Pages

~ my nuff ~

Tuesday, July 29, 2014

Puasa : LEts PUASA ENAM

Berikut adalah antara fadhilat puasa enam :

1. Puasa enam merupakan pelengkap & penyempurnaan umpama kita berpuasa selama setahun.

2. Puasa enam Syawal merupakan penyempurna dari kekurangan puasa fardhu, kerana di hari kiamat kelak, amalan fardhu akan disempurnakan dengan amalan sunat.

3. Puasa enam juga merupakan tanda syukur diatas yang diberikan oleh Allah & sungguh tiada nikmat yang lebih agung dari pengampunan dosa-dosa.

4. Puasa enam juga merupakan cara seorang hamba untuk terus dekatkan diri kepada Allah.

5. Puasa enam di bulan Syawal diberikan ganjaran yang sama dengan puasa di bulan Ramadhan, iaitu setiap kebajikan dibalas dengan 10 kali ganda pahala.

6. Puasa enam juga memberi ruang kembali kepada sistem percernaan kita untuk bertugas secara berperingkat selepas kita menunaikan puasa di bulan Ramadhan.

Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”.

Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun.” (Riwayat Muslim)

Cara melakukannya yang terbaik (afdal) secara berturut-turut dan dimulakan pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh dan sah dengan tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari didalam bulan Syawal. Malah sesetengah ulama mengharuskan puasa enam hari dalam bulan Syawal diniatkan berserta puasa qadha Ramadhan.

SUBAHANAALLAH...
Indah sungguh nikmat Tuhan...
Selamat Beramal..

Sumber : PuteraDUyung

0 comments:

Post a Comment

aziesizhuka. Powered by Blogger.