Pages

~ my nuff ~

Friday, November 29, 2013

Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga - anakku kebahagian ku

Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyya...kanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh/solehah sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

via : Prof. Dr. Muhaya

AURAT KETIKA BERSALIN

Ringkasan dari
"AURAT KETIKA BERSALIN"
dari Semanis Kurma TV9:

1. Suami WAJIB pelihara aurat dan maruah isteri dalam apa jua keadaan.
2. Dari awal disahkan hamil, pemeriksaan PERLU dijaga dalam hal aurat.
3. WAJIB mendahulukan doktor perempuan....
4. MENTAATI Allah dengan sebaiknya dan meninggalkan segala yang terlarang.
5. JANGAN ambil mudah dalam soal proses kelahiran.

Lagi satu pesanan mereka dalam Semanis Kurma TV9, dlm keadaan isteri dah SAKIT sangat,
hilang punca, telah berpikir maka :

1. PERANAN SUAMI sgt penting dan mustahak,
 Suami yg kena bt keputusan utk aurat dan maruah isteri.

2. Suami WAJIB jaga & pelihara aurat isteri ketika dalam wad, LR dll...
> tudung tak pakai, kain terselak sana-sini, baju berlengan pendek, menyusu ikut dan. ada juga staff lelaki, pemberi makanan yang lelaki dll yg keluar masuk wad

3. WAJIB WAJIB WAJIB ada MAHRAM temankan ketika datangnya darurat yg mengizinkan aurat terbuka. 


> Pertama SUAMI
> kedua SAUDARA PEREMPUAN
> ketiga nurse perempuan
 
nota : Moga Allah terus pelihara AURAT & MARUAH kita semua untuk proses kelahiran yang seterus-seterusnya. Untuk yang telah berlalu dlm keadaan tidak mampu BERTEGAS, TIDAK cukup bersedia dsbnya maka bartaubat dan muhasabah diri. Insya Allah DIA murah dengan keampunan
 
Sharing is Caring...
Islam itu Indah..
Salam Jumaat...
 

Wednesday, November 27, 2013

5 Amalan baik untuk BAYI anda..

Assalamualaikum..

Kedewasaan ini ramai ibu bapa yang leka dan alpa... mengenai tanggungjawab mereka terhadap bayi yang baru dilahirkan... 

Disinilah dimana semua ibu bapa yang bergitu gembira menunggu kehadiran orang baru dalam hidup mereka.. Maka semua ibu bapa perlu memahami dan fahami tentang amalan wajib dan sunat di lakukan dalam menerima kehadiran cahaya mata... 

Di bawah ini adalah amalan yang wajib dan sunat yang baik di lakukan kepada BAYI anda..

  • Kalimah Pertama untuk Anak
    • Wajib bagi ibu bapa menuturkan kalimah paling mulia pada pendengaran pertama seorang bayi. Bagi seorang Muslim, anda wajib mengazankan bayi yang baru dilahirkan. Bayi yang baru lahir ini sebenarnya terdedah dengan gangguan syaitan, jadi dengan mengazankan dan membisikkan kalimah tauhid, akan dapat menghindarkan bayi dari diganggu. Ia menjadi amalan Rasulullah ketika menyambut cucunya. Jadi, sekiranya bayi itu asyik menangis, mungkin disebabkan kerana diganggu. Jadi, ingat amalan ini.
  • Doa Ketika Beri Nama untuk Anak
    • Nama penting untuk perkembangan dalam proses pembesaran seorang anak. Jika nama tidak baik, tentu sekali akan efek kehidupannya kelak. Saya menyarankan berilah nama yang baik dan punyai makna yang betul. Salah memberi nama bukan saja akan memberi gambaran tingkah laku malah ia akan menimbulkan masalah jika nama itu tidak sesuai. Paling penting dalam memberikan nama ialah berdoa.
    • Antara doa yang boleh diamalkan - "Ya Allah, jadikanlah nama ini berkat baginya, dan jadikanlah taat kepada Engkau pekerjaannya dan barang yang Engkau redhai menjadi cita-citanya. Menuntut ilmu menjadi perjuanganya dan akhiri hidupnya dengan amalan soleh"
  • Tahnik
    • Amalan baik setelah diperdengarkan kalimah tauhid dan azan ialah memasukkan ke mulut bayi tersebut dengan manisan (lebih bagus lagi jika kurma). Masukkan dengan jari manis setelah dikunyah untuk diberikan kepada bayi yang baru lahir. Pastikan manisan itu digerakkan ke kiri kanan mulut/bibir bayi - ala macam sapu lipstik tu.
    • Dan paling bagus jika amalan Tahnik ini dilakukan oleh seseorang yang beramal soleh dan baik pekerti.
  • Cukur Rambut
    • Cukur rambut ialah amalan sunat yang dilakukan pada hari ketujuh kelahiran. Ia juga menjadi sunat jika diselikan dengan pemberian sedekah berdasarkan timbangan rambut yang telah kena cukur. Dan sunat juga bagi ibu bapa Muslim untuk menyembelih seekor kambing sebagai Aqiqah.
    • Aqiqah dilakukan sebagai tanda kesyukuran kerana mendapat anugerah dari Allah. Kenduri Aqiqah dibuat dengan membahagikan daging Aqiqah kepada kaum keluarga, jiran tetangga dan fakir miskin. Ia untuk mengeratkan silaturrahim selain menjadi hebahan bahawa telah lahir seorang anggota baru dalam keluarga. Nanti tak ada lah tertanya-tanya "Anak sapalah ni?" nanti.
  • Khitankan Anak
    • Khitan atau amalan bersunat perlu supaya anak terhindar dari penyakit kelamin. Amalan ini dilakukan terutama kepada anak lelaki, malah ia juga boleh dan menjadi amalan yang baik untuk anak perempuan.
    • Sesetengah orang akan khitankan anak sebaik sahaja dilahirkan atau setidaknya seminggu selepas kelahiran - ia adalah amalan biasa bagi masyarakat arab. 
    • Namun, bagi kita para ibu bapa yang sentiasa sibuk, amalan berkhitan boleh dilakukan bila-bila masa sebelum anak meningkat lebih dewasa.


