapkan diri zahir & batin serta berani menghadapi pernikahan tatkala jodoh itu tiba.

4. Berusaha untuk tidak patah semangat dan trauma terhadap masa lalu yang kurang menyenangkan serta bukalah lembaran baru yang lebih baik mulai hari ini dan untuk hari-hari selanjutnya.

5. Menjalin hubungan persahabatan dan persaudaraan sebanyak-banyaknya, akan lebih baik jika banyak bergaul dengan sahabat yang baik, siapa tahu jodoh kita berada di antara mereka.

6. Jangan terburu-buru menilai atau memberi kesimpulan kepada seseorang itu tidak layak bersama kita karena sejatinya jodoh itu akan hadir atas redha ALLAH, sedangkan kewajiban kita hanya berikhtiar.

7. Jangan terlalu risau tentang usia. Di usia berapapun menikah tetap baik jika kita mampu memikul tanggungjawab pernikahan tersebut di hadapan ALLAH, Bagi pasangan, keluarga besar serta masyarakat.

8. Teruslah berikhtiar dan berdoa, karena doa boleh mengubah yang tidak mungkin menjadi mungkin sesuai kehendak-Nya.

Ya ALLAH..
Dekatkanlah jodoh orang yang membaca status ini.
Tenteramkanlah hatinya.
Lapangkanlah dadanya.
Bahagiakanlah hidupnya.
Luaskan rezekinya.
Mudahkan segala urusannya.
Kabulkan cita-citanya.
Jauhkan dari segala musibah.
Jauhkan dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar serta kemungkaran.


 
Aamiin ya Rabbal' Alaamiin 
aziesizhuka. Powered by Blogger.