Pages

~ my nuff ~

Friday, April 1, 2016

KHAWIN SELANGOR DAPAT RM500!!!

PROGRAM INSENTIF PERKAHWINAN BELIA


Assalamualaikum dan salam aurawhite... Kali ni nak sharing review sikit pasal 
CLICK HERE  ke website Insentif perkahwinan belia.. 

Hanya online application yeh... Permohonan Atas Talian  |click link tu untuk mohon yek|  lepas isi dengan lengkap korang kena print out... so kena sah bermautautin yek.. dan hantar skali dengan dokumen yang diperlukan.... ke alamat ada di bawah ni... 

korang juga boleh semak permohonan click here | masukan ic korang je|

Syarat Memperoleh Insentif.
Syarat-syarat adalah seperti berikut:
  1. Terbuka kepada semua kaum.
  2. Tiada sebarang had pendapatan.
  3. Lahir di Negeri Selangor atau telah bermastautin di Negeri Selangor selama 10 tahun (perlu pengesahan ADUN / Penghulu / Pengerusi JKKK / Pengerusi Taman).
  4. Sijil berhenti sekolah rendah / menengah bagi Pemohon yang bermastautin. (WAJIB)
  5. Pemohon Islam: Sijil Nikah yang berdaftar dengan Jabatan agama Islam Selangor atau mana-mana Jabatan Islam Negeri.
  6. Pemohon Bukan Islam: Sijil Pendaftaran Perkahwinan didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara di semua cawangan Selangor atau Jabatan Pendaftaran Negara di setiap negeri.
  7. Perkahwinan kali pertama sahaja.
  8. Pengantin lelaki atau perempuan tidak melebihi usia 35 tahun semasa tarikh bernikah atau pendaftaran.
  9. Permohonan hanya terbuka kepada perkahwinan / pernikahan / berdaftar pada tahun SEMASA.
  10. Sah laku permohonan dalam tempoh 3 bulan bermula dari tarikh nikah (bagi pasangan Islam) atau tarikh daftar perkahwinan (bagi pasangan bukan Islam).
  11. Dokumen Sokongan perlu dihantar dalam tempoh dua (2) minggu dari Tarikh Pendaftaran Online (Dalam tempoh 3 Bulan dari tarikh nikah / daftar perkahwinan).
  12. PERMOHONAN HANYA SEKALI SAHAJA, SEBARANG RAYUAN TIDAK DILAYAN.

Dokumen Diperlukan.
Setiap permohonan yang memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan perlu mengemukakan dokumen seperti berikut:
  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon. (WAJIB)
  2. Sijil Nikah bagi pemohon beragama Islam ATAU Sijil Pendaftaran Perkahwinan bagi pemohon bukan Islam. (WAJIB)
  3. Salinan muka hadapan buku simpanan akaun Tabung Haji bagi pemohon beragama Islam. (WAJIB)
  4. Salinan Sijil Berhenti Sekolah rendah dan menengah di dalam Negeri Selangor. (WAJIB)


Hubungi Kami

Seksyen Sektoral, Unit Perancang Ekonomi Negeri,
Tingkat 5, Bangunan SSAAS,
40503 Shah Alam, Selangor 
Telefon: +603-55447920 / +603-55447921 / +603-55447167
Faks: +603-55196706
Email: sektoral@selangor.gov.my


2 comments:

breegaell said...

Hello, are you looking extra money? Signup free and start earning.

http://www.clixsense.com/?8172285

http://areyousearchextramoney.blogspot.cz/

breegaell said...

Hello, are you looking extra money? Signup free and start earning.

http://www.clixsense.com/?8172285

http://areyousearchextramoney.blogspot.cz/

Post a Comment

aziesizhuka. Powered by Blogger.