    Selamat mengamalkan..
    Sharing is caring..
    segala penemuan akan azie kongsi bersama anda...


    Tuesday, November 26, 2013

    Elak 5 Perkara Kalau Sayangkan Suami Isteri!

    1. Jangan diam tak bertempat. Ada yang kata diam itu baik untuk sebuah rumahtangga. Ada yang diam bila isteri/suami sedang dirasuki angin monsun. Ok. Ini ambe rasa tindakan yang wajar. Tapi, ada yang terus sengaja diam (mungkin nak suami/isteri pujuk) lebih 3 hari. Suami ni kadang-kadang (atau mungkin selalu) tak tahu apa yang ...isteri inginkan. Jadi tindakan diam lama-lama ni satu kerugian. Kena belajar untuk menyatakan keinginan anda. Mana tahu, suami terus beli iPhone 5 (tiba-tiba) untuk demi memujuk anda? Tips #1 Rumahtangga Bahagia: Saling percaya & berterus terang.
    2. Jangan merendahkan pasangan. Maksudnya jangan memperlekeh dan merendah-rendahkan pasangan (walaupun sengaja bergurau tentang pasangan anda yang memang kurang tinggi…serius). Tengking-menengking lagilah tidak patut. Sekarang, ramai isteri yang berjawatan tinggi berbanding suami dan kadang-kadang terbawa-bawa sifat keketuaan itu balik ke rumah. Sedarlah yer, di rumah suamilah ketua dan wajar dihormati. Suami pulak, mentang-mentang ketua rumah, janganlah diabaikan pendapat si isteri. Mereka juga ada hak dalam memberi pendapat. Tips #2 Rumahtangga Bahagia: Saling menghargai perasaan pasangan.
    3. Jangan suka berlakon. Ada pasangan yang kuat berlakon di depan pasangannya. Contoh 1. Suami suka tengok isterinya bertudung tapi si isteri pula suka free hair. Suami pulak rasa serba salah nak tegur dan terpaksa berlakon sukakan isteri berfree hair. Ada eloknya suami cuba menyampaikan hajat dihati dengan penuh hikmah. Belikanlah tudung. Tak tahu nak beli kat mana? Senang citer, beli saja kat kedai mana-mana. Janji puas hati. Contoh 2. Kalau si isteri suka suami ada misai, cakap terus terang. Mana tahu, suami nampak lebih hensem dan kacak. Siapa yang untung? Isteri jugak. Tips #3 Rumahtangga Bahagia: Buang sifat suka berpura-pura dan saling perbaiki diri & pasangan.
    4. Jangan lupa tanggungjawab. Apa yang lebih membahagiakan ibubapa selain melihat anak-anak membesar depan mata? Takde kan? Jadi, sama-samalah pikul tanggungjawab mengurus rumahtangga secara bersama. Yang berat sama kita pikul, yang ringan biar suami pikul sorang-sorang. Ok? Biarlah kita penat sedikit, inshaaAllah kita puas hati tengok anak-anak sihat dan cemerlang. Tips #4 Rumahtangga Bahagia: Saling melengkapi urusan rumahtangga.
    5.  Jangan suka mengancam. Maksudnya jangan asyik cuba takutkan pasangan. Contoh 1. Bila tak sependapat, adalah adegan dialog seperti berikut, “abang buatlah lagi camtuh, kita tak nak masak kari kepala ikan jerung lagi….” Contoh 2. “Sayang kena ingat, ni semua ni abang beli pakai duit abang tau, nanti abang dah tak bagi duit baru tau…” Isteri kita bukan lagi budak kecil. Akhirnya kasih dan cinta bertukar menjadi sayang kerna terpaksa. Di mana manisnya sebuah rumahtangga kalau asyik nak ugut dan mengancam? Berhati-hati bila bercakap terutamanya para suami. Tips #5 Rumahtangga Bahagia: Jangan cakap ikut sedap mulut!

    sELAMAT BerAMAL..
    Renung renungkan...

    Kasih sayang Rasulullah saw kepada isterinya...

    Kasih sayang Rasulullah saw kepada isterinya...

    " Satu hari Rasulullah nak ke masjid dengan Siti Aisyah...Rasulullah lumba lari dengan Siti Aisyah..adakala Rasulullah menang...adakala Siti Aisyah menang..girang gembira diwajah Siti Aisyah bila menang..tersenyum Rasulullah melihat kaletah Isteri tercinta...."

    malah...

    ♥ Rasulullah mandi bersama Siti Aisyah..
    ♥ Rasulullah kongsi bekas bibir digelas dengan Siti Aisyah..

    ... Aku rindu pada Muhammad s.a.w..
    Ya Rasulullah...Ya Habiballah....


    Marilah kita sama-sama bershalawat pada Nabi kita...

     
    Note : Shalawat 1x BONUS 10x
     
    " Barang  siapa yang bershalawat kepadaku sekali, Maka Allah akan bershalawat pada nya 10 kali"
    HR.Muslim 384

    Terima Kasih kepada semua yang membaca blog ini.. dan shalawat bersama azie...
     

    Suami adalah syurga buat Isteri...

    Mengapa redha suami itu adalah syurga bagimu wahai para isteri ?

    1. Suamimu dibesarkan oleh ibu yg mencintainya seumur hidup. Namun ketika dia dewasa, dia memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu kamu mencintainya seumur hidupmu, bahkan seringkali rasa cintanya padamu lebih besar daripada cintanya kepada ibunya sendiri.

    2. Suamimu dibesarkan sbg lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah dan ibunya hingga dia  dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru saja dikenalnya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ayah & ibunya....

    3.Suamimu riadah menghabiskan waktunya untuk mencukupi segala keinginan anak-anakmu serta kamu. Padahal dia tahu, di sisi Allah, engkau lebih harus di hormati tiga kali lebih besar oleh anak-anakmu dibandingkan dirinya. Namun tidak pernah sekalipun dia merasa iri, disebabkan dia mencintaimu dan berharap engkau memang mendapatkan yang lebih baik daripadanya di sisi Allah.

    4.Suamimu berusaha menutupi masalahnya dihadapanmu & berusaha menyelesaikannya sendiri. Sedang engkau sentiasa mengadukan masalahmu pada dia dengan harapan dia mampu memberi penyelesaian, padahal mudah saja di saat engkau mengadu itu, dia sedang memiliki masalah yang lebih besar, namun tetap saja masalahmu di utamakan dibandingkan masalah yang dihadapinya sendiri.

    5.Suamimu berusaha memahami bahasa diammu, bahasa tangisanmu. sedangkan engkau kadang hanya mampu memahami bahasa verbalnya saja. Itupun bila dia telah mengulanginya berkali-kali.

    6.Bila engkau melakukan maksiat, maka dia akan ikut terseret ke neraka, karana dia ikut bertanggungjawab akan maksiatmu. Namun bila dia bermaksiat, kamu tidak akan pernah di tuntut ke neraka. karana apa yang dilakukan olehnya adalah hal-hal yang harus dipertanggungjawabkannya sendiri.


    NOTe : Kaum HAWA/ISTERI , anda layak memilih mana-mana pintu syurga . i aterbuka bagi anda dan anda akan masuk dari pintu manapun yg anda suka, cukup dengan dapat "ReDHA" dari suamimu, sedangkan suamimu tidak mendptkan kemuliaan seperti ini, karana itu taat dan  sabar padanya.
     

    insya Allah..
    Kesetiaan tidak berbelah bagi..
    KESABARAN yang diuji sukar di ungkapkan dengan kata-kata
    Kerna Ujian itu sangat dalam untuk digertikan..
     
    Mohon jasa baik kamu wahai pembaca BLOG ini.. untuk mendoakan azie,anak dan suami kekal hingga je JANNAH...
    dan azie juga mendoakan anda semua..
     
    semoga KESABARAN menjadi isteri akan tetap utuh
    walaupun ombak melanda...
     
    SEMOGA berbahagia.. harmoni.. dengan penuh keimana dan ketaqwaan dalam bahtera.. "Perkahwinan" hingga ke JANNAH.. amin..

     aminn...

    AMALAN BAGI BAYI YANG BARU DILAHIRKAN..1

    1. Mengazankan dan mengiqomahkan ke telinga anak. 

    Azan di telinga kanannya. Iqomah di telinga kirinya. Dalilnya ialah hadis Nabi s.a.w.: Dari Abu Rafi’, katanya: Aku melihat Rasulullah s.a.w. mengumandangkan azan di telinga al-Hasan bin Ali ketika ibunya (Fatimah) melahirkannya. (HR Abu Daud & At-Tarmizi).

    Dari al-Hasan bin Ali dari Rasulullah s.a.w., baginda bersabda: Barangsiapa yang anaknya baru dilahirkan, kemudian dia mengumandangkan azan ke telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka anak yang baru lahir itu tidak akan terkena bahaya `ummu shibyan’. `Ummu shibyan’ ialah angin yang dihembuskan kepada anak, jadi anak itu takut kepadanya. Ada juga yang berkata bahawa ia adalah `qarinah’, iaitu jin.

    Mengapa azan? Adalah wajar anak ini diazan dan diiqamatkan agar kalimah pertama yang didengarnya dan tembus ke gegendang telinganya adalah kalimah seruan Yang Maha Agung. Kalimah yang mengandungi persaksian (syahadah) terhadap keesaan Allah dan persaksian terhadap kerasulan Muhamad bin Abdullah s.a.w. Anak yang baru menghirup udara dunia ini telah diajarkan dengan aqidah dan syariat Islam, sebagaimana seseorang yang akan mati diajarkan dengan kalimah tauhid `La ilaha illallah’. Agar pengaruh azan ini dapat meresap ke dalam diri anak ini.

    Azan ini ialah untuk mengusir syaitan yang memang menanti-nanti kelahiran bayi ini. Azan dikumandangkan ke telinga bayi agar seruan dakwah kepada Allah dan agamanya dapat mendahului seruan jahat syaitan.

    Azan dan iqomah yang diperdengarkan akan dirakam oleh bayi berkenaan yang menjadi sebahagian dari pendidikan tauhid, syariat dan akhlak.


    2. Taknik iaitu menggosok langit-langit bayi dengan kurma.

    Caranya: Kurma yang dikunyah diletakkan di atas jari, kemudian memasukkan jari berkenaan ke dalam mulut bayi. Gerak-geraknya ke kanan dan ke kiri dengan lembut hingga rata.

    Jika sukar untuk memperoleh kurma, boleh diganti dengan manisan lain.

    Dan yang lebih utama, `tahnik’ ini hendaklah dilakukan oleh seseorang yang mempunyai sifat taqwa dan soleh. Ini adalah sebagai suatu penghormatan dan harapan agar anak ini juga akan menjadi seorang yang taqwa dan soleh.

    Hadis Rasulullah s.a.w. dari Abu Burdah, dari Abu Musa r.a., katanya: Aku telah dikurniakan seorang anak. Lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. dan baginda menamakannya dengan Ibrahim, men`tahnik’nya dengan kurma serta mendoakannya dengan keberkatan. Kemudia baginda s.a.w. menyerahkannya kembali kepadaku. (HR Bukhari & Muslim)


    3. Cukur semua rambut dikepala anak pada hari ketujuh kelahirannya. Kemudian bersedekah kepada orang-orang fakir dengan nilai perak seberat timbangan rambutnya itu.

    Terdapat beberapa hadis yang menjelaskan perkara ini, antaranya ialah: Dari Ja’far bin Muhamad dari ayahnya, dia berkata: Fatimah r.a. telah menimbang rambut kepala Hasan, Husin, Zainab dan Ummu Kalsom. Lalu dia sedekahkan perak seberat timbangan rambut berkenaan. (HR Imam Malik)

    Yahya bin Bakir meriwayatkan dari Anas bin Malik r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. telah menyuruh agar dicukur kepala al-Hasan dan al-Husin pada hari ketujuh dari kelahiran mereka. Lalu dicukur kepala mereka, dan baginda menyedekahkan perak seberat timbangan rambut berkenaan.


    4. Memberi nama yang baik.

    Dari Abu Darda’ r.a., bersabda Rasulullah s.a.w.: Sesungguhnya pada hari kiamat nanti kamu akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh itu, berilah nama yang baik untuk kamu. (HR Abu Daud)

    Waktu memberi nama: Berdasarkan hadis-hadis Rasulullah s.a.w., ada yang menunjukkan pada hari pertama kelahirannya. Ini berdasarkan hadis riwayat Muslim dari Sulaiman bin al-Mughirah dari Thabit dari Anas r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Malam tadi telah lahir seorang anakku. Kemudian aku menamakannya dengan Ibrahim.

    Ada juga hadis yang menunjukan pada hari ketujuh berdasarkan riwayat Samirah, katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Setiap anak itu digadaikan dengan aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuhnya, diberi nama dan dicukur kepalanya. (HR Ashabus Sunan)

    Dapat disimpulkan dari hadis-hadis berkenaan bahawa Islam memberi kelonggaran terhadap tempoh pemberian nama anak. Boleh pada hari pertama, boleh dilewatkan pada hari ketiga, dan boleh ada hari ketujuh.


    5. Beraqiqah atau sembelih akikah.

    Hadis Rasulullah s.a.w.: Samirah, katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Setiap anak itu digadaikan dengan aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuhnya, diberi nama dan dicukur kepalanya. (HR Ashabus Sunan)

    Berdasarkan hadis di atas dan hadis-hadis lain bahawa aqiqah dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi. Namun begitu berdasarkan pendapat imam Malik bahawa penentuan hari ketujuh seperti yang dilihat pada zahir hadis hanyalah berbentuk anjuran sahaja.


    6. Memberi ucap selamat dengan mendoakan kesejahteraan anak dan ibubapanya, serta turut sama bergembira.

    Firman Allah Taala: Kemudian Malaikat (Jibril) memanggil Zakaria, sedang dia sedang berdiri solat di mihrab (katanya), "Sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran (seorang puteramu) Yahya.. (3:39)

    Dari Abu Bakar al-Munzir, bahwa dia berkata: Telah meriwayatkan kepada kami dari al-Hasan al-Basri bahawa seorang lelaki telah datang kepadanya, dan di sisinya ada seorang lelaki yang baru dianugerahi seorang anak kecil. Lelaki itu berkata kepada orang yang mempunyai anak itu: "Selamat bagimu atas kelahiran seorang penunggang kuda." Hasan al-Basri berkata kepada lelaki itu: "Apakah kamu tahu, apakah dia seorang penunggang kuda atau penunggang keldai?" Lelaki itu bertanya: "Jadi bagaimana cara kami mengucapkannya?" Hasan al-Basri menjawab: "Katakanlah, semoga kamu diberkati di dalam apa yang diberikan kepadamu. Semoga kamu bersyukur kepada yang memberi. Semoga kamu diberi rezeki dengan kebaikannya, dan semoga dia mencapai masa balighnya."

    Begitulah secara asasnya beberapa sunnah menyambut kelahiran bayi. Sunnah-sunnah ini masih belum terasa janggal untuk diamalkan kerana ramai yang beramal dengannya. Oleh itu, kita juga perlu sama-sama beramal dengannya, semoga ia menjadi sebahagian dari tahap pendidikan ke arah mewujudkan genarasi muslim yang berakhlak mulia serta bertaqwa kepada Tuhannya.


    sEKIAN...
    sHARING IS cARING..
    sEMOGA DI PERMUDAHKAN BAGII MEREKA YANG SEDANG AKAN BERSALIN..
    Salam Comel dari azieshizuka...

    Monday, November 25, 2013

    Petua Rasulullah Untuk Mencapai Doa Mustajab

    Petua Rasulullah Untuk Mencapai Doa Mustajab

    1. Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.”
    2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan d...
    ariKu maka Aku akan mengampuninya.

    3. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.” 4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”

    5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan.”
    6. Ubadah Bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan, Kemudian mengatakan, atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwudhu (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.”

    7. Ata Bin Abi Rabah berkata “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda, sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.”
    8. Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.”

    9. Hadith dari Abu Hurairah, “Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”


    Subahana Allah..

    *SHARING IS CARING



    ## semua yang ada dalam blog ini adalah untuk anda.. dan ia juga sebenarnya untuk azie..
         ingin berubah.. byk benda yang perlu kita pelajari..
         azie ingin menjadi yang terbaik yang azie boleh jadi.. kerna Allah swt..
         Azie mohon anda semua doakan.. terima kasih..
        azie juga doakan anda pembaca blog ini.. akan menjadi yang terbaik... untuk diri anda..

    Peace NO War...
    Still keep smile.. don't cry...

    Sunday, November 24, 2013

    isteri amanah ALLAH


    Saturday, November 23, 2013

    Amin Bersama.. JOM..


    Friday, November 22, 2013

    Kelebihan Alam Nasyrah

    Kelebihan Alam Nasyrah

    Nabi Muhammad S.A.W bersabda :
     
    "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".-Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.-
    Sesiapa yang memba...
    canya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.-Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
     

     Terjemahan Surah Alam-Nasyrah (atau Al-Isyirah)
     
    [1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?

    [2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam).

    [3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

    [4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

    [5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

    [6] (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

    [7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

    [8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)
     
    amin..
    selamat membaca..
    dan mengamalkan....
     
    sharing is caring...
    semoga ia mendatangkan kebaikan bersama..
     
     

    Thursday, November 21, 2013

    TIDAK KU MINTA....


    UNTUK KAUM ADAM YANG BERGELAR SUAMI

    1. Hargai isterimu sebagaimana engkau menghargai ibumu, sebab isterimu juga seorang ibu dari anak-anakmu.

    2. Jika marah boleh tidak berbicara dengan isterimu, tapi jangan bertengkar dengannya (membentaknya, mengatainya, memukulnya)...

    3. Jantung rumah adalah seorang Isteri. Jika hatinya tidak bahagia maka seisi rumah akan tampak seperti neraka (tidak ada gurau tawa, manja, perhatian). Maka sayangi isterimu agar dia bahagia & kau akan merasa seperti di syurga.

    4. Besar atau kecil gajimu, seorang isteri tetap ingin perhatian. Dengan begitu maka isterimu akan selalu menyambutmu pulang dengan kasih sayang.

    5. 2 org yg tinggal 1 bumbung (menikah) tidak perlu berdebat, bertingkah, siapa menang siapa kalah. Kerana keduanya bukan untuk bertanding melainkan teman hidup selamanya.

    6. Di luar banyak wanita idaman melebihi isterimu. Namun mereka mencintaimu atas dasar apa yang kamu punya sekarang, bukan apa adanya dirimu. Saat kamu menemukan masa sulit, maka wanita tersebut akan meninggalkan mu dan punya lelaki idaman lain di belakangmu...ttp tidak isterimu.

    7. Banyak isteri yang baik. Tapi di luar sana terlalu ramai lelaki yang ingin mempunyai isteri yang baik dan mereka tidak mendapatkannya. Mereka akan menawarkan perlindungan n PERHATIAN terhadap isterimu. Maka jangan biarkan isterimu meninggalkan rumah kerana kesedihan n kecewa, sebab dia akan sulit sekali untuk kembali..

    SELAMAT MEMBACA...

     

    Wednesday, November 20, 2013

    KESILAPAN BESAR???


    Tuesday, November 19, 2013

    info : SUAMI wajib ajar ISTERI


    Thursday, November 14, 2013

    UNTUK DIRI BERNAMA WANITA (^_^*)

    UNTUK DIRI BERNAMA WANITA (^_^*)

     Enam pesanan khusus untuk wanita..

    1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggalkan solat.
     
    2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi s.a.w di... rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi s.a.w sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia akhirat.

    3. Baca Al-Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al-Quran dan muhasabah

    “Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini”. 


    4. Mendidik anak secara islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun, iaitu doa seharian Nabi s.a.w seperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

    5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan & basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah s.w.t atas wanita tersebut.

    6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan suami untuk solat berjemaah di Masjid / Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

    Mudah-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman2 wanita yg lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita & mudah nak amalkan.

    ~ PESANAN BUAT DIRI...X PERLU JADI LUAR BIASA UNTUK BERDAKWAH....SEMOGA MENDAPAT MANFAAT BERSAMA...AMEEN (^_^*)


    sharing is caring...

    Wednesday, November 13, 2013

    KOBIS rawat gastric dan ulcer

    Asalamualaikum..

    Chak?? hai di sini azie ingin memberitahu tentang INFO Kesihatan..

    KOBIS rawat gastric dan ulcer



    Kobis memang sudah lama jadi sumber makanan kita. Ada kobis yang ditanam dinegara kita Cameron highland dan bantak juga yang diimport.

    Banyak khasiat dan zat yang terkandung dalam sayur kobis yang beri menfaat kepada kesihatan kita.






    1. Dr G. Cheney mendapati pesakit2 gastric dan duodenal ulcer sembuh dari kesakitan bila minum satu gelas juice  kobis selama 3 - 5 hari. Wanita hamil yang sering kena gastric bolih amalkan. Kobis mengandungi bahan anti ukcer.


    2. Daun kobis yang dituam panas kemudian dilekatkan atas payudara yang bengkak dengan susu bolih kurangkan bengkak dan kesakitan. Ini memang satu amalan traditional kita. Kandungan indole-3-carbinol dalam kobis yang bertindak demikian.

    3. Kobis juga bokih bantu cegah kanser usus. Kaya dengan kandugab vit. C, fiber , sulfur  dan iodine.

    4. Baik untuk penghazanan makanan dan untuk cegah sembelit.

    5. Kobis mempunyai kesan2 anti inflammatory,anti bakteria dan anti virus.







    Mengatasi gangguan haid

    JENIS-JENIS GANGGUAN HAID

    Seperti keadaan dalam tubuh manusia yang lain, haid juga boleh tergangguan. Jenis-jenis gangguannya ialah;

    1.Berbagai jenis gangguan pada pusingan haid.
    2.Berapa banyaknya darah haid yang keluar.
    3.Jangka waktu haid yang berpanjangan.
    4.Pendarahan di luar waktu haid, seperti selepas persetubuhan.
    5.Kesakitan sebelum, semasa atau selepas haid.
    6.Kelewatan datang haid.
    7.Putus haid.

    Gangguan haid berlaku oleh kerana berbagai-bagai punca seperti tekanan jiwa dan emosi, keadaan hormon yang tidak seimbang, kehamilan, penyusuan bayi, kegunaan hormon, penyakit dalam kelenjar pituitary atau ovary atau ketumbuhan seperti barah dalam rahim atau pangkal rahim.

    Kenapakah kelewatan haid berlaku di kalangan anak perempuan?

    Biasanya seseorang gadis akan mengalami haid pada umur 12 tahun sehingga usia gadis itu 16 tahun. Di dalam jankamasa ini ia masih dianggap normal. Jika usianya 16 tahun dan masih belum datang haid, ia perlu mendapat perhatian daripada doktor. Kegagalan turun haid ini mungkin berpunca daripada fungsi ovari atau kilang pituitary yang tidak normal. Kelewatan akil baligh mungkin disebabkan oleh kecacatan pada faraj atau perkakas peranakan sejak lahir. Kadang-kala berlaku di mana selaput dara menutupi keseluruhan lubang faraj (imperforate hymen). Dalam kaedaan ini gadis tersebut mungkin mengalami sakit perut setiap bulan tetapi haid tidak keluar.

    Faktor lain yang boleh mempengaruhi keadaan ini ialah taraf kesihatan yang kurang baik dan masalah tekanan jiwa dan emosi yang teruk. 

    Apakah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah?

    Langkah pertama ialah mengenalpasti punca kelewatan haid. Tanda-tanda seperti pertumbuhan buah dada, dan rambut di kemaluan dan ketiak menunjukan tanda pengeluaran oestrogen. Pemeriksaan tubuh dan perkakas peranakan adalah penting untuk mengesan kecacatan semula jadi, ujian ultrasound pada perut untuk mengesan ada atau tidak rahim dan ovari. Ujian darah untuk menyukat paras hormon adalah penting untuk mengenal pasti punca masalah.

    Rawatan bergantung kepada punca masalah. Pembedahan kecil perlu dilakukan untuk membuka selaput dara jika ia tertutup. Jika faraj tidak wujud, pembedahan untuk membentuk ‘artificial vagina’dilakukan. Rawatan hormon diberikan jika puncanya ialah kecacatan pada kilang pituitary atau ovary.

    Haid tidak teratur !

    Pusingan haid yang tidak teratur, ialah pusingan yang kurang daripada 25 hari atau lebih daripada 35 hari. Ini dianggap tidak teratur, ada setengah wanita haidnya datang dua atau tiga bulan sekali. Keadaan ini sering berlaku di kalangan anak anak gadis yang baru masuk ke alam remaja atau wanita yang hampir putus haid. Keadaan ini bukanlah satu penyakit tetapi hanya disebabkan oleh gangguan hormon. Wanita yang mengalami masalah ini adalah kurang subur kerana ia kurang mengeluarkan benih.

     

    Punca terjadinya gangguan haid.

    Kegemukkan (obesity) merupakan punca penting yang menyebabkan pusingan haid menjadi terlambat atau jaraknya yang berpanjangan , mungkin jarak 6 – 9 bulan atau lebih di antara satu sama lain. Keadaan ini sering dikaitkan dengan ketidaksuburan. Ada di kalangan mereka yang tumbuh rambut pada kaki atau misai. Apabila dilakukan vaginal ultrasound kedua ovari mereka didapati bengkak dan tidak menetas ke dalam rahim(Polycystic ovary).

    Bagi seseorang yang perjalanan haidnya tetap dan teratur, jika beliau mengalami gangguan pada pusingan haidnya bermakna sesuatu perkara sedang berlaku. Salah satu puncanya ialah kehamilan. Apabila kehamilan terjadi haid dengan tersendirinya akan berhenti. Wanita yang menyusukan anak juga mendapati perjalanan haidnya terganggu. Ketika penyusuan bayi, hormon susu (Prolactin) meningkat dalam aliran darah ibu. Hormon ini menghalang penetasan telur berlaku dan menghentikan kitaran haid. 

    Peningkatan paras hormon susu (prolactin) juga boleh disebabkan oleh ketumbuhan dalam kelenjar pituitary menyebabkan haid tidak datang atau datang sekali-sekala sahaja. Wanita demikian juga sering kurang subur. Gangguan hormon mungkin juga boleh berpunca dari ketumbuhan dalam kelenjar ovari. Ketegangan rohani atau tekanan jasmani seperti kesedihan oleh sebab kematian ibu bapa atau yang lainnya, boleh juga melambatkan kedatangan haid.

    Punca-punca haid berlebihan dan berpanjangan

    1. Ketumbuhan bukan kanser. Wanita yang mengalami keluaran darah haid yang berlebihan atau berpanjangan daripada biasa, tandanya ada penyakit, khususnya jika keluaran darah haid yang banyak disertai dengan senggugut. Gangguan haid seperti ini jika melibatkan wanita dalam usia 30 tahun hingga 50 tahun keatas, mungkin menandakan sesuatu penyakit tumbuhan bukan kanser pada pangkal rahim seperti ‘cervical polyp’ atau dalam rahim seperti ‘fibroid’ atau‘Adenomyosis’.Cervical polyp adalah daging sangat kecil berwarna merah berbentuk bulat yang tumbuh di merata-rata tempat. Fibroid ialah ketumbuhan yang teksturnya kelihatan seperti sabut kelapa apabila dikupas. Ia boleh membesar dengan banyak jika dibiarkan.

    2. Kanser Pangkal Rahim. Apa yang lebih menakutkan lagi ialah tumbuhan kanser rahim atau pangkal rahim. Ia boleh menyebabkan pendarahn berpanjangan keluar dari faraj.

    3. Penggunaan alat perancang keluarga. Wanita yang menggunakan alat dalam rahim (IUD-Intra-Uterine Device) juga boleh mengalami masalah pendarahan yang berpanjangan dan berlebihan. Mereka yang menggunakan kaedah suntikan atau ‘implant’ hormon sebagai cara mencegah kehamilan kadang-kala mengalami maslah perdarahan bersifat sedikit demi sedikit tetapi berpanjangan.

    4. Kehamilan luarbiasa. Keadaan ini mungkin juga menandakan kandungan yang terancam nak gugur (Threatened abortion), keguguran, kandungan anggur (molar pregnancy), kehamilan di luar rahim.

    Jenis-jenis pendarahan luarbiasa:

    1.Pendarahan boleh berlaku pada pertengahan pusingan haid (intermenstrual bleeding),sebelum haid (premenstrual staining) atau selepas haid (postmenstrual staining)dan ini mungkin sedikit sahaja dan tidak memerlukan tuala wanita. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh masalah ketidak-seimbangan hormon atau mungkin juga disebabkan oleh tekanan jiwa atau emosi. Wanita yang mengamalkan kaedah cegah hamil yang mengandungi hormon seperti pil perancang boleh mengalami masalah seperti ini. Begitu juga dengan penggunaan ubat hormon untuk rawatan penyakit pada anggota peranakan. Ia juga mungkin menandakan sejenis ketumbuhan atau jangkitan kuman pada kemaluan dan anggota peranakan. Setiap wanita yang mengalami pendarahan yang luar biasa dan tidak tentu masa perlu mendapatkan nasihat dan pemeriksaan dari doktor.

    2.Perdarahan selepas persetubuhan. Ini adalah satu tanda yang merbahaya kerana ia mungkin menandakan penyakit kanser pangkal rahim khususnya jika ia berlaku pada wanita dalam lingkungan umur 30 puluhan dan telah berkahwin dan telah pun mendapat anak. Pendarahan selepas persetubuhan juga mungkin disebabkan oleh penyakit lain yang bukan kanser seperti luka pada pangkal rahim (cervical erosion), ketumbuhan bukan kanser atau jangkitan kuman. Pemeriksaan daripada doktor khususnya ujian ‘pap smear’ adalah sangat penting.

    3.Perdarahan lepas putus haid. Tidak semua pendarahan seperti ini disebabkan oleh kanser. Pendarahan ini mungkin disebabkan oleh suatu keadaan dalam faraj yang kekeringan iaitu “atrophic vaginitis” iaitu satu keadaan yang disebabkan oleh kekurangan hormon oestrogen. Ia tidak merbahaya dan boleh dirawat dengan ubat hormon oestrogen.

    Sharing is Caring..
    Semoga anda mendapat pengetahuan tentang ini..


    Cara dapat duit dengan hanya berkongsi...

    ...CARA MUDAH DAPAT DUIT DENGAN 8SHARE...
    cara mudah dapat duit online


    Assalamualaikum, 
    hari ini azie akan share bagaimana untuk mendapatkan duit sampingan dengan cara yang mudah. Seringkali kita online facebook, twitter dan banyak lagi laman sosial yang lain, tetapi kita tidak sedar kita mampu menjana pendapatan sampingan dalam laman sosial tersebut. Yang paling penting kita perlukan rezeki yang halal dan diberkati ALLAH SWT.

    APA ITU 8SHARE?
             8Share merupakan salah satu syarikat pengiklanan yang dipercayai dan digunakan oleh ramai pengguna sosial kerana ianya PERCUMA dan PANTAS dalam mengendalikan pengguna.Satu syarikat yang membayar penyebar iklan mereka dengan kadar 20sen/click. Tiada kos pendaftaran . Semuanya adalah percuma.
    ADAKAH SAYA PERLU ADA APA-APA KEISTIMEWAAN UNTUK MENYERTAI 8SHARE?
    Jika anda mempunyai akaun sosial media seperti Facebook, Google+, Twitter dan lain-lain dan anda juga suka berkongsi pelbagai cerita yang kool, anda boleh sertai kami. Daftar Free
    SIAPA YANG BOLEH DAFTAR 8SHARE?
    Sesiapa sahaja yang suka berkongsi perkara dan berita yang kool dengan rakan-rakan melalui laman web media sosial! 8Share kini berada di Malaysia, India, Philippines, dan Singapura. Daftar Free


    PANDUAN KURUSKAN BADAN

    Assalamualaikum.. dan Salam Sejahtera
    Salam 9 Muharram, 13 November 2013
    Selamat Hari Lahir pada Yang dilahir pada hari ini..
    HAPPY BIRTHDAY TO YOU..


    Ok.. di sini azie ingin berkongsi tentang PANDUAN MENGURUSKAN BADAN..

    Sumber : Klinik Dr Hamid Arshat 
    Sumber : 
    Wikipedia
    Sumber : Surat Khabar
    Sumber : Pelbagai Bacaan



    Pertikan ini azie ubah suai sikit yeh.. ikut ayat azie..


    Kepada Anda yang mengalami masalah OBESITI/Gemok.. atau sewaktu dengannya..

    Anda dinasihatkan untuk kawalan makanan khususnya yang mengandungi gula dan karbihaidret saperti nasi , roti, mee, kueh2, donut, biskut dan makanan junk.

    Anda juga perlu melakukan  exercuse, berjalan kaki , atau berkebun, atau basuh kereta atau bersih rumah selama 30 minit setiap hari. 


    Ini kerana hampir 90% gagal dalam penurunan berat badan berdasarkan pengalaman DR. Hamid Arshat. Malah Dr. juga berkata bahawa.. kita jangan bergantung kepada ubat-ubatan yang telah diberi.. kerna ubat-ubatan seperti adipex hanya boleh diamalkan selama 3 bulan sahaja.



    Menurut Wikipedia Obesiti bermaksud : 

    Obesiti di Malaysia telah menjadi suatu trend yang semakin membimbangkan di kalangan rakyat negara ini. Obesiti boleh mengakibatkan penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi, diabetis, dan kanser.

    Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.
    Obesiti didefinisikan sebagai lebihan lemak tubuh yang boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan. Obesiti berlaku apabila saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh meningkat 


    Cuba amalkan panduan2 ini.


    1. Habiskan makan selama 20 minit. Konyah perlahan2 sampai makanan jadi lumat sebelum ditelan. Tempoh 20 minit untuk otak dapat signal perut sudah kenyang.
    2. Lebihkan tidor satu jam dari biasa. Kurang tidor bolih menjadi lapar dan selera makan meningkat dan makanan2 sampingan menyumbang kepada kenaikkan berat badan.


    3. Cuba hidangkan 3 jenis sayuran untuk makan malam, hidangkan juga buah2. Masak sayur sekejap , suhu rendah dan kurangkan guna minyak. Sayur dan buah2 mengandungi banyak fiber , vitamin dan antioksiden serta kurang kalori yang menggemokkan .


    4. Mulakan makan dengan buah2 diikuti soup sayur dan mushroom. Ia bolih mengeyangkan tanpa mengemokkan. Buat sendiri air stok ayam, daging atau ikan bilis untuk sup.


    5. Jauhkan makan bergula dan yang dibuat dari tepong gandum. Makan 'whole grain' wheat. oat, barley dan brown rice.


    6. Jauhkan fast foods, kentang goreng, deep fried chicken, burger, hot dog, nuggets.


    7. Jauhkan semua jenis minuman soda, fizzy drink, soft drink dan juice dalam botol atau dalam kotak kerana terlalu banyak mengandungi  gula dan manisan.


    8. Minum Teh hijau, ia mempunyai banyak khasiat kerana kandungan catechins dalam teh.


    9. Makan dirumah dengan masakan sendiri sekurang2nya 5 kali dalam seminggu. Banyak faedah masak sendiri, bolih kawal kualiti dengan memilih makanan berzat dan berkhasiat, kurangkan belanja.


    10. Amalkan 'berhenti rehat seketika waktu tengah makan' . Masa itu ia akan berasa kennyang.


    11.  Amalkan konyah 'chewing gum' ketika menonton TV atau  ketika melayari internet, ia bertujuan untuk mencegah dari makan junk foods. Orang gemok kadangkala makan sedikit dihadapan orang lain tetapi dibelakang, atau senyap2 ia ulang makan.


    12. Gunakan pinggan kecil (10') menggantikan pinggan besar (12') untuk mengurangkan muatan makanan yang diambil.


    13. Bila makan direstoran, kongsi hidangan, order saiz makanan untuk kanak2, bungkus tapau separuh hidangan sebelum mula makan.


    14. Bila rasa lapar dan mengeletar atau 'craving' makan segenggam campuran kacang almond, gajus dan peanuts dan minum air mineral. Orang gemok sering ketageh atau 'craving' makanan yang manis. Makan buah2 atau kacang2 waktu ketageh jauhkan segala makanan manis dan karbohaidret.


    15. Berjalan 30 minit sejauh 2 - 3 km, atau cabut rumput rumpai dihalaman rumah, bersihkan kereta atau dalam rumah.


    NOTE : anda perlu makan mengikut PIRAMId Permakanan..





    Statistik Obesiti di Malaysia

    • Di Malaysia , 4 daripada 10 orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun samada mengalami kegemukan atau berbihan berat badan.
    • Di Malaysia, 29.1% populasi dewasa didapati berlebihan berat (BMI 25.0 – 29.9).
    • Di kalangan golongan dewasa yang obes (14.0%), golongan wanita cenderung mengalami kegemukan (17.42%) berbanding lelaki (10%). 
    • Antara kumpulan etnik, kaum India mempunyai berat berlebihan yang tertinggi (33.2%), diikuti oleh Melayu (29.8%) dan Cina (28.5%).

    * Prevalen kegemukan abdomen (lilitan pinggang wanita >88cm dan lelaki >102cm) adalah 17.4%. Wanita menunjukkan prevalen lebih tinggi (26%) berbanding lelaki (7.3%).

    Nota Tambahan:


    "Tindakan pihak kementerian adalah dengan melaksanakan pengambilan sampel dari semasa ke semasa untuk memastikan makanan yang dijual di pasaran adalah terdiri daripada makanan yang selamat dimakan," katanya. – BERNAMA”




     CHIDHOOD OBESITY




    • Statistik pada tahun 2010 mencatatkan, kanak-kanak Mexico paling gemuk di dunia!! Kepelbagaian makanan Mexico seperti Taco, Tortilla dan Torta (sejenis sandwic besar), yang secara umumnya diberi nama 'vitamin T' kerana menyebabkan kanak-kanak di negara ini berada di tangga teratas dalam carta obesiti dunia dengan BMI melebihi 30.
    • Sekitar 15 peratus kanak-kanak di negara ini di kategorikan sebagai gemuk. Itu statistik lebih tiga tahun lepas. Peratus kanak-kanak yang berusia enam tahun ke atas lebih tinggi berbanding umur antara dua hingga lima tahun yang dilihat turut mencatatkan peningkatan.
    • Kanak-kanak genuk berpotensi untuk terdedah kepada pelbagai penyakit seperti kencing manis dan masalah sendi. Selain itu, mereka turut berdepan dengan masalah psikologi kerana diejek oleh teman-teman sekolah.
    • Masalah obesiti di semua peringkat usia semakin bertambah, sekarang ini pun ramai bayi yang dilahirkan melebihi 4 kilogram.
    • Secara purata kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS) menghabiskan masa kira-kira 24 jam setiap minggu dengan menonton televisyen. Jadi bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila seorang daripada lima kanak mengalami masalah kegemukan atau lebih berat badan.
    • Malah dua dekad ini, jumlah ini telah meningkat lebih 50% , dengan berat badan kanak-kanak meningkat sehingga dua kali ganda.
    • Lu Zhihao yang berusia tiga tahun memiliki berat badan 60 kg , lima kali lebih berat daripada kanak-kanak seusia dengannya. Dia dilahirkan normal dengan berat badan hanya 2.6kg. Namun menjelang tiga bulan nafsu memuncak menjadi sukar dikawal..




    # Semoga Berjaya Kawan-kawan.. SAY NOT TO OBESITY!!!



    Sharing is Caring..
    With love.. :)
    aziesizhuka. Powered by Blogger